Sunday, June 1, 2014

DYANA TERBABIT DALAM ‘THE CLASH OF CIVILIZATION’

Pengundi kawasan Teluk Intan telah memberikan ‘jawapannya’. Apakah ‘jawapan’ yang diberikan itu sama dengan ‘jawapan’ pengundi di tempat lain tentulah tidak dapat dipastikan. Mungkin boleh juga dibuatkan perbandingan antara PRK Teluk Intan dengan PRK Gelugur atau pun mungkin juga boleh dibuatkan perbandingan dengan PRK Kajang.

Daripada beberapa ‘jawapan’ yang terdedah menampakkan bahawa ‘jawapan’ yang diberikan oleh PRK Teluk Intan itu tidak sama dengan ‘jawapan’ yang diberikan oleh pengundi di kawasan PRK Gelugur atau pun pengundi PRK Kajang. Apa tidaknya. Jikalau dikatakan bahawa kekalahan Dyana di Teluk Intan disebabkan oleh ‘kulit sawo matang’nya telah menyebabkan pengundi Cina ‘lari’ dari DAP, maka tentulah keadaan sedemikian tidak berapa tepat jika ditinjau di Kajang dimana kaum Cina tetap memberikan undi kepada DS Wan Azizah. Dan begitu juga pengundi Cina telah memberikan undi yang memberangsangkan kepada Ram Karpal Singh. Oleh itu untuk dinayatakan bahawa pengundian berlandaskan kaum dan bangsa tentula tidak begitu tepat. Dan sememangnya kita tidak mahu pun ‘landasan’ itu digunapakai di Malaysia pada abad ke 21.

Berasaskan kepada beberapa analisis yang telah dibuat oleh penganalisis, hujah yang boleh dikira relevan ialah apabila ada yang mengatakan bahawa ‘acuan’ yang digunakan oleh DAP di Teluk Intan ialah ‘acuan’ yang lebih kurang sama dengan ‘acuan’ yang dipakai oleh Rafizi di Pandan ataupun yang digunapakai oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai. Jelas menunjukkan bahawa acuan sedemikian tidak boleh digunakan sepenuhnya di Teluk Intan.

Teringat aku kepada apa yang berlaku kepada Margaret Thatcher yang tewas dalam pilihan raya di Great Britiain suatu ketika dulu.
Lester Thurow dalam bukunya, “ HEAD to  HEAD’ ada mengatakan, “ In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that she would. She lost her job because she insisted on palying the old twentieth-century economic game. She simply would not recognize that the world had changed and that she would have to change with it. She would not play the twenty-first century’s economic game”

Itu kata Lester Thurow. Jikalau mengikut fahaman aku pula ialah Margaret Thatcher kalah dalam pilihanraya di Great Britain kerana dia tak ikut zaman. Ketinggalan zaman. Berfikir cara lama, sedangkan dunia sudah berubah. Orang lain dah mula berfikir cara Kurun ke 21, sedangkan dia masih merangkak cara berfikir Kurun ke 20.

Tetapi hakikat yang berlaku di PRK Teluk Intan itu ialah DAP dan calonya Dyana Sofea telah mendahului zaman sedangkan analogy yang digunakan oleh Lester Throw kepada Margaret Thatcher ialah bahawa beliau ketinggalan zaman. DAP mungkin terlupa bahawa masyarakat dan pengundi yang berada di Teluk Intan itulah dari kawasan ‘semi-urban’ yang masih ramai lagi penduduknya menjalankan pekerjaan berasaskan pertanian. Masih lagi ramai lagi pengundi Melayu dari kawasan kampung-kampung  dan masih ada lagi kaum Cina yang mengerjakan tanah pertanian cara lama. Bagitu juga dengan kaum India yang masih ramai bekerja di estet-estet di kawasan Teluk Intan.

