ISU MH 370 : BN BIMBANG BERSEMUKA DENGAN PAKATAN RAKYAT
Aku merasa agak hairan juga tentang mengapa pihak
kerajaan Barisan Nasional semacam ‘takut dan bimbang’ memberikan taklimat
kepada pihak pembangkang sedangkan taklimat yang serupa telah pun disampaikan
kepada penyokong kerajaan. Dan pihak kerajaan sentiasa melaungkan ke seluruh
dunia mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu disrorokkan mengenai
kehilangan pesawat MH 370. Semuanya telus belaka. Dan sekiranya begitu
keadaannya mengapakah ternampak semacam ‘takut dan bimbang’ untuk mengadakan
taklimat berkenaan.
Dan pihak pembangkang pula dituduh dengan berbagai
tuduhan yang aku kira tidak wajar. Kononnya ada dikalangan pihak pembangkang
yang seolah-olah mengkhianati negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim
mengatakan bahawa perbuatan sedemikian sebagai perbuatan tidak bermoral.
Selanjutnya beliau mengatakan, "Dari segi moral ia sudah pasti tidak
bermoral. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, Kalau sekiranya tempat
kita makan, (dan) berak di tempat itu, (dan) kita mengotor tempat tersebut, itu
perbuatan tak bermoral”.
Dan beliau mengesyorkan agar persoalan yang sedemikian seharusnya
dibincangkan di parlimen. "Kalau dari segi moral, ia paling rendah. Jika
kita tidak puas hati tentang pentadbiran, kita berbincang dalam Dewan yang
mulia ini," kata Shahidan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Tetapi soalanya pihak kerjaaan seolah
tidak mahu diajak berbincang mengenai kehilangan pesawat MH 370 ini. Sehingga
kini belum ada lagi jawapan dari pihak kerajaan sama ada bersetuju atau tidak
diadakan taklimat untuk pihak pembangkang. Hal sebegini juga dianggap pelik oleh
negara luar dimana seolah-olah pihak pembangkang merupakan ‘orang luar’ dalam pentadbiran
sebuah negara. Sepatutnya pihak kerajaan menganggap pembangkang sebagai ‘part
and parcel’ sebuah pemerintahan kerajaan Malaysia yang sama-sama bergerak ke
arah untuk memajukan sebuah negara. Ini seolah-olah tidak berlaku di Malaysia.
Sudah berapa kali ‘dipohon’
kepada pihak tertentu agar diadakan taklimat untuk pihak pembangkang. Belum ada
jawapan tegas lagi. Dan kesan ekoran dari keengganan kerajaan untuk mengadakan
taklimat ini tentulah mencalarkan imej negara. Seolah-olah pihak kerajaan
begitu takut untuk berhadapan dengan pihak pembangkang. Atau pun seolah-olah
pihak kerajaan BN tidak ikhlas dalam usaha untuk menangai kemelut MH 370
ini bersama-sama dengan pihak
pembangkang.
Kenyataan YB Anthony Loke
membayangkan tentang kekecewaan pihak pembangkang yang seolah-olah sentiasa
‘dipermainkan’ dalam hal berkaitan dengan kemelut MH 370 ini. “I am very saddened
with Shahidan; he promised to have the briefing here in the Dewan but has not
delivered his promise. The government, particularly the minister responsible
for this affair, Hishammuddin Hussein, appears to be avoiding us and our
questions….We wanted this closed-door briefing to ensure a meaningful and
thorough dialogue takes place, and so that we can raise our questions to the
minister…..This wasn’t supposed to be about the information already out there
in the media, but the questions we raised in the Dewan that still remain
unanswered.”
Pihak
kerajaan sentiasa menegaskan bahawa mereka tidak pernah menyembunyikan sesuatu
fakta yang berkaitan dengan pesawat MH 370 ini. Pendek kata semuanya telus.
