Saturday, January 4, 2014

APAKAH WAJAR TINDAKAN JAIS DAN UMNO SELANGOR ITU?

APAKAH WAJAR TINDAKAN JAIS DAN UMNO SELANGOR ITU?

Sayup-sayup kedengaran khabar kononnya UMNO Selangor merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Lawrence Andrew, Pengarang majalah Herald pada hari Ahad ini sekiranya tidak tunduk kepada desakan mereka ia itu menarik balik kenyataannya yang tetap mahu memggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Sebenarnya aku cukup takut untuk terlibat dalam kancah perbincangan mengenai agama Islam. Maklumlah aku tidak berapa arif dan bijak berbincang masalah agama Islam berbanding dengan ahli-ahli UMNO Selangor yang aku yakin bahawa mereka adalah golongan yang arif lagi warak berkaitan dengan selok belok agama Islam. Disebabkan kecintaan mereka yang begitu tinggi agaknya terhadap agama Islamlah yang menyebabkan mereka sanggup berdemonstrasi demi kepentingan agama. Dan tentulah tidak sebagaimana sikap para anak muda yang hanya sanggup berhimpun di Dataran Merdeka tempoh hari semata-mata kerana isu kenaikan harga barang.

Namun begitu aku merasakan bahawa tidak pula kurangnya kecintaan terhadap Islam golongan anak muda yang berhimpun di dataran Merdeka dengan ‘pejuang’ UMNO yang akan berdemonstrasi pada hari Ahad ini.

Aku tertarik dengan kenyataan Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  "Dalam agama Islam, hatta dalam masa perang pun, orang yang sedang beribadat pun tidak boleh diganggu... inikan masa aman kenapa pula perlu diganggu?" (Malaysian Insider bertarih 3 Januari 2014)

Aku kini sudah dalam keadaan yang cukup buntu. Kelam kabut. JAIS telah melakukan tindakan yang seolah-olah bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mohd Asri.  UMNO Selangor pula akan melakukan tindakan yang juga seolah-olah bertentangan juga dengan apa yang disarankan oleh Dr Mohd Asri. Aku fikir rakyat Malaysia umumnya sudah agak keliru. Serupa aku juga. Keliru disebabkan kejahilan kami mengenai agama Islam yang kurang menerima ilmu agama berbanding dengan kumpulan pejuang UMNO Selangor. Mungkin…..

Aku cuba membuat rujukan pada buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang digunakan oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Itu sajalah kemampuan aku berbanding dengan kemampuan intelek kumpulan yang sentiasa menegakkan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka seperti UMNO Selangor itu.

Buku teks itu ada menjelaskan, “ Di Makkah setelah beberapa lama ditindas oleh orang Arab Quraisy, Allah telah memberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang, ia itu setelah orang Arab Quraisy menyerang orang Islam. Peperangan yang berlaku dalam Islam juga harus mengikut prinsip tertentu. Antaranya Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh. Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga…..

“…….Setiap pertempuran dan peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri. Islam menganjurkan perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian, maka orang Islam harus memilih perdamaian’ MS 130.

Setelah dihuraikan huraian-huraian yang mampu aku huraikan ini maka aku ingin mempersoalkan tentang kewajaran tindakan yang dilakukan oleh JAIS dan UMNO Selangor itu. Aku yakin ramai rakyat Malaysia inginkan perdamaian sepertimana yang dianjurkan oleh agama suci Islam itu.

APAKAH WAJAR TINDAKAN JAIS DAN UMNO SELANGOR ITU?

abuhassanadam
4 januari 2013


1 comment:

  1. Kepada setia usaha UMNO Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden PPP Dr. Kanagaratnam Pillai dan pemimpin-pemimpin komponen BN,

    Demi kepentingan Negara kami YIP KUM FOOK (Ketua MCA GOMBAK) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100, KL Ketua Pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, No. Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur. Jayanti B. Balaguru (Pengurusi parti gerakan Segambot) dan Ooi Ah Bah (Chia Ooi Sun & Co.) Advocates & Solicitors No. 48-1, 1st Floor Jalan Brunei Utara off Changkat Thambi Dollah, Pudu, KL.

    Dengan segala hormatnya disini, harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen BN sebulat suara menjemput bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad Ke Putra Jaya menolong kerajaan mentadbir Negara mencapai kejayaan lebih cemerlang

    Kami yakin berkeliber dan pengalaman bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir bolih melindungi kedaulatan dan mengekalkan keamanan Negara. Harap Dr. Mahathir bin Mohamad jangan mengecewakan Rakyat Malaysia

    Sekian dimaklum,

    Terima Kasih

    ReplyDelete