WILLIAM - ANAK KU JUA
Berita Bernama melaporkan bahawa sah mayat yang dijumpai di Port Klang itu adalah
mayat William Yau Zhen Zhong yang berumur 6 tahun. Aku amat sedih mendapat
berita ini. Sebab. William adalah seperti anak ku jua walaupun dia dari keturunan
Cina. Pada aku tak ada beza.
Betul, dia anak keturunan Cina. Tapi dia masih kanak-kanak. Dia tak tahu
apa-apa. Perjalanannya masih jauh. Derita yang dirasai oleh keluarganya sama dengan derita yang aku
rasa sekiranya aku ditimpa kemalangan seperti itu.
Semenjak berita kehilanganya disiarkan oleh media massa, aku
semacam tak mahu tengok akhbar lagi. Aku langkau berita mengenai William. Aku
tak mahu tahu selagi William tidak dijumpai dengan selamat.. Aku amat sedih
membaca berita sebegini. Tidak dapat nak aku bayangkan kesdihan yang aku
deritai. Aku dapat rasakan bagaimana ibu bapanya rasa. Jadi dengan tidak
membaca berita itu, aku rasa aku berasa lega. Bukan aku senang hati. Jauh
sekali.
Aku amat bersimpati dengan ibu bapa William dan seluruh keluarga
William. Aku harap mereka bersabar menghadapi dugaan sedemikian.
Yang aku nak ceritakan dalam coretan aku kali ini ialah semangat
perihatin dan simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Ramai yang aku jumpa betul-betul bersimpati dengan nasib yang menimpa
keluarga William. Tak kira Melayu, Cina, India kesemuanya bersimpati. Kesemuanya mengharapkan agar William
dapat ditemui dan semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Itu doa mereka.
Kata orang, jikalau nak lihat rakan kawan yang setia ialah apabila
kita dalam kesusahan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa “ teman ketawa
ramai dan teman menangis keseorangan’ dan peribahasa Inggeris pula menyebut
juga bahawa ‘ a friend in need is a friend indeed’. Jadi dalam hal malang yang
menimpa keluarga William ini memang ramai yang menangis. Sekurang-kurangnya
bersimpati dan sentiasa mengiringi dengan doa agar William selamat.
Aku terhutang budi kepada kerajaan British kerana mengajar aku
menjadi manusia yang berperasan begini. Emak bapak aku pun menyemaikan perasaan
ini. Sekolah ‘ orang putih’ mengajar aku supaya berbaik-baik dengan semua
bangsa. Aku masih ingat ketika aku dalam Form Two, berlaku kematian mengejut
terhadap bapa rakan kami. Kaum Cina. Guru Darjah minta kepada Pengetua agar pelajar-pelajar
kelas kami dibenarkan melawat kematian bapak rakan kami. Semua pergi. Diawasi
oleh guru kelas.Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam juga pada aku.
Pada aku Melayu ke, Cina ke, India ke serupa saja. Aku masih ingat
juga tentang Atuk ( nenek ) aku membenarkan orang Cina tinggal bersamanya.
Semacam keluarga. Namanya Panjang ( bukan nama beliau yang sebenar. Olehkerana
tinggi orangnya, maka dipanggil oleh atuk aku dan semua orang kampung sebagai ‘
Panjang’). Sampai hari ini keluarga Nyonya Panjang masih ingat pada keluarga
kami.
Atuk membuatkan dia sebuah pondok kecil berhampiran dengan rumah
kami. Kerja si Panjang ialah menanam sayur. Di atas tanah Atuk aku. Tanpa sewa.
Hasil keluarannya diserahkan kepada Panjang. Atuk tak dapat apa-apa. Atuk pun
tak minta. Cuma si Panjang lah yang sentiasa memberikan hasil pertaniannya
seperti petola, sawi kepada atuk aku. Atuk tak minta. Baik betul Atuk aku……
Bukan Atuk aku sahaja yang berperangai sedemikian. Aku rasa ramai
orang Melayu pada waktu itu ( 1940an dan 1950an ) yang bersikap seperti Atuk.
Dengan sebab itulah orang Cina ( terutamanya ) merasa selesa tinggal bersama
orang Melayu di sebuah kampung. Tidak pernah timbul pergaduhan antara orang
Melayu terhadap orang Cina. Begitu juga sebaliknya.
Ada timbul pergaduhan antara Melayu dan Cina ataupun antara Melayu
dengan India. Tapi bagi aku itu bukan pergaduhan kaum. Hanya pergaduhan antara
personality sahaja. Ahmad dan Ah Chong bergaduh. Berebut ‘girlfriend’. Biasalah. Tapi itu bukan pergaduhan kaum.
