MH 370: SEMACAM QANTAS (AUSTRALIA) PULA YANG HILANG……
Aku tidak terpengaruh dengan media asing. Akhbar
di Malaysia mengatakan bahawa media asing memburukkan imej negara. Tetapi aku
mengharapkan sumber berita dari media asing kerana aku merasakan bahawa bahan
berita yang disampaikan itu ‘authentic’. Ada yang kelihatan menyebelahi
pihak-pihak tertentu. Dan terpulang kepada individu pula untuk menapis berita
berkenaan.
Melihatkan kepada laporan yang dIsampaikan oleh
media asing, telah memperlihatkan kepada umum bahawa seolah-olah yang hilang
bukannya pesawat Malaysia Airlines milik Malaysia tetapi semacam pesawat Qantas
milik Australia. Apa tidaknya. Ulasan selari (bahasa tahun 60an) atau ‘live
coverage’ mengenai kehilangan MH 370 kebanyakannya datangnya dari Perth
Australia. Ada juga menyiarkan sidang media dari Malaysia yang diadakan oleh
pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin Tun Hussein Onn.
Tentu
ramai yang agak bersetuju bila aku mengatakan bahawa seolah-olah pesawat Qantas
yang hilang dan bukannya pesawat MAS. Dan aku rasa ramai juga yang tidak
bersetuju dengan pandangan itu, terutamanya bagi rakyat yang hanya mengharapkan
sumber berita mereka dari media arus perdana dan tidak langsung melihat
perkembangan sebagaimana yang disampaikan oleh media asing.
Berdasarkan Convention on International Civil
Aviation yang juga dikenali sebagi Chicago Convention, maka Malaysialah yang
berhak untuk mengendali dan mengemudikan pencarian pesawat 370 ini. Maknanya
Malaysia adalah sebagai ‘host’ atau tuan rumah yang bertanggungjawab sepenuhnya
dalam hal menyiasat dan mencari pesawat MH 370 Dan negara-negara lain boleh
menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan oleh Malaysia.
Dan kita merasa bertuah yang begitu banyak negara
yang agak bersimpati dengan rakyat Malaysia yang mana dengan rela hati
menghulurkan bantuan ‘dengan percuma’. Sekiranya aku tidak silap jumlah negara
yang kini melakukan pencarian di Lautan India sudah mencecah 14 buah negara
(besar dan kecil). Menunjukkan kerjasama yang cukup erat antara negara-negara
di dunia.
Laporan dari New York Times bertarikh 14 Mach
2014 ada memetik kata-kata Thomas Haueter, a former
chief of air safety at the National Transportation Safety Board (NTSB), yang
menyatakan bahawa,’ although the American team are
made of the world’s foremost air crash investigators, they will only provide
technical assistance as Malaysia has the jurisdiction over the probe…….Most of
the local guys are pretty darned good … The problem they have is, they don’t do
it a lot. We do this a lot,”
Yang menjadi persoalan masyarakat dunia kini
ialah melihatkan gelagat Perdana Menteri kita seolah-olah ‘lepas tangan’
daripada tanggungjawab sebagai tuan rumah dalam mengendalikan pencarian pesawat
ini, berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Australia
yang begitu sebuk ‘ke hulu –hilir’ mengadakan sidang media untuk memberitahu
kepada dunia dan keluarga yang malang tentang perkembangan terkini. Yang
menjalankan tugas berkenaan telah seolah-olah telah dipertanggungjawabkan
kepada DS Hishamuddin Tun Hussein.
Rakyat Malaysia juga tidak begitu berkenan dengan cara kerajaan
mengendalikan krisis berkenaan. Satu kajian telah dilakukan oleh Merdeka Centre
dan mendapati golongan orang muda yang berumur dalam lingkungan antara 21-30
memang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani krisis berkenaan.
Hanya 35% yang agak berpuas hati sedangkan 56% tidak berpuas hati.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa golongan yang
mengharapkan internet sebagai sumber berita merasakan bahawa pihak kerajaan
tidak menjalankan tugas dengan berkesan dalam hal menangani krisis MH 370.
Begitu juga dengan golongan yang berpendapapatan RM5000.00 ke atas mendapati
cara pengendalian kerajaan itu amat tidak berkesan. Hanya 27% yang merasakan
kerajaan telah menjalankan tugas dengan sempurna berbanding dengan 68% yang
tidak menyukai cara kerajaan menangani krisi berkenaan.
