MH 370 : DS HISHAMUDDIN SEMAKIN
MENYERLAH
Lester Thurow dalam bukunya, “ HEAD to HEAD’ ada mengatakan,
“ In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher lost her job.
She had not lost an election. It was not obvious that she would. She lost her
job because she insisted on palying the old twentieth-century economic game.
She simply would not recognize that the world had changed and that she would
have to change with it. She would not play the twenty-first century’s economic
game”
Itu kata Lester Thurow. Jikalau mengikut fahaman aku pula ia lah
Margaret Thatcher kalah dalam pilihanraya di Great Britain kerana ‘rentaknya’
tidak mengikut zaman. Ringkasnya ketinggalan zaman. Berfikir cara lama,
sedangkan dunia sudah berubah. Orang lain dah mula berfikir cara Kurun ke 21,
sedangkan dia masih merangkak cara berfikir Kurun ke 20.
Kemudian aku renung ‘jauh-jauh’ melihat dan menilik keadaan
pemimpin di Malaysia kini. Dan apabila disebut pemimpin, biasanya masyarakat di
Malaysia merujuk kepada pemimpin negara di peringkat kebangsaan. Dan yang aku sering bertanya kepada diri aku
sendiri ialah apakah pemimpin-pemimpin ini sedar ataupun tidak yang dunia kini sudah
berubah dan mereka sepatutnya berubah juga mengikut peredaran zaman.
Ada juga yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin. Tetapi
apa yang dilihat tidak langsung mengggambarkan bahawa mereka itu sebagai
seorang pemimpin. Mungkin mereka merasa selesa berada dikalangan pengikut
mereka yang sentiasa ‘mengangguk’ tentang apa saja yang mereka katakan (
disebabkan mendapat sedikit habuan yang diberikan). Tetapi pemimpin seperti ini
sentiasa mendapat kutukan dari masyarakat ramai yang merasakan bahawa kehadiran
mereka hanya menyusahkan rakyat semata-mata.
Apakah setelah setengah abad merdeka kita masih lagi mempunyai
pemimpin yang sebegini. Sebenarnya salah rakyat sendiri yang memilih mereka
untuk sampai ke tempat itu. Aku merasakan bahawa rakyat patut juga
dipersalahkan kerana ‘melahirkan’
pemimpin yang tidak ada kelas ini. Rakyat tidak tahu memilih antara
‘intan’ dan ‘kaca’.
Pemimpin-pemimpin harus sedar bahawa zaman yang kita lalui ini
adalah Kurun ke 21 bukan lagi zaman-zaman seperti tahun-tahun 60an atau 70an.
Pemimpin-pemimpin seharusnya tidak bermimpi sekiranya mereka betul-betul mahu
menjadi pemimpin. Rakyat Malaysia merasa cukup malu dan aib melihatkan gelagat setengah
pemimpin Malaysia yang hadir di persidangan anatara bangsa dengan penampilan
yang memalukan negara. Berbanding dengan negara-negara lain dapat dirasakan
bahawa pemimpin dari negara kital adalah antara yang paling ‘lekeh’ sekali. Sudahlah
penyampaian dalam bahasa Inggeris dalam keadaan ‘lintang-pukang’ ditambah pula
dengan kekurangan fakta yang hendak disampaikan. Malu….
Seolah-olah pemimpin negara kita nampak kelihatan hebat apabila
berada di Persidangan Agung UMNO di mana mereka boleh bercakap dengan
‘berapi-api’ seolah-olah merekalah pemimpin dunia yang hebat. Cuba perhatikan
persembahan’ mereka apabila berhadapan dengan para wartwan dari luar negara.
Mereka ‘menggeletar’ dan amat takut sehinggakan tidak berani untuk menemui para
wartawan.
Kehilangan MH 370 begitu banyak sekali menelurkan berbagai-bagai
persoalan yang terlalu sukar rasanya untuk ‘dipecahkan’. Rakyat sering bertanya
soalan yang tentunya tidak disukai oleh para pemimpin negara kita. Mereka
sentiasa mempersoalkan tentang kemampuan para menteri lain dalam kabinet
Malaysia sekiranya ketiadaan DS Hishamuddin Tun Hussein Onn untuk menjawab
soalan-soalan dari wartwan. Rakyat sentiasa ‘mencari-cari’ menteri atau timbalan menteri lain yang boleh
mengambil peranan beliau itu.
