Saturday, January 5, 2013

JANGAN IKUT ‘FALSAFAH’ PAK PANDIR


JANGAN IKUT ‘FALSAFAH’ PAK PANDIR

Tanah runtuh disekitar Bukit Antarabangsa berlaku lagi.  Tentulah kita sedih mendengar berita sedemikian. Kita turut simpati dengan mangsa yang menerima nasib malang. Kita dapat bayangkan kesusahan yang  dialami oleh mereka yang terpaksa berpindah. Itu belum lagi dikira barang-barang dan perabut rumah yang musnah. Perabut rumah tentunya yang mahal-mahal pula. Tentunya perabut yang mahal-mahal buatan luar negara.

Tidaklah seperti perabut mangsa banjir di kawasan Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang. Walaupun tidak semahal yang dimiliki penduduk Bukit Antarabangsa, namun kehilangan dan kemusnahannya tetap amat memilukan.

Ada dikalangan penduduk di Bukit Antarabangsa yang tidak begitu hairan dengan kemusnahan sebuah rumah ( walaupun harganya berjuta ringgit) kerana ada beberapa buah rumah lain yang boleh didudukkinya. Berbanding dengan kehilangan sebuah pondok buruk oleh seorang petani di Kelantan akibat banjir.  Amat menyedihkan!

Hampir setiap tahun berlaku tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa. Kita masih ingat peristiwa keruntuhan Highland Tower yang berlaku pada awal tahun 1990an. Banyak nyawa yang terkorban. Dan selepas itu ada lagi beberapa peristiwa tanah runtuh yang berlaku di kawasan ini. Melihatkan kepada peristiwa-peristiwa ini tentunya mengingatkan kita kepada negara Mexico  yang sentiasa mengalami keadaan tanah runtuh juga dan menyebabkan kehilangan beberapa nyawa.

April 2001, tujuh orang pelombong emas telah mati tertimbus akibat tanah runtuh yang berlaku dalam lombong yang dikerjakan oleh mereka di sebuah tempat bernama Choco, dipersisiran Lautan Pacific. Keadaan itu berlaku hanya sehari selepas kematian 15 orang pelombong arang batu, ekoran dari terowong yang meletup.

November 2008 di sebuah tempat di Mesitas yang terletak di Timur Laut Bogota, keadaan tanah runtuh telah berlaku yang menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan bangunan.

Bulan December 2010, berlaku lagi tanah runtuh  berdekatan dengan Madellin yang memusnahkan 50 buah rumah. Yang menyedihkan berpuluh-puluh mayat telah dijumpai mati tertimbus dan ada diantaranya kanak-kanak. Dan baru-baru ini berlaku lagi tanah runtuh di kawasan ini yang telah membawa kemusnahan yang bukan sedikit.

Tentu ada yang mengambil ‘falsafah’ Pak Pandir apabila melihat peristiwa-peristiwa tanah runtuh di MeXico. Tentu ada yang mengatakan, “ bukanlah di Malaysia saja yang berlaku tanah runtuh…di Mexico dan tempat-tempat lain pun begitu juga….”

Bila berlaku lagi keadaan sebegini tentulah berbagai persoalan menerpa benak kita.
  •       Berlakunya peristiwa sedemikian adalah kehendak Tuhan dan tidak boleh dielakkan.
  •       Tentulah ada juga yang mempersoalkan apakah wang yang digunakan untuk membina rumah demikian wang dari titik peluh yang halal atau sebaliknya. Ada jua yang berfikiran begitu.
  •       Ada juga yang mempersoalkan tentang  apakah tidak ada pemantauan dari pihak yang wajib tentang pembinaan rumah di kawasan ini. Dewan Bandaraya telah memberikan alasan mengapa keadaan ini berlaku, ‘The "shortcrete" embankment wall which collapsed in Bukit Setiawangsa late Friday did not meet the specified guidelines’ …….. the wall was built in 1992 but if the developer had applied to build it today, then it would not be approved’ The Star – 29 December 2012.
  •       Ada juga yang masih dalam kehaairanan tentang mengapakah masih ramai yang  berminat untuk membina rumah di kawasan sedemikian?
Walaubagaimanapun penghargaan harus diberikan kepada pihak-pihak tertentu seperti Dewan Bandaraya, Polis, Bomba dan lain-lain yang bertungkus lumus memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu.


abuhassanadam


2 comments: