Tuesday, June 10, 2014

ANTARA EDMUND BURKE DAN SI LUNCAI

Entah macam mana aku teringat kepada kenyataan Edmund Burke yang berbunyi,"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." Edmund Burke merupakan seorang negarawan Anglo-Irish disamping bergelar sebagai seorang pengarang, ahli falsafah Inggeris. Pemerhatiannya adalah berdasarkan kepada perjalanan sejarah dunia yang memperlihatkan kepada kita tentang ‘perbalahan’ antara kumpulan ‘the evil’ (durjana) dengan kumpulan manusia ‘the good’ (yang baik). Mengikut  pemerhatianya, walaupun golongan ‘the good’ agak ramai dan mengatasi golongan bilangan ‘the evil’, namun seringkali golongan ‘the evil’ terus menerus menguasai ‘the good’.

Jikalau dihuraikan dengan terperinci makna kenyataan Edmund Burke ini tentulah membawa maksud bahawa sekiranya orang ramai  hanya membiarkan sesuatu perkara buruk berlaku ( yang dilakukan oleh ‘the bad’) tanpa memberikan apa-apa teguran tentunya akan berakhir bahawa ‘the avil’ akan berjaya melakukan apa saja yang dikehendakkinya. Mungkin ‘the avil’ merasakan bahawa apa yang dilakukannya itu mendapat ‘pengktirafan’ dan restu daripada ‘the good’.

Aku terterik dengan kenyataan Edmund Burke memandangkan kepada keadaan yang wujud di negara kita sekarang. Masyarakat terbanyak merasakan bahawa banyak perkara-perkara yang tidak kena berlaku disekeliling kita, yang menyentuh kehidupan kita samada kegiatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ataupun golongan individu yang menyentuh kehidupan seharian golongan terbanyak. Masyarakat terbanyak hanya berani menyuarakan sungutan mereka secara ‘berbisik-bisik’ antara satu sama lain.

Kadang-kadang kelihatan semacam bahawa rakyat sudah agak bosan melihat tindakan-tindakan yang dilakukan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah tidak mempedulikan langsung suara-suara rakyat yang menyatakan ketidakpuasan terhadap sesuatu yang dilakukan oleh mereka. Terlalu banyak sangat isu-isu yang menyentuh perasaan rakyat dan yang perlu disuarakan. Namun seolah-olah pihak kerajaan hanya memekakkan telinga dan terjadilah seperti mana peribahasa Melayu, ‘sperti anjing menyalak bukit’.

Bukan tidak ada pihak yang ingin menyuarakan pendapat dan pandangan mereka tentang sesuatu tindakan yang dijalankan oleh kerajaan. Bukan semua yang dirancang oleh kerajaan itu betul belaka. Dan bukan semua yang dilakukan oleh para pemimpin negara ini dipersetjui oleh rakyat di negara ini. Kisah para pemimpin membelanjakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya mendapat teguran dari rakyat. Namun masih tidak dipedulikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini bermakna bukanlah rakyat tidak menegur tentang tindakan-tindakan yang dirasakan tidak kena itu. Ada teguran dikemukakan. Tetapi teguran-teguran sedemikian langsung tidak dipedulikan. ‘The good’ ada menegur tetapi tidak diendahkan oleh ‘the evil’. Mungkin juga disebabkan oleh pengaruh ‘the evil’ terhadap ‘the good’ telah begitu dalam dan berkesan sehinggakan apa juga pandangan dan teguran ‘the good’ tidak mendapat sokongan dari rakyat. Lantas ‘the evil ‘ terus bermaharajalela dengan merasakan bahawa apa yang dilakukan adalah betul belaka.

Kesimpulannya bahawa rakyat di Malaysia yang tergolong dalam ‘the good’ bukan tidak berusaha untuk menegur dan menyatakan sesuatu terhadap golongan ‘the evil’, namun rakyat di Malaysia terpaksa juga berhati-hati takut kala-kalau nasib ‘the good’ akan menjadi sebagaimana yang berlaku pada Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Rakyat di Malaysia takut kalau-kalau peribahasa Melayu yang berbunyi,’ terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’ akan menimpa kehidupan mereka. Rakyat sedar bahawa sudah ada contoh yang menunjukkan tentang tenguran ‘the good’ yang telah membawa bencana yang bukan kecil terhadap diri dan keluarganya.

Justeru rakyat di Malaysia sentiasa berhati-hati dalam membuat teguran dan memberikan pandangan terhadap sesuatu perkara. Bukan bermakna mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling yang boleh merosakkan keadaan dan keharmonian negara tetapi disebabkan kebimbangan kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki maka ramai rakyat Malaysia yang membiarkan sahaja ‘the evil’ bermaharajalela dengan tindakan mereka. Lantas ramai yang merasakan bahawa, ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’. Semacam sama pula dengan kenyataan Edmund Burke yang berbunyi,’ ,"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."

Masyarakat Melayu sentiasa menghayati cerita Si Luncai walaupun itu hanya merupakan cerita jenaka rekaan orang Melayu lama. Si Luncai mungkin dapat mewakili masyarakat ‘the good’ yang cuba menyatakan sesuatu yang betul kepada Raja tetapi telah disalah ertikan oleh Raja sehingga Si Luncai dikenakan hukuman bunuh. Cerita sebegini amat berkesan di hati orang Melayu. Dan ditambah pula dengan peribahasa, ‘jangan menjaga tepi kain orang lain’ telah menyebabkan ‘the good’ amat takut dan bimbang menyatakan sesuatu terhadap’ the evil’.

Jelasnya masyarakat sentiasa berada dipersimpangan samada ‘mematuhi’ kenyataan Edmund Burke ,"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."ataupun berhati-hati dengan tindakan agar terjadi sebagaimana nasib Si Luncai.

abuhassanadam

10 Jun 2014

No comments:

Post a Comment