IKHLASKAH UMNO MENGEMUKAKAN HUDUD DI SELANGOR?
Hudud bukan untuk dipolitikkkan, apatah lagi
untuk ‘dipermainkan’. Kini seolah-olah wakil rakyat UMNO di Selangor cuba
mempermain-mainkan hukum Hudud. Difahamkan bahawa di Terengganu yang diperintah
oleh BN, mereka masih tidak mahu melaksanakan hukum Hudud dan pemimpin UMNO di
Selangor yang diperintah oleh Pakatan nampak ‘bersungguh-sungguh’ benar mahu
mengenengahkan hukum Hudud. Apakah itu bukan bermakna mempermainkan hukum Allah
namanya. Dan sikap kepura-puraan sebegini seharusnya diberhentikan demi untuk
menjaga kesucian agama Islam.
Usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar
Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri
mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud seolah-olah
mempermainkan hukum Hudd itu sendiri. Apa tidaknya. Telah berapa tahun UMNO
(BN) memerintah Selangor sebelum ini dan seolah-olah tidak pernah terdetik pun
di hati wakil rakyat UMNO (BN) untuk melaksanakan hukum Hudud ini. Dengan tidak
semena-mena wakil rakyat ini mendapat ‘ilham’ untuk membawa usul berkenaan
dalam DUN Selangor.
Kenyataan
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad itu berkaitan dengan isu ini amat
tepat. “Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada
lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?...Hanya setelah
mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang
hudud?.....Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan
hudud di negeri itu,” Harakahdaily 10 Jun 2014.
Aku
merasa lega membaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan melalui
artikel berjodol,’Teluk Intan: Pandangan Saya’ bertarikh 24 Mei 2014. Ramai
yang agak keliru tentang isu ini. Ini isu ‘ditelan mati emak diluah mati
bapak’. Apa tidaknya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh TG Nik Aziz, ‘hudud
merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini
sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa.’
Lantas
mahu tidak mahu sebagai orang Islam kita perlu menerimanya. Tidak ada tolak
ansur lagi. Orang islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima
kewajipan bersolat atau berpuasa. Persoalan yang ditimbulkan sekarang ialah
bahawa hukum hudud akan diperkenal dan akan dilaksanakan di Malaysia tetapi
mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.
Walaupun
aku bukan pemimpin negara, namun isu ini memeningkan kepala aku juga kerana aku
amat simpati dengan pemimpin-pemimpin lain yang cuba menyelesaikan isu hudud
ini, terutama parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DAP sejak dari dulu lagi telah
pun menentang pelaksanaan Hudud ini. Walaupun
tidak menentang pelaksanaan Hudud tetapi pihak UMNO(BN) menampakkan agak ‘liat’
untuk melaksanakan dan mengemukakan berabagi alasan mengapa Hudud tidak
dilaksanakan. Dan kini muncul
‘wira-wira’ UMNO di Selangor yang bersungguh-sungguh benar nampaknya untuk
melaksanakan Hudud di Selangor. Rakyat Selangor seolah-olah sedang menonton
satu sandiwara atau sebuah drama swasta.
Kenyataan TG Nik Aziz tidak
berapa lama dulu telah menjelaskan bahawa, “…..Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu
kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka
menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan
ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan
lagi”
“Justeru,
apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah
perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih
memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini
dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu
hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak
henti-henti.
Usia
Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu
perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini.
Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan
parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang
masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO
sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak
hudud di Parlimen nanti.
Amat
lojik penjelasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz, seorang ulama yang amat
bijaksana dan dapat menyesuaikan pemikiranya di era Kurun ke 21. Dengan
sendirinya beliau mengerti apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘modern’ dan
‘perubahan’.
Aku
terbaca juga tentang kisah bagaimana Rasulullah berusaha cuba menegakkan
undang-undang Islam di Madinah yang beliau mengambil masa puluhan tahun sebelum
dilaksanakannya. Namum akhirnya undang-undang sedemikian dapat diterima oleh
masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah. Apakah begitu cara hukum Hudud
hendak dilaksanakan di Malaysia nanti. Dan sekiranya begitulah caranya aku amat
yakin masyarakat Islam dan bukan Islam dapat memhaminya dan lantas akan
bersetuju tentang pelaksanaanya insyallah.
abuhassanadam
11
Jun 2014
dear esteemed writer en. abu hassan adam,
ReplyDeleteI truly enjoy reading your articles but you seem a bit too direct in your bashing.
To truly change things in our country, would it be better if you involve yourself directly in the governing establishment and impart your knowledge and wisdom from within ?.
Humans with their cognitive dissonance, would only read things that confirms their views hence those would read your blog would most likely agree with you. I for one, is such person though some may dispute that they may not agree with your view and yet read it. I think those people are few and far between.
Just some ramblings at my end. Cheers