Tetapi YB Mahfuz Omar tidak berpuas hati dengan penegasan demikian. “If they are not hiding anything, then why the
problem in briefing Pakatan MPs? If they can arrange
a briefing for BN MPs, then they should be able to do the same for Pakatan,”
kata Mahfuz. Sememangnya DS Hishamuddin Tun Hussein telah memberikan taklimat
khas kepada penyokong kerajaan pada 18 Mac yang lalu. Lojiknya sekiranya
taklimat sedemikian boleh diberikan kepada penyokong kerajaan, apakah taklimat
yang serupa tidak boleh diadakan untuk pihak pembangkang?
Tindakan
sebegini pastinya ditertawakan dan boleh membayangkan yang kerajaan BN
merasakan bahawa tanggungjawab terhadap negara ini hanya diserahkan kepada
Barisan Nasional sahaja. Membayangkan juga bahawa pihak pembangkang ( Pakatan
Rakyat) adalah merupakan ‘orang luar’. Apakah begitu tanggapan mereka? Tidak
salah sekiranya YB Mahfuz Omar mengemukakan persoalan, “That’s why I want to ask the government: why are you
avoiding the opposition?”
Tentulah
tidak adil rasanya menuduh pihak pembangkang sebagai ‘tidak bermoral’ apabila
ada isu-isu yang dibangkitkan dianggap oleh pihak kerajaan BN sebagai ‘tidak
bermoral’. Tidak ada langsung isu yang dibangkitkan memberikan bayangan yang
pihak pembangkang dengan sengaja memburuk-burukkan imej kerajaan, sedangkan
sekiranya diteliti dengan sehalus-halusnya seolah-olah pihak kerajaan sendiri
cuba memalukan kerajaan dengan jawapan-jawapan yang kadang-kadang ‘flip-flop’
dan menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia kurang bersedia dalam menyampaikan
sesuatu taklimat.
Pihak
tertentu dalam kerajaan juga seharusnya berpendirian bahawa sebarang teguran
dan kritikan terhadap kerajaan tidak pula bermakna bahawa tindakan sedemikian
sebagai tindakan khianat dan memalukan negara. Sebenarnya itulah amalan
demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya. Dan sepatutnya apabila ada teguran
yang sedemikian, maka yang seharusnya sedar dan bersedia untuk membaiiki
kelemahan adalah pihak pemerintah sendiri.
Terlalu
banyak kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah kini
sekiranya mahu dicatatkan satu persatu. Segala tindak-tanduk kerajaan yang
nampak ‘jelek’ dan ‘hodoh’ sedang diperkatakan oleh rakyat terbanyak. Dan pihak
kerajaan harus sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan ‘kritikan’ yang
bukan kepalang dari rakyat kesan daripada berbagai tindakan kerajaan yang
dianggap menyusahkan rakyat.
Kerajaan
harus ikhlas dalam menangani penderitaan rakyat kini dan kerajaan juga harus
ikhlas dalam apa juga tindakan yang boleh memajukan negara terutama apabila
berhubung dengan pihak pembangkang yang juga sentiasa memikirkan tentang
kemajuan negara tercinta.
abuhassanadam
10
April 2014
Mudah saja agaknya Kerajaan UMNO/BN segan nak bertemu roma dengan pihak pembangkang vis-a-vis MH370 kerana kerajaan pimpinan Najib/Mahyuddin/Hishammudin dan Zaid tidak cukup buah untuk menjawab soalan-soalan keras yang datang dari pihak pembangkang, jika ini gagal maka air muka kerajaan akan bertambah palit dengan tiada kewibawaan/kredibiliti/keyakinan/ketrampilan. Mereka akan menjadi para pemimpin yang benggong tapi cukup ghairah untuk mempertahankan kepimpinan Ketuanan Melayu alias mereka akan lebih malu atau dipermalukan oleh pihak pembangkang, dahlah wartawan asing/kerajaan dah banyak selar kualiti rendah UMNO/BN menangani kes pesawat yang hilang entah ke mana.
ReplyDelete