PEMIMPIN KITA MASIH BERTARAF ‘MEDIOCRE’
Agaknya disebabkan dek terlampau selalu sangat tidak
bercakap benar dengan penduduk kampung yang kurang cerdik telah menyebabkan ada
terdapat pemimpin peringkat kebangsaan ‘terbawa-bawa’ untuk bercakap dalam nada
yang serupa dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang terserlah kecerdikan dan
kepintaran mereka. Lantas dapat dilihat bahawa segala hujah yang mereka gunakan
untuk berhujah dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang ‘competent’ dapat
dipatahkan dan kadang-kadang kelihatan ‘menikam diri sendiri’.
Kita memerlukan pemimpin yang ‘competent’ dan bukan
bertaraf ‘mediocre’ yang hanya pandai ‘berborak’, ‘bersembang’,’mengelentong’
dan hanya layak mendapat gelaran sebagai ‘loyar buruk’ sebagaimana yang
dipamerkan oleh setengah ‘pemimpin’ yang kononnya ‘berbahas’ di parlimen. Kita
memerlukan pemimpin yang bukan bertaraf pemimpin ‘kedai kopi’ yang lebih mirip
kepada ‘tin kosong’ yang hanya pandai menghasilkan ‘bunyi’ yang nyaring tanpa
‘isi’. Dan kita juga memerlukan pemimpin yang bukan hanya pandai ‘mengelentong’
rakyat di persidangan parti misalnya atau pun hanya pandai mengeluarkan hujah
di hadapan rakyat yang masih berada ‘dibawah
tempurung’.
Pemimpin kebangsaan yang kita perlukan adalah
yang boleh ‘bersepak terajang’ di arena antarabangsa. Kita memerlukan pemimpin
kerajaan yang boleh menguasai sesuatu persidangan antarabangsa di mana
fikiranya sentiasa dirujuk mengenai sesuatu perkara. Rakyat tidak berbangga
sekiranya seseorang pemimpin kerajaan dapat ditemuramah oleh media antarabangsa
disebabkan lobi dan ‘public relations’ yang diusahakan oleh sesebuah syarikat
PR yang digaji. Itu tidak langsung membanggakan rakyat. Dan pemimpin sedemikian
dikira belum layak untuk dikira sebagai pemimpin negara.
Sudah lebih setengah abad negara kita mencapai
kemerdekaan. Aku tidak menafikan yang kita telah membuat perubahan dan telah
dipandang agak tinggi oleh negara luar beberapa ketika dulu. Tetapi kini aku
merasakan kita sedang berundur ke belakang. Aku sedar bahawa negara pernah begitu
laju ‘meluru’ kehadapan dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an, sehingga negara
Malaysia mendapat jolokan sebagai antara ‘harimau’ Asia yang sedang muncul.
Sampai begitu sekali anggapan setengah masyarakat dunia kepada negara ini melihatkan
kerancakan ekonomi Malaysia pada ketika itu.
Anak-anak Malaysia yang berada di luar negara
pada tahun-tahun 1990an merasa begitu bangga sekali menjadi putera-puteri
Malaysia. Di mana saja kita pergi nama Malaysia begitu harum dan sentiasa
disanjung, dipuja dan di puji. Tetapi kini aku merasa sangsi dengan keadaan
sedemikian. Apabila membaca akhbar-akhbar dan majalah luar negara, terlalu
‘terkebelakang’ rasanya keadaan negara kita berbanding dengan negara-negara
lain di Asia.
Misalnya yang agak menyedihkan kita ialah tentang
keputusan PISA
(Program
for International Student Assessment )adalah ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur
sekitar 15 dan 16 tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for
Economic Coperation and Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan
Pembacaan.
Jelas menunjukkan bahawa
negara-negara Asia seperti Shanghai, Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan
telah begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik,
Sains dan Pembacaan. Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di
negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan
negara-negara lain yang mundur termasuklah Malaysia. Maknanya negara kita
terkebelakang lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat
yang ke 20 teratas.
Berbagai ‘blueprint’ telah dibentangkan
untuk memajukan pelajaran negara kita dan berbilion ringgit dibelanjakan untuk
memajukan pendidikan negara ini tetapi mengapa keadaan kita masih mundur
berbanding dengan negara-negara jiran yang lain. Berbanding dengan Vietnam
sekali pun kita masih mundur. Jangankan kita mahu menandingi negara-negara
China, Hong Kong, Singapore, Jepun dan lain-lain.
Berasaskan keadaan sebegini
apakah pemimpin kerajaan kita sedar bahawa negara kita terkebelakng dari segi
pencapaian dalam bidang pendidikan. Sekiranya dalam lapangan pendidikan kita
berada di belakang, maknanya kita akan terus berada di belakang untuk
tahun-tahun selepas ini. Dan berkemungkinan kita akan kehilangan satu generasi.
Dan kita akan terus menerus
melahirkan pemimpin yang hanya bertaraf ‘mediocre’. Keadaan ini amat
menakutkan……
abuhassanadam
25 April 2014
No comments:
Post a Comment