Persoalan ini semakin hangat diperbincangkan setelah dua kali Perdana
Menteri kita mengelak daripada menjawab soalan-soalan dari wartawan luar
negara. Rakyat Malaysia semakin keliru dengan keadaan sedemikian. Tindakan
Perdana Menteri itu telah merancakkan lagi persangka pihak luar yang boleh
menuduh bahawa Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu fakta, walaupun kerap kali
dijelaskan bahawa pentadbiran Malaysia tidak sekali-kali cuba menyorokkan fakta
berkaitan dengan kehilangan MH 370 itu.
Sepatutnya Perdana Menteri ‘berdepan’ dengan para wartawan luar yang dianggap oleh
banyak pihak di Malaysia yang sengaja cuba memburuk-burukkan imej negara. Sudah
dua kali DS Najib melepaskan peluang keemasan untuk ‘bertempur’ dengan pihak
media asing. Rakyat Malaysia sentiasa menunggu-nunggu saat dan ketika di mana
Perdana Menteri kita dapat membersihkan nama negara di mata dunia.
Seluruh dunia dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Malaysia
dalam usaha menangani kehilangan pesawat MH 370. Masyarakat dunia seharusnya
faham tentang kemampuan terhad negara kita dalam menangani krisis yang begitu
besar ini. Dengan sebab itulah banyak negara dunia yang menghulurkan bantuan,
menolong Malaysia mengatasi kemelut ini. Dan kita berusaha sedaya upaya untuk
mengendalikan krisis berkenaan walaupun terdapat kecacatan disana sini.
Tetapi yang menghairankan rakyat Malaysia ialah mengapakah DS
Najib tidak menggunakan peluang yang ada ini untuk memberitahu masyarakat dunia
tentang apa yang telah kita lakukan. Media asing sepatutnya ‘diserang’ bagi
menunjukkan yang negara kita telah melakukan sesuatu demi kemanusiaan. Malangnya
dengan mengelakkan diri dari menerima soalan-soalan dari media asing telah
memberikan peluang kepada media asing untuk terus ‘memperkecilkan’ usaha murni
Malaysia itu.
Gelanggang dan medan berpencak pemimpin Kurun ke 21 adalah di
gelanggan ‘media conference’. Kehebatan seseorang pemimpin dapat diukur tentang
‘sepak terajang’ ketika ‘berpencak’ di gelanggang sedemikian. Dunia akan
mengukur kebolehan dan kemampuan kita untuk memimpin negara berasaskan
kemampuan kita melahirkan buah fikiran dan tindakan kita mengatasi sesuatu
krisis. Dari situlah akan muncul perasaan hormat kepada seseorang pemimpin yang
dengan sendirinya akan mengangkat imej negara yang dipimpinnya di persada
antarabangsa.
abuhassanadam
8 April 2014
Hishammuddin Hussein ada berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat. Namun beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.Tetapi daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
ReplyDeleteLogiknya mana mungkin selepas sebulan malapetaka menimpa MH370 ada harapan pula akan suatu keajaipan akan muncul? Hishamuddin mungkin kelihatan cool dan cerdik dalam menjawab semua soalan yang dilontarkan namun memberi harapan kepada adanya magis atau keajaipan/miracle adalah tidak menasabah, jadi kepimpinan DS Hishamuddin masih tidak terserlah.UMNO dah tiada pemimpin yang personaliti mereka terserlah di kaca mata dunia apatah lagi berupaya berbicara petah dalam bahasa Inggeris atau bahasa kolonial/berkeyakinan/berdiplomatik dan jelas. Nasib baik TPM Mahyuddin dan Zaid Hamidi tidak diberi kesempatan untuk mencelah jadi panel, jika tidak lagi benggong dibuatnya.. Hakitaknya UMNO dah ketandusan pemimpin yang berkaliber berbicara.
Setuju pendapat Uncle Ramli
Delete