Yang menyebabkan aku dan kawan-kawan aku yang seangkatan dengan
aku tidak mempunyai perasaan perkauman adalah berpunca daripada suasana ketika
bersekolah zaman dulu-dulu. Sekolah orang putih. Pada ketika itu mana ada guru
yang berketurunan Melayu. Takada ‘sekor’ pun ( loghat Perak ). Maknanya tidak
ada seorang pun. Kalau adapun boleh dibilang dengan jari. Dan ramai juga
pelajar-pelajar Melayu yang belajar sekolah Inggeris pada ketika itu.
Sekarang aku terfikir. Jikalaulah guru-guru ( bukan Melayu ) yang
mengajar kami dulu bersikap ‘ anti Melayu’ maka tentulah aku dan kawan-kawan tidak
‘menjadi orang’’ seperti sekarang. Aku tak pernah rasa, guru-guru ( bukan
Melayu) itu anti Melayu. Takda. Mereka mengajar Melayu seperti mana mereka
mengajar murid-murid bukan Melayu. Layanan sama. Tentulah ada perbezaannya.
Mereka makan babi, kami tidak.
Samapi hari ini aku ingat guru-guru yang mengajar aku. Cikgu Ang
Chui Pek, Cikgu Muthusamy, Cikgu Lee Siew Wah, dan lain-lain. Di Government
English School, Padang Assam, Padang Rengas, Perak. Aku harap mereka masih
sihat dan membaca tulisanku ini. Aku terhutang budi pada mereka.
Sekolah ‘orang putih’ tidak pula menasihati kami agar jangan
bergaduh antara Melayu, Cina dan India. Tidak pula dia menyarankan yang ‘ kita
mesti bermuhibbah’. Takda pula kempen. Takda pula disebut-sebut selalu agar
kita berbaik-baik. Takda ( tiada ). Tapi yang aku Nampak mereka buat ialah
melalui perbuatan dan tindakan mereka.
Seorang pengetua ( orang putih) misalnya, ( bukan dari sekolah aku tetapi dari sekolah berdekatan ) akan
berusaha sedaya upaya untuk menziarahi pelajarnya yang sakit di hospital.
Bayangkan besarnya hati pelajar dan ibu bapa apabila seorang pengetua ( orang
putih pulak ) sanggup melapangkan masa pergi melawat pelajar yang sakit di
rumah atau di hospital.
Aku tak tahu ‘formula’ yang digunakan oleh guru-guru dahulu yang
boleh ‘ mengikat’ kami ( antara kaum ) sehingga sekarang. Kami masih berhubung.
Masih berjumpa. Dan apabila berjumpa, masih menggunakan ‘gelaran’ lama yang
pernah dipakai ketika di sekolah. Dan ada gelaran-gelaran itu yang boleh
menimbulkan pergaduhan kaum. Panggilan “ Melayu Tempoyak’ boleh membawa kepada
pergaduhan kaum. Atau gelaran “ Apek Tongsan’ boleh berakhir dengan pergaduhan.
Atau ‘ Pariah’ boleh berakhir dengan pembunuhan.
Yang anihnya panggilan itu apabila dilafazkan akan diekori dengan
deraian gelak ketawa. Aku selalu terfikir. Apakah ramuan yang digunakan
guru-guru dulu untuk menimbulkan suasana yang sedmikian sehingga sekarang. Tidak ada kempen.
Tidak ada lagu tema yang mesti didendangkan setiap hari melalui radio dan TV.
Takda.
Mari kita menungkan bersama !!......
Abuhassanadam
25 Januari 2013
Saya baru terjumpa blog cikgu. Saya baca semua. Banyak ilmu yang saya dapat. Dari dulu sampai sekarang saya tetap ingat pada cikgu. Alangkah sukanya hati sekiranya dapat duduk berbual sambil bersama-sama minum kopi. Tapi saya tak tahu di mana nak pergi cari cikgu. Cuma saya minta cikgu teruslah menulis. Saya sangat gemar ilmu tersirat di setiap tulisan cikgu. Saya mohon Allah ketemukan kit nanti. IN SYA ALLAH. *nazan
ReplyDeleteWe'll said Pak Abu...best crita nie...mungkin kerana pengetahuan dan maklumat yang terlampau banyak zaman sekarang nih yang membuatkan kita dengan bangsa2 lain nampak lebih berbeza dan seterusnya mewujudkan jurang dan lompong perkauman, keagamaan dll ....pengetahuan itu juga kadang kala boleh membuatkan kita taksub fanatik pada sesuatu...
ReplyDeleteMungkin lebih bagus juga jika kita x terlalu mengetahui atau mendalami sesuatu..Entahlah Pak Abu..banyak lagi saya perlu pelajar....Tapi itulah indahnya Islam, selalu menekankan kesederhanaan dalam segala hal...Jumpa Esok Pak Abu sekian...