'ANAK MELAYU, ANAK CINA, ANAK INDIA DLL ADALAH ANAK KITA' KATA DS ANWAR IBRAHIM
DS Anwar Ibrahim bimbang melihatkan perkembangan
perhubungan antara kaum di Malaysia kini yang dilihat sebagai amat rapuh ketika
ini. Amat membimbangkan. Seolah-olah sudah hampir menyerupai suasana yang memungkinkan
berulangnya berlakunya peristiwa pahit 13 Mei 1969. Justeru mengesyorkan kepada
pihak kerajaan agar diadakan satu perbincangan bagi menangani keadaan yang
membimbangkan ini..
Walaupun ada tanda-tanda yang memungkinkan
berlaku semula peristiwa sedemikian, namun aku masih yakin bahawa peristiwa
hitam tidak akan berulang lagi di Malaysia. Aku amat optimis tentang hal ini.
Namun kerisauan tetap ada. Dan eloklah para pemimpin negara berwaspada dan
bertindak sebelum berlakunya peristiwa yang tidak diingini itu.
Sebetulnya perpaduan antara rakyat Malaysia sudah
begitu mentap menjelangnya PRU 13 yang lalu.Ikhlas aku katakan yang aku tidak
pernah lagi melihat perpaduan yang sebegitu dikalangan rakyat Malaysia. Melayu,
Cina, India dan jikalau di Sabah dan Sarawak pula tentulah ditambah dengan
Iban, Kadazan, Bidayuh dll. Pendek kata ternampak sesuatu yang cukup meyakinkan
kita bahawa sebenarnya Bangsa Malaysia telah wujud. Bukanlah hanya cakap-cakap
kosong yang selalu kita dengar yang mengatakan tentang eratnya perpaduan antara
kaum-kaum di negara ini.
Aku tertarik dengan kenyataan daripada J. Steen dari
Blog Anilneeto.com bertarikh 17 Mei 2013
. Aku sertakan petikannya,
“ I was at the JB rally. The atmosphere was
simply incredible. This rally witnessed the true spirit of one Malaysia in
action. I have never seen a more rousing rendition of our national anthem than
the one sung at the end of this rally. People of all races, young and old,
drenched, some perched on rooftops and trees singing loudly in unison. The
incessant blare of the vuvuzelas is still ringing in my ears. Blackout tee
shirts were being sold like hot cakes from the 25 plus stalls……..”
Maknanya suasana yang wujud di Perhimpunan ‘Black
505’ sungguh hebat dari banyak segi. Telah wujud semangat satu Malaysia dalam
ertikata yang sebenar-benarnya. Bukan hanya slogan dan ‘rhetoric’. J.Steen
begitu kagum dengan gelagat hadirin pada malam itu apabila melihatkan mereka
menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negara ku’. Yang menyebabkan beliau kagum ialah
apabila melihatkan hadirin dari berbagai kaum, yang basah kuyup dan yang bukan
sahaja berada di jalan-jalan raya tetapi yang berada di atas atap rumah, yang
berada di atas pokok ( disebabkan kawasan terlalu padat sehingga ramai yang
terpaksa berada di atas pokok untuk bersama-sama di majlis berkenaan) beramai-ramai
menyanyikan lagu Negara ku. Menyanyikan dengan kuat dan penuh semangat.
Menyanyikan lagu ‘Negara-ku” dengan cara
sedemikian betul-betul menunjukkan penghormatan yang tinggi dan ketaatan yang
bukan kepalang terhadap negara ini. Pernah kita melihat rakyat Malaysia
menyanyikan Negara-ku di majlis-majlis rasmi. Namun apa yang kita perhataikan
ialah mereka yang menyanyikan lagu kebangsaan semacam ‘ hendak tak hendak’
sahaja menyanyikannya. Seolah-olah ‘terpaksa’. Berbanding dengan majlis
perhimpunan ‘Black 505’ ini samada di Kelana Jaya atau di Batu Kawan atau di
Pahang, ternampak jelas semangat satu Malaysia di hati hadrin. Aku rasa ini
satu pencapaian Pakatan Rakyat yang cukup membanggakan. Tercipta Bangsa Malaysia
sebenar-benarnya.
