APABILA GURU HILANG TARING
Kisah guru bertukar sekolah disebabkan
penglibatan mereka dengan politik pembangkang bukan cerita baru. Seeingat aku,
semenjak tahun-tahun 60an lagi, sudah mula ‘kegiatan’ pihak Kementerian
Pelajaran menukarkan guru disebabkan sesorang guru itu terlibat dalam kegiatan
poltik pembangkang. Pihak Kementerian Pendidikan tidak perlu membuat penafian
tentang hakikat ini kerana tindakan sebegini bukan merupakan satu rahsia lagi. Semua
warga guru tahu tentang hal ini.
Walaupun diperlakukan sedemikian, namun ramai
juga kaum guru yang terus menerus tidak mempedulikan tindakan dari pihak
kerajaan itu. Mungkin agaknya disebabkan yang mereka begitu yakin dengan
perjuangan dan idealisme yang mereka perjuangkan itu, maka apa saja tindakan dari
pihak kerajaan terhadap mereka seolah-olah tidak dipedulikan. ‘Langkah’ mereka
berterusan tanpa menoleh ke belakang.
Dulu-dulu, kaum guru amat ditakuti dan dugeruni
terutama oleh pihak yang amat faham tentang peranan guru yang boleh
mempengaruhi pemikiran masyarakat umum. Selama tiga dekad ( 50an, 60an, 70an)
kaum guru memainkan peranan yang cukup penting dalam pergerakan politik UMNO.
Jawatan-jawatan penting peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan
biasanya dimonopoli oleh kaum guru. Dan sekiranya kaum guru tidak terlibat
secara langsung dalam UMNO pada ketika itu, pasti agaknya pertubuhan UMNO tidak
sepertimana yang ada pada hari ini. Maknannya kaum guru telah menyediakan tapak
yang cukup kuat kepada politik UMNO sehingga dapat diteruskan oleh generasi
terkemudian.
Ke mana ‘hilang’nya kaum guru kini? Apakah kaum
guru sudah hilang taringnya?
Sejarah juga telah menunjukkan bahawa kaum guru
memainkan peranan yang cukup penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan
negara. Apabila disebut saja ‘guru
Tanjung Malim’, sudah memberikan suatu gambaran yang ‘menggerunkan’ terutama
bagi pihak penjajah British pada tahun-tahun 1920an sehingga 1950an. Apa
tidaknya. Para guru lepasan SITC ( Sultan Idris Trainning College) Tanjung
Malim yang telah mewarnai perjuangan menuntut kemerdekaan dari British. Merekalah
yang telah ‘mengejutkan’ orang Melayu dari ‘tidurnya’. Merekalah yang menyedarkan
anggota masyarakat supaya bangun berjuang membebaskan tanah air dari British.
Berpasakan ‘Majalah Guru’ dan kebolehan berpidato
dan berdebat yang luar biasa, guru-guru “Tanjung Malim’ bertaburan di seluruh
negara mendidik anak bangsa disamping bergiat cergas dalam perjuangan politik
kepartian. Mereka sedar yang peranan mereka bukan sahaja mendidik tetapi juga ‘mencelikkan’
anggota masyarakat tentang penindasan yang dilakukan penjajah dengan
berbaga-bagai dasar yang diperkenalkan.
Sudah tidak ada lagi kah guru sedemikian pada
Kurun ke 21 ini. Apakah kaum guru sudah hilang taringnya?
Dulu-dulu pesatuan dan Kesatuan guru-guru amat
ditakuti dan digeruni. Kesatuan-kesatuan guru ini bukan sahaja membela kebajikan
ahlinya tetapi juga merupakan mata dan telinga rakyat yang sentiasa memberikan
teguran yang membina di atas apa juga dasar yang hendak dilaksanakan oleh
kerajaan. Mereka akan menegur dan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang tidak
menguntungkan bangsa dan negara. Mereka tidak bimbang dan mereka tidak takut
sekiranya mereka tidak dinaikkan pangkat ekoran daripada kritikan mereka
terhadap dasar kerajaan. Iltizam mereka kepada bangsa dan negara tidak ada
tolak bandingnya.
Ke mana hilangnya Kesatuan Guru-Guru Melayu
Malaysia Barat (KGMMB), National Union of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan
Guru-Guru Lepasan Maktab ( KKGLM). Ke mana hilang dan di mana ‘kuburnya’.
Apakah sudah tidak ada lagi tokoh guru di negara
ini untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh tokoh-tokoh guru seperti
Cikgu Noordin Mahmood, Siva Sumbramaniam, Gurusami, Muhammad Mustafa dll. Ke
mana ‘hilang’ dan ‘ghaibnya’ pemimpin-pemimpin kesatuan ini. Mungkin masih
wujud. Cuma ‘perjuangan’ mereka sahaja yang agak berbeza. Mungkin mereka
berjuang untuk ‘membela’ diri dan kelauarga dengan menggunakan persatuan dan
kesatun sebagai ‘launching pad’nya. Mungkin.
Malangnya ‘totok-tokoh’ guru sebegini sudah
hilang taringnya.
Aku yakin bahawa sebelingan besar kaum guru di
Malaysa masih sedar tentang tanggungjawab mereka untuk memperjuangkan sesuatu
demi kebaikan negara dan bangsa. Aku masih yakin bahawa kaum guru sedar tentang
apa yang dilakukan oleh kerajaan kini mungkin tidak secocok dengan apa yang
difikirkan oleh mereka. Mereka tidak berani menentang dasar kerajaan kerana
takut kepada tindakan kerajaan ke atas mereka. Namun di sudut hati kecil
kebanyakan guru di Malaysia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang sedang
berlegar dalam negara ini.
Kaum guru tahu dan sedar tentang hal-hal yang
sedemikian.
Dan sebenarnya kaum guru masih ‘bertaring’…….
abuhassanadam
9 April 2014
No comments:
Post a Comment