Tentu sekali amat jauh berbeza cara berfikir pengundi sedemikian dengan pengundi yang berada di kawasan Gelugur ataupun di kawasan Pandan atau Kajang. Mungkin kesilapan yang tidak disengajakan oleh DAP ialah bahawa mereka telah menggunakan cara yang agak tersilap apabila berhadapan dengan pengundi di kawasan Teluk Intan, terutama apabila berhadapan dengan pengundi-pengundi di kawasan-kawasan luar bandar.

Dyana tentunya tidak ada masalah langsung berinteraksi dengan  penduduk di bandar Teluk Intan samada dari keturunan Melayu atau Cina ataupun India kerana ‘budaya’ yang dilalui oleh Dyana ataupun Tony Pua adalah lebih kurang sama dengan budaya yang mereka lalui saban hari. Tetapi apabila berhadapan dengan keadaan penduduk luar bandar tentulah memerlukan pendekatan yang berbeza. Inilah agaknya yang merupakan faktor ‘utama’ yang menyebabkan kekalahan DAP di PRK Teluk Intan walaupun faktor-faktor lain yang tidak boleh dikesampingkan. Mungkin.

Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea. Mereka telah menaruh sepenuh harapan agar beliau akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain. Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar landskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abada ke 21.

Sebenarnya Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum. Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu.

Abuhassanadam

1 Jun 2014

8 comments:

  1. Yeop, jangan gusar!. Pengundi di Telok Intan sebenarnya bijak memberikan kemenangan kepada BN buat selama 2 tahun+ sebelum PRU 14 untuk mendapatkan projek projek yang dijanjikan.

    Kalau BN tunaikan janji atau tidak, mereka akan kembali kepada PR di PRU 14.
    Lebih teruk jika BN tidak menunaikan jajnji!

    Its the Projects promised in the campaign that they want!!!!

    Who lose?

    ReplyDelete
  2. as the saying goes...absolute power corrupts absolutely...Looking at things in perspective, it is okay to give gerakan a life line. Keep them on their toes and not extinguish all hopes. This will give them some motivation to work harder for the people. Likewise, DAP has been riding the wave for a long time. Good to put them down once in a while, again to keep them continuing their hard work for the people. All in all, I would prefer Dyana to win but as in politics there is always good in uncertainty.

    ReplyDelete
  3. My Malay is already koyak - long time no use, so pardon to comment in English. I think Saudara Adnan here is correct, the strategy used conflicts with the demographics. Dyana would win hands down in a urban constituency, but not in a pertanian constituency where the locals are not familiar or interested in national issues simply because they are still at the bottom of the Maslow Hierarchy of needs. On the other hand, YB LKS seem to be aware of the issue and took the gamble because, no matter what, win or lose, DAP and Dyana comes up smelling like roses, and they both have. YB LKS may have deliberated taking the risk so as to awaken Pakatan, because the opposition seem to have lost sight of its guns on putrajaya and are drowing in their seas of ideological conflicts and internal struggles. I surmise it is a calculated move, and a clever one; losing this election would also reduce the reaction of the ruling party towards much needed changes in their organization and preparation for GE14. But then again, I could be completely wrong - this may be a great setback that YB LKS did not forsee. I doubt it though, because he been warning that they could lose from the onset....

    ReplyDelete
  4. Salam, saya yakin tulisan tuan yang penuh kekecewaan sehingga mengambil contoh negarawan Margaret Thatcher untuk episod kekalahan ini TIDAK langsung menggambarkan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Dan siapakah calun DAP ini untuk dibandingkan dengan negarawan British itu?

    Jika tuan begitu menyanjung DAP, mungkin wajar dibandingkan dengan Saidatina Khadijah? Seriously, wajarkah ?

    Berpihaklah di bumi nyata, dan ramai Melayu yang tuan label sebagai kelas menengah urban ini amat bersyukur dengan kekalahan beliau. Terimalah hakikat inilah pandangan kami, pengundi di atas pagar. Pengundi yang bukan penyokong BN tapi cukup meluat dengan permainan politik murahan DAP dan sandiwara bersiri PAS!

