Apa akan terjadi sekiranya negara luar memberhentikan penghantaran ' maid'
Akhbar The
Star ( 5 Januari 2013 ) ada memuatkan berita ini.
The Malaysian
Association of Foreign Maid Agencies (Papa) has been given the green light by
the Government to increase the fee structure for Indonesian domestic workers to
RM6,700.
This is a RM2,189
increase from the RM4,511.
RM 6,700
bagi aku banyak. Banyak barang
boleh dibeli dan boleh dibelanjakan. Bagi
orang miskin seperti aku, memang
sentiasa memikirkan tentang berjimat. Apatah lagi aku tak pernah merasa ada ‘
maid’ di rumah utnuk menolong kerja rumah. Semenjak datuk nenek moyang aku lagi
tak pernah ada ‘ orang gaji'.
Dalam
dunia modern kini, terutamanya di Malaysia menggaji seorang ‘ maid’ untuk
mengendalikan kerja rumah sudah merupakan satu kemestian. Terutama bagi
keluarga yang suami isteri bekerja.
Tapi ramai juga yang isteri tidak bekerja, pakai ‘ maid’ di rumahnya.
Orang kaya-kaya. Tapi ramai juga orang yang tidak begitu kaya memiliki orang gaji.
Apa akan
jadi sekiranya Indonesia atau Filipina memberhentikan penghantaran buruh
khususnya ‘ maid’ ke negara ini?
“
Mampuslah…..” kata seorang kawan aku yang sememangnya hidup dia bergantung
kepada orang gaji. Pernah berlaku seketika orang gajinya ‘ lari’. Porak peranda
hidupnya. Memang kelam-kabut. Anak-anaknya tidak terurus dengan betul. Pagi
makan di kedai. Tengah hari makan di kedai. Malam juga makan di kedai. Pendek
kata rumahnya tak berasap.
Tetapi
kalau dibandingkan dengan keadaan di luar negara. tidaklah pula ramai
penduduknya yang porak peranda hidupnya disebabkan ketiadaan ‘ maid ‘ untuk
menguruskan rumahnya.Aku pernah tinggal di luar negara. Di Amerika ( San Francisco ) dan di London. Lama
juga. Dapatlah aku perhatikan kehidupan dan cara hidup orang-orang di sana.
Yang aku nak sentuh ialah mereka jarang-jarang sangat ada orang gaji di rumah.
Hanya orang-orang tertentu saja yang mempunyai orang gaji. Keluarga yang
betul-betul berada. Dan kebetulan pula harga menyewa ‘ maid’ sememangnya
terlalu mahal. Keluarga yang berpendapatan sederhana semamngnya tidak mampu
berbuat demikian.
Berbanding
dengan kita di Malaysia, mempunyai orang gaji adalah perkara biasa dan
kadangkala sebagai satu kemestian bagi sesebuah keluarga yang merasakan dia
mampu menggaji ‘ maid ‘.
Mengapa?
Jawabnya
tentulah untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Disamping itu dapatlah
si suami atau si isteri menumpukan sepenuh perahtian kepada tugas di pejabat.
Yang aku
hairan dan masih lagi belum berjawab soalan aku ialah apakah orang putih di
Amerika dan di England itu tidak
bekerja. Mereka berkerja juga. Mereka ke pejabat juga. Ada anak juga. Tapi
tidak ramai yang pakai orang gaji. Pendapatan tinggi juga. Tetapi mungkin
disebabkan menggaji seorang ‘ maid
‘ itu terlalu mahal maka mereka tidak mampu. Mungkin .
Yang aku
dapat perhatikan ialah:
·
Sikap
mereka. Mungkin disebabkan mereka tahu yang mereka tidak mampu untuk mengadakan
orang gaji yang menyebabkan mereka mengamalkan sikap DIY ( Do it Yourself) .
Cuba buat sendiri. Mereka melatih diri mereka sendiri untuk cuba buat sendiri.
·
Suami,
isteri dan anak-anak dilatih untuk berdikari. Suami mesti tolong isteri di
dapur. Anak-anak dilatih untuk menjaga kebersihan di rumah. Mesti sedia untuk
membersihkan bilik air bersendirian tanpa pertolongan orang lain.
·
Oleh kerana
semua anggota keluarga mempunyai tugas dan peranan maka tugas menyelenggarakan
rumah menjadi ringan.
·
Si suami
tidak menganggap isteri yang mesti ‘ bertugas di dapur’ sepertimana anggapan
kebanyakan kelarga di Malaysia terutama dikalangan keluarga Melayu.
Berbanding
dengan keadaan kebanyakan masyarakat di Malaysia,
Si suami
dan isteri ingin menjadi ‘tuan’ dan ‘ cik puan’ .Si anak tidak mahu membuat
tugas-tugas rumah kerana tidak dilatih oleh ibu bapa untuk membuat kerja
sedemikian. Sehinggakan untuk melipat kain selimut pun mengharapkan orang gaji.
Apatah lagi utnuk menyediakan makanan dan mencuci kain baju.
Mungkin
ada juga yang mempunyai sikap berbangga bahawasanya ‘ aku ada orang gaji
‘Kadang-kadang sesebuah rumah tangga itu tidak mempunyai pendapatan yang
membolehkan mereka menggaji orang, namun disebabkan oleh ‘ malu ‘ dengan
rakan-rakan sekeliling atau merasa ‘ terhina’ sekiranya tidak memiliki orang
gaji, maka mahu tak mahu terpaksa jugalah mengambil orang gaji walaupun
terpaksa mengikat perut.
Pada
pendapat aku masyarakat Malaysia harus melakukan anjakan paradigma yang drastik
berkaitan dengan sikap yang terlalu bergantung kepada tenaga orang gajian ini.
Mesti lakukan perubahan sikap. Tak salah. Malah lebih elok dan sempurna
sekiranya nilai-nilai lama yang murni, yang telah diajar oleh ibu bapa dan
orang tua kita diamalkan semula dalam Susana zaman modern yang mencabar ini.
Misalnya
si suami atau isteri perlulah melakukan sedikit ‘pengorbanan’ untuk menjaga dan
memelihara rumah tangga. Perlulah kembali semula kepada keadaan bagaimana ibu
bapa kita pada zaman dahulu menjaga rumah tangga dan memelihara ketenteraman
keluarga walaupun mempunyai sepuluh orang anak.
Si anak
pula perlu diajar dan dilatih
untuk berdikari. Cuba Buat Sendiri (CBS). Apakah terlalu sukar untuk
melipat sehelai kain selimut selepas bangun dari tidur? Apakah susah benar
membersihkan bilik mandi kepunyaan sendiri? Apakah susah benar bagi seorang
anak gadis belasan tahun untuk menyediakan sarapan ringkas ( kopi, roti bakar
dengan jam, telur separuh masak misalnya ) bagi ibu dan bapa. Apakah terlalu
sukar bagi seorang anak lelaki untuk mengelap lantai rumah ( dua minggu sekali
misalnya)
Ini
semuanya bergantung kepada kemahuan dan latihan yang diberikan oleh ketua
sesebuah keluarga. Ringkasnya ibu bapa
perlu mengadakan perubahan sikap dengan segera. Perlu Cuba Buat Sendiri.
( CBS )
Abuhasanadam
5 Januari 2013
No comments:
Post a Comment