“Sepatutnya Perdana Menteri Malaysia yang sibuk,
bukan Perdana Menteri Australia” kata seorang kawan. Itulah antara persepsi
rakyat Malaysia terhadap keadaan yang berlaku kini. Ada juga kemugkinan yang
Perdana Menteri Malaysia melakukan sesuatu tindakan dengan senyap dan tidak
diketahui oleh umum. Dan hanya menyerahkan tugas untuk ‘sibuk’ itu kepada
Pemangku Menteri Pengangkutan. Mungkin begitu cara dia. Namun yang jelasnya,
rakyat merasakan bahawa Perdana Menteri kita seolah-olah tidak begitu peka
dengan keadaan yang berlaku. Semacam begitu persepsi rakyat Malaysia kini.
Australia pula dilihat oleh masyarakat dunia
sebagai sebuah negara yang betul-betul berusaha untuk menolong mencari pesawat
MH 370 itu. Dari Perdana Menterinya Tony Abbot sehinggalah para menteri dan
pegawai tinggi tentera (termasuk yang sudah bersara) ’bertungkus lumus’
memberikan bantuan. Kenyataan Tony Abbot yang dipetik oleh ‘The Telegraph”
UK memberikan nafas lega kepada keluarga
penumpang pesawat yang malang.
Keluarga penumpang dari China agak kecewa dengan
kenyataan yang disampaikan oleh DS Mohd Najib apabila beliau menyatakan yang ‘the plane had
"ended" in the Indian Ocean’,
berdasarkan kepada satelite data dan tidak berasaskan kepada bangkai pesawat atau pun kotak hitam. Namun Perdana Menteri Australia telah memberikan ‘air penawar’ kepada keluarga malang dengan mengatakan,” the search for the missing airliner will not be abandoned lightly but is absolutely not open ended…..Australia would keep searching until there was no hope of finding anything…….We are just going to keep on looking because we owe it to people to do everything we can to resolve this riddle,"
berdasarkan kepada satelite data dan tidak berasaskan kepada bangkai pesawat atau pun kotak hitam. Namun Perdana Menteri Australia telah memberikan ‘air penawar’ kepada keluarga malang dengan mengatakan,” the search for the missing airliner will not be abandoned lightly but is absolutely not open ended…..Australia would keep searching until there was no hope of finding anything…….We are just going to keep on looking because we owe it to people to do everything we can to resolve this riddle,"
Pemergian
DS Mohd Najib ke Australia dan tentunya akan mengadakan sidang media
bersama-sama dengan Perdana Menteri Australia berkaitan dengan kehilangan
pesawat MH 370 ini. Tugas yang dipikul oleh DS Mohd Najib di Australia pastinya
berat ia itu untuk meyakinkan rakyat di dunia dan rakyat Malaysia khususnya
bahawa Malaysia komited dan peka tentang perkembangan yang berlaku kepada pesawat MH 370. Kenyataan DS Najib
seharusnya lebih authoritative lagi berbanding dengan kenyataan awal Tony
Abbot.
Dan yang
pastinya DS Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia seharusnya tidak gentar
apabila berhadapan dengan para wartawan luar negara untuk meyakinkan kepada
mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bermaruah yang dipimpin oleh
pemimpin yang bermaruah juga……
abuhassanadam
2 April
2014
Najib bagaikan ayam berak kapur apabila berdepan dengan audiens antarabangsa tapi bagai pahlawan hebat apabila berdepan dengan audiens tempatan dan media tempatan kerana Najib mempunyai ciri-ciri kepimpinan jaguh kampung yang suka klentong audiens tempatan yang dikawal penuh. Pemimpinan bawahannya pun lebih kurang sama berlagak hebat dan kadang-kadang tu lebih banyak gas atau bom pistol kosong, suka merapu dan alasan untuk merapu adalah untuk menjaga keselamatan dan perpaduan negara dan demi Ketuanan Melayu. Lihat Najib tak mahu hantar Scorpene yang dibeli berbilion RM untuk SAR di Lautan Hindi, jadi Scorpene macam tak guna satu sen pun. Pelitnya Najib dan timnya tak mahu letak jawatan kerana gagal menangani krisi MAS 370 dan juga dia merupakan kerajaan minoriti di negara kini.Kita terpaksa melihat imej berserabut Najib buat lama lagi.
ReplyDelete