    Kenapa kami menolak calun DAP ini, adalah kerana yang didokongnya. Full stop. Kenapa orang Cina menolak beliau, adalah kerana beliau seorang yang tidak jujur. Full stop.

    Secara jujurnya, khas untuk PAS, berhati-hatilah dengan permainan anda dengan DAP. Jangan satu hari nanti, perasaan simpati Melayu kepada PAS juga turut lenyap, lanjutan sandiwara anda di Teluk Intan!

    Terimalah hakikat seorang pengkhianat bangsa tiada tempat di hati orang Melayu, walau bagaimana urban nya pada pandangan luaran tuan.

    Ya, betapa pahitnya kenyataan ini untuk tuan telan, dan meranapkan ilusi tuan, namun berpijaklah di bumi nyata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah awak, Puteri, menggelarkan Dyana (seorang beragama Islam) seorang pengkhianat bangsa sedangkan awak seorang Melayu mengundi serang bukan Melayu yang sah bukan Islam?

      Betapa bangangnya awak yang racist!

      Delete
  5. Dear Puteri,

    I have read your comments with earnest. Feel like sharing some points relating to me (a Chinese) on your statement..."Kenapa orang Cina menolak beliau...".

    Firstly, I'm just a single voice and my comments are mine alone and should not be extrapolated to infer that the whole chinese population agree with me on my comments.

    Kenapa orang cina tolak beliau...bcos:

    1) the gerakan president has served the constituency before and have done some amount of good work there;
    2) he is still the gerakan president hence the chinese feel that he may still have the clout to contribute or persuade those who have the power to contribute; and
    3) it is not a full term. there is only 2.5-3 years left. If he does contribute for given such a chance, then the people of Teluk Intan will benefit;
    4) if he doesn't contribute and all that he says are empty promises, the people of Teluk Intan can easily change back to DAP in the next GE;
    5) this is just a single by-election. Even if DAP wins, the corridors of power remains status quo, so no harm done.

    The more I think of it, the more I think the people of Teluk Intan are a savvy lot when it comes to politics and maybe not as simple minded as what James Chua (contributor before u above) suggests "Maslow pyramid".

    ReplyDelete
  6. Dear Tsksing,

    Noted with thanks for sharing your personal observations of the recent political situation in Teluk Intan.

    Kepada Encik Timor,

    Melabelkan seorang sebagai "bangang" berdasarkan neraca andaian adalah sesuatu yang kurang tepat.

    Melabelkan seseorang sebagai "racist" juga boleh dipersoalkan semata-mata hanya kerana seseorang itu menyayangi bangsanya. Pada pandangan saya, ia adalah jati diri yang walau saudara cuba menafikan, tetap ada pada naluri setiap manusia, jati diri ke arah kelangsungan bangsanya. Sekurang-kuranya saya bukan seorang yang hipokrit! Sekiranya saudara berbeza pendapat di situ, saya hormati ia sebagai perbezaan pendapat dan tidak menjadi kayu pengukur kepada tahap kecerdikan saudara!

    Hakikatnya, penentu kemenangan di Teluk Intan bukanlah pengundi, tetapi adalah mereka yang tidak keluar mengundi, termasuk undi rosak.

    Apa yang terjadi pada DAP, pada pandangan saya, adalah seperti pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

    Memandangkan saudara menganggap saudara amat bijak pandai sekali, saya yakin saudara bijak memahami situasi ini. Last but least, salam to u, and may The Almighty bless u always.

    Sincerely,
    Puteri.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam., Puteri,

      Thanks for your reply.
      I agree with you the reasons DAP lost. Not too much of my concern. I stand with my comments about you.
      Anda faham jati diri? Anda tahu mengapa Melayu berpecah dan siapa punya angkara? Jangan risau Puteri, Melayu akan bersatu semula satelah kita usirkan kumpulan mereka yang bertanggongjawab memecah belahkan Melayu.

      Please understand and look beyond these.

      Assalam.

      Delete