Tetapi mengapa semangat perpaduan yang erat antara
kaum itu tidak berterusan?. Mungkin agak keterlaluan aku mempersoalkan hakikat
sedemikian. Mungkin perpaduan kaum dalam negara pada keseluruhannya memuaskan.
Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kita
menampakkan ada sesautu yang tidak kena yang berlaku dalam negara kita.
Kenyataan DS Anwar Ibrahim yang merasa bimbang dengan keadaan perpaduan kaum
dan kenyataan DS Mohd Najib yang sentiasa meyeru ‘agar rakyat bertenang’
memberikan sesuatu gambaran yang keadaan negara tidak begitu ‘tenang’.
Sebenarnya berlakunya sesuatu yang dianggap tidak
tenang itu adalah berpunca daripada segelintir manusia yang sentiasa
menimbulkan kekacauan dalam negara. Kumpulan sedemikian seolah-olah merupakan
‘profession’ mereka untuk menganggu gugat ketenteraman awam dengan tindakan
mereka yang kadang-kadang dilihat sebagai diluar batas manusia yang mempunyai
peradaban. Mereka seolah-olah berbangga berbuat demikian. Dan kadang-kadang
terfikir juga aku bahawa apakah mereka diberi upah untuk melakukan kegiatan
sedemikian rupa. Yang anihnya kumpulan ini tidaklah seramai mana. Boleh
dibilang dengan jari.
Tindakan provokasi yang mereka lakukan itu tidak mendapat
perhatian kumpulan sasaran mereka. Mungkin ada yang ‘tercuit’ dengan tindakan
mereka itu. Namun bagi sebahagian besar masyarakat merasakan bahawa tindakan
sedemikian adalah merupakan tindakan kebudak-budakan dan memalukan kaum itu
sendiri.Yang malangnya kumpulan ini kebiasaannya menggunakan nama ‘Melayu’
sedangkan sebahgian besar orang Melayu tulin di negara ini tidak sebegitu
sikapnya. Malah sebahagian besar orang Melayu menentang tindakan kumpulan yang
menggunakan nama ‘Melayu’ memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu itu.
Bukan cara manusia yang bertamadun.
Perjuangan orang yang beradab tidak begitu
caranya.
Pepraduan kaum adalah ‘asam-garam’ kempen Pakatan
Rakyat samada dari PKR atau PAS mahupu DAP dalam menghadapi PRU 13 yang lalu.
Walaupun agak sukar pemimpin ketiga-tiga parti ini untuk menaja sesuatu yang
amat sukar itu, namun disebabkan perasaan keikhlasan tulin agaknya, yang mahu
melihat perpaduan bangsa Malasyia yang sejati, maka telah menghasilkan sesuatu
yang agak konkrit.
Perkara-perkara yang selalu ditekankan oleh DS
Anwar Ibrahim dalam ucapannya adalah seperti,
·
Anak
Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban adalah anak saya……..anak rakyat
Malaysia…..
·
PR bukan
sahaja akan memberikan pertolongan kepada orang Melayu tetapi juga kepada orang
Cina, orang India, orang Iban…..tidak kira bangsa dan kaum…..Kita akan bantu
siapa sahaja yang memerlukan bantuan…..
·
Soal
Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan. Apa saja yang tercatat dan
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak harus dipertikaikan.
Nampaknya rakyat Malaysia boleh terima. Menerimanya
dengan sepenuh hati. Buktinya dapat dilihat dalam kempen-kempen PRU 13 dan
sambutan-sambutan yang diberikan oleh rakyat apabila diadakan kempen PR dan
juga apabila diadakan Perhimpunan ‘BLCK 505’ yang diadakan di merata-rata
tempat di seluruh Malaysia.
DS Anwar Ibrahim boleh meneruskan semula kempen
menyatukan kaum ini terutama semasa berkempen dalam PRK Kajang yang akan
diadakan tidak lama lagi. Dan sekiranya dizinkan Allah boleh terus menjadikan
negeri Selangor sebagai negeri contoh yang memacu hasrat menyatupadukan
kaum-kaum dalam ertikata yang sebenarnya.
Biarlah Selangor sebagai penunjuk jalan ke arah
perpaduan yang sebenar.
Abuhassanadam
30 Januari 2014
No comments:
Post a Comment