13 Mei – Disebut Jangan Dikenang Pun Jangan
Aku kadang-kadang hairan, mengapa masih ada lagi orang yang suka
sangat menyebut tentang peristiwa 13 Mei 1969. Seolah-olah mereka mahu
peristiwa pahit itu berulang. Yang anihnya, yang selalu menyebut-nyebut tentang
13 Mei ini ialah golongan tua. Golongan berumur. Golongan yang sudah sempurna
akal. Golongan yang berfikiran waras. Golongan yang sepatutnya mendoakan negara
ini dalam aman dan bahagia.
Sepatutnya begitulah sikap golongan tua yang dikatakan berfikiran
waras itu. Sepatutnya merekalah yang sentiasa memberi nasihat agar perkara yang
buruk tidak berlaku atau berulang. Begitulah sepatutnya. Seolah-olah golongan
tua ini ( bukan semua le ) mahukan peristiwa 13 Mei itu berulang dan
seolah-olah mereka bahagia melihat ‘ anak-anak’ bergaduh antara satu dengan
yang lain.
Pada pandangan aku ( yang juga termasuk dalam golongan tua )
peristiwa yang berlaku seperti
Peristiwa 13 Mei itu tidak akan berlaku lagi. Aku berani kata “ tak akan
berlaku “. Sebab?. Banyak sebab dan alasan yang boleh diberikan untuk
dimenungkan bersama. Antara sebab yang boleh dberikan ialah bahawa golongan
muda kini tidak ‘ berminat ‘ untuk bergaduh sepertimana yang berlaku pada
peristiwa 13 Mei ini.
‘Kekuatan’ yang ada pada orang muda sekarang ialah pada otak dan
pemikrannya. Apabila kekuatan
berada di kepala, maka pertembungan dan perbalahan yang mungkin berlaku
tentulah pertembungan otak dan fikiran. Ramai orang muda-muda sekarang yang
berpelajaran tinggi. Sampai ke universiti. Takkanlah orang muda yang
berkelulusan universiti berperangai seperti orang yang tidak berpelajaran.
Hanya orang muda yang tidak berpelajaran sahaja yang sanggup
melakukan perbuatan yang mirip dengan perangai ‘ pelakun’ dalam 13 Mei itu.
Disebabkan kekuatan golongan yang sebegitu terletak kepada kekuatan fizikal, maka pertarungannya
tentulah berasakan kekuatan fizikal juga.
Lagipun segala kempen yang dijalankan oleh kerajaan mengenai
perpaduan dan muhibbah antara kaum di Malaysia boleh dikatakan berjaya.
Walaupun ada pihak yang mengatakan perpaduan antara kaum tidak begitu berkesan
di Malaysia, namun aku berani mengatakan bahawa kita telah mencapai sesuatu
dalam hal ini. Aku tidak nampak perasaan perkauaman yang menebal antara
kaum-kaum di Malaysia seperti mana yang berlaku pada tahun-tahun sebelum 1970an
dahulu.
Perhimpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlaku
baru-baru ini memberikan gambaran yang cukup jelas bagi menunjukkan apa yang
dirancang oleh kerajaan mengenai perpaduan telah amat berjaya. Perhimpunan
Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini adalah satu menifestasi yang
menunjukkan yang kerajaan Malaysia berjaya menyatukan kaum-kaum di Malaysia.
Ratusan ribu berhimpun. Dan yang paling membanggakan kita ialah tidak terdapat
walau sedikitpun berlaku perbalahan dan kekacauan. Rakyat telah menunjukkan
satu sikap yang sungguh membanggakan bagi dicontohi oleh negara yang mempunyai
rakyat yang berbilang kaum.
Berdasarkan kepada keadaan sedemikian, apakah begitu mudah rakyat
yang cintakan perdamaian ini ‘ mengubah haluan’ dan mahu melibatkan diri dalam
pergaduhan antara kaum. Mestilah ada perbalahan dan pergaduhan antara Melayu
dan bukan Melayu. Pergaduhan biasa. Melayu sama Melayu bergaduh. Cina sama Cina
juga bergaduh. Orang India sama India juga bergaduh. Itu bukan perbalahan
perkauman namanya.
Aku amat yakin anak muda sekarang sudah amat waras fikiran dan
tindakan mereka. Hanya segelintir sahaja anak muda yang belum sedar tentang
peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam dunia yang sudah berubah kea rah
globalisasi ini. Hanya segelintir sahaja anak muda yang masih tidak boleh
berfikr dengan waras dan boleh diperalatkan untuk tujuan kearah yang negatif.
Terlalu sedikit. Boleh dibilang dengan jari. Moga-moga golongan yang sedikit
ini juga akan sedar akan tindakan mereka yang tidak berfaedah itu dan akhirnya
akan mengikuti jejak langkah golongan majority.
Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan Malaysia
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang memberikan tumpuan untuk memajukan orang
Melayu dalam semua bidang supaya akhirnya setanding dengan kedudukan orang
bukan Melayu. Sepanjang perjalanan DEB tidak terdengar suara keras menentang
DEB oleh orang bukan Melayu. Maknanya mereka sedar bahawa punca sebenar yang
menyebabkan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada
ketidakseimbangan dari segi pencapaian kaum-kaum di Malaysia. Maknanya orang
Melayu telah ketinggalan dalam kemajuan berbanding dengan kaum bukan Melayu.
Lantas kaum bukan Melayu tidak bersungut tentang implementasi DEB.
Maknanya mereka setuju agar orang Melayu dimajukan. Mereka setuju agar orang
Melayu ‘ ditolong’ agar dapat berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan
kaum bukan Melayu. Selama 30 tahun kaum bukan Melayu akur dengan hasrat kerajaan untuk memajukan orang Melayu.
Walaupun masih ramai orang Melayu yang tidak berubah daripada
keadaan asal seperti sebelum DEB, namun begitu pencapaian orang Melayu tetap
ada. Ini tidak boleh dinafikan. Dan kerajaan masih berusaha untuk terus
memajukan orang Melayu. Dan kaum Cina masih ‘ bersabar ‘ membantu menjayakan
dasar kerajaan itu., walaupun ada kaum bukan Melayu yang mempersoalkan tentang ‘ tongkat ‘ yang
telah begitu lama diberikan kepada golongan orang Melayu.
Hubungan antara kaum-kaum di Malaysia kini dapat dikatakan amat
ikrab dan mesra berbanding dengan keadaan sebelum berlaku 13 Mei 1969. Aku
hampir bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa punca berlakunya
Persitiwa 13 Mei itu adalah disebabkan dasar ‘ Divide and Rule’ yang dijalankan
oleh penjajah British. Dan kesannya ialah berlakunya peristiwa yang tidak
diingini itu.
Kini segala ‘ tembok’tembok’ yang membahagikan masyarakat Malaysia
telah dipecahkan. Tidak ada lagi Chinese New Village yang mana penghuninya 100%
keturunan Cina. Tidak ada lagi estet getah yang pekerjanya 100% India. Malah
disetengah kampung Melayu sudah mula didiami oleh kaum Cina dan India.
·
Cina
dan India yang tinggal di Kelantan dan Terengganu berbahasa dengan menggunakan
loghat Kelantan dan Terengganu.
·
Sudah
ada orang Melayu yang menjadi ahli Tarian Naga.
·
Sudah
terdapat pemuda Melayu yang boleh ‘ randuk api ‘ seperti penganut agama Hindu.
·
Sudah
ramai kaum Cina dan India yang boleh bersajak dan bersyair
·
Orang
Cina dan India tidak runsing telinga mereka mendengar ‘azan ‘ lima kali sehari
yang datang dari menara masjid dan suaru.
·
Orang
Melayu tidak pula ‘ murka’ disebabkan kebisingan bunyi mercun pada perayaan
Tahun Baru Cina
·
Penganut
agama yang bukan dari agama Hindu
turut merayakan perayaan Thaipusam
Bedasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas apakah mungkin berlaku
lagi Persitiwa 13 Mei.
Tak tahu lah. Hanya
manusia yang tidak waras fikriannya sahaja yang mahukan persitiwa
sedemikan berulang.
Abuhassanadam
30 Januari 2013
No comments:
Post a Comment