BETULKAH PEMIMPIN KITA IKHLAS MENYATUKAN KAUM?
Aku kadang-kadang bertanya diriku . Apakah betul dan ikhlas hasrat para
pemimpin kita di Malaysia pada hari ini, mahukan perpaduan yang betul-betul
utuh dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?. Atau hanya sekadar
cakap-cakap kosong. Aku mengatakan demikian berdasarkan pemerhatian bahawa semacam
tidak ikhlas pengucapan dan tindakan setengah pemimpin di negara ini apabila
berbicara mengenai soal perpaduan. Tindakan mereka tidak selari dengan hasrat
Perdana Menteri.
Apabila disebut pemimpin, maksud aku termasuklah pemimpin politik,
agama, keasyarakatan secara umumnya.
Dalam keadaan ‘kegawatan’ negara kini yang terjelma dari berbagai
aspek kehidupan, terlalu payah rasanya untuk rakyat mempercayai pengucapan
setengah pemimpin terutama yang berkaitan dengan usaha menyatukan kaum. Ibarat kata orang tua-tua kita, ‘ cakap pagi
tidak boleh pakai petang’. Maknanya apa yang diucapkan tidak selari dengan
tindakan yang dilakukan. ‘cakap tak selupa bikin’.
Ada juga terdapat pemimpin ( tidak pasti samada boleh ditakrifkan
sebagi pemimpin atau tidak) di Malaysia yang begitu ghairah memperkatakan
sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan curiga mencurigai antara satu kaum
dengan kaum lain. Aku tidak dapat memahami sikap setengah pemimpin yang
sedemikian. Semacam satu hobinya pula untuk menyakiti hati sesuatu kaum yang
boleh mendatangkan kemarahan kaum yang lain. Apakah sebenarnya hasrat mereka
bertindak sedemikian rupa?
Kadang-kadang aku perhatikan ramai pemimpin kita yang langsung tidak
tahu menjaga hati dan mengambil hati
sesuatu kaum. Dan apabila timbul keadaan sedemikian timbul pula
pertanyaan di kepala aku, apakah perbuatan menyakit hati sesuatu kaum itu
disengajakan? Apakah itu merupakan satu provokasi semata-mata untuk menimbulkan
pergaduhan kaum di Malaysia. Tetapi untuk apa?
Setengah pemimpin agama pula kadang-kadang mempunyai kerenah yang
tersendiri. Kadang-kadang ternampak yang tindakan mereka itu sudah melebihi
sudu daripada kuah. Maknanya mereka bertindak seolah-olah merekalah jaguh yang tidak
ada tolak bandingnya dalam mempertahankan agama Islam. Berasaskan minda dan
pemikiran yang sempit (aku fikir) mereka mengemukakan berbagai ‘fatwa’ yang
kadang-kadang mengecilkan hati kaum-kaum lain di Malaysia. Mereka seolah-olah
tidak langsung memikirkan tentang kesan sampingan yang boleh menghuru-harakan
perpaduan akum di negara kita. Golongan ini seolah-olah hanya memerintingkan
diri mereka dan nafsu sarakah yang tidak pernah habis dengan perasaan dendam
kesumat terhadap sesuatu.
Mereka seolah-olah tidak melihat sesuatu sebagai ‘satu keseluruhan’.
Mereka tidak memikirkan langsung hasrat kepimpinan negara yang mahu mewujudkan
satu bangsa Malaysia yang betul-betul bersatu padu. Golongan agama ini hanya
mementingkan diri sendiri. Syok sendiri. Dan mereka seolah-olah langsung tidak
memikrkan kesan daripada tindakan mereka itu ke atas keseluruhan rakyat
Malaysia. Mereka seolah-olah tidak langsung mempedulikan tentang kesan buruknya
apabila rakyat negara bertelagah sesama sendiri.
Golongan yang tidak bertanggungjawab ini tidak pernah agaknya
memikirkan tentang usaha dan kesusahan yang dilalui oleh pemimpin terdahulu
dalam menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia ini. Tunku Abduk Rahman dalam
tulisannya ‘Looking Back’ bertarikh 3 Februari 1975 menulis, “ By far the most
important issue was achieving complete understanding between the three major
elements of the Alliance –UMNO,MCA and MIC – the Malays, the Chinese and the
Indians working in harmonious trinity, one for all and all for one. The goals
should be harmony within each party and untiy in the Alliance’
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa syarat yang dikenakan oleh
British untuk memberikan kemerdekaan kepada negara ini adalah perpaduan tiga
kaum terbesar di negara ini ia itu Melayu, Cina dan India. British amat sedar
bahawa pada anggapannya adalah merupakan tugas yang begitu sukar bagi tiga kaum
ini untuk berpadu sebagaimana yang dapat dilihat hari ini. Mungkin British
merasakan bahwa adalah ‘mustahil’ tiga bangsa ini akan bekerjasama antara satu
sama lain. Mustahil. Apatah lagi apabila British melaksanakan dasar ‘Pecah dan
Perintah’nya dengan amat berkesan. Mungkin pada anggapan British mereka akan
terus menerus menguasai Tanah Melayu selagi ‘ perpaduan tiga kaum’ itu tidak
tercapai.
Harapan British itu meleset. Tiga kaum berpadu satu. Dan itulah
merupakan satu kejayaan besar pemimpin kita terdahulu disamping mendapatkan
kemerdekaan negara. Oleh hal yang demikian, apakah ‘peranan’ pemimpin generasi
kini untuk ‘meruntuhkan’ perpaduan ini. Apakah para pemimpin kini tidak
langsung mahu mengenang jasa pemimpin terdahulu yang telah menyemaikan benih
perpaduan ini.
Dan kepada pemimpin agama di
negara ini apakah agama kita tidak mengajar supaya kita berbaik-baik antara
sesama manusia dengan tidak melihat rupa
dan warna kulit. Bukankah semua agama di dunia menekankan tentang konsep
berbaik-baik antara sesama manusia.
abuhassanadam
5 Januari 2014
No comments:
Post a Comment