TINDAKAN WAKIL RAKYAT YANG
MEMALUKAN
Entah macam mana aku diketemukan dengan buku lama
dalam simpanan aku. Charles Handy,” The Age of Unreason’. Antara yang aku
tertarik adalah kenyataan yang berbunyi,
“ We are entering the age of unreason, a time
when the future, in so many areas, is to be shaped by us and for us; a time
when the only prediction that will hold true is that no prediction will hold
true; a time, therefore, for bold imaginings in private life as well as public;
for thinking the unlikely and doing the unreasonable’
Aku terfikir pula berapa ramaikah agaknya wakil
rakyat atau pemimpin negara yang terserampak dengan petikan sedemikian. Bagi
aku mereka sepatutnya tahu dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang
sedang dihadapi kini dan tentunya tindakan dan persiapan yang harus
dipersiapkan kepada rakyat yang dipimpin di negara ini. Bagaimana wakil rakyat
hendak berperanan sebagai pemimpin sekiranya mereka pun tidak tahu tentang arah
tuju yang hendak dituju.
Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai
antara wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung
berketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan. Masih dikira ‘tak
apa’. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat
yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata
sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak ‘selesa’ apabila berhadapan dengan
tindakan wakil rakyat yang memalukan.
Walaupun tidak ramai yang berkelakuan yang tidak
senonoh, namun rakyat akan melabelkan bahawa tindakan wakil rakyat adalah
memalukan. Seekor kerbau (atau lembu) yang membawa lumpur maka pastinya semua
terpalit. Disebabkan dua tiga ‘ekor’ yang melakukan tindakan yang tidak wajar
sebagai seorang wakil rakyat maka rakyat sedikit sebanyak akan menuduh bahawa
kebanyakan wakil rakyat adalah bersikap demikian.
Orang tua-tua selalu berkata bahawa, ‘bangkai
gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru’. Membayangkan bahawa sesuatu perkara
buruk itu pasti tidak dapat dilindungi dan lambat laun akan diketahui juga. Itu
dulu. Kini setelah kemunculan media sosial yang begitu meluas, tentulah apa saja
perkara yang membabitkan wakil rakyat akan diketahui dengan cepat oleh rakyat.
Apatah lagi yang berkaitan dengan perkara-perkara buruk seseorang wakil rakyat
itu.
Akhir-akhir ini terdapat wakil rakyat samada
wakil parlimen atau ADUN yang mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya tidak diucapkan
oleh seorang wakil rakyat. Seolah-olah tidak memikirkan terlebih dahulu sebelum
mengeluarkan kata-kata. Ramai antara waki rakyat yang memiliki hobi ‘mencarut’
sebagai budaya mereka di parlimen dan di DUN. Membayangkan bahawa keadaan
sedemikian sudah merupakan budaya yang sentiasa diamalkan oleh mereka setiap
hari samada di rumah atau pun apabila berada di majlis-majlis.
Rakyat biasanya mengaharap sesuatu yang murni
daripada seorang wakil rakyat, samada dari segi tingkah lakunya ataupun
percakapannya ataupun cara mereka berhubung dengan rakyat. Sekiranya seseorang
wakil rakyat itu tidak menampakkan penonjolan yang sedemikian maka pastinya
mereka tidak akan mendapat penghormatan daripada rakyat. Rakyat kadang-kadang
tertanya-tanya dan agak ‘bingung’ melihatkan tingkah laku wakil rakyat yang
kononya berkelulusan Phd tetapi cara hujah dan penyampaiannya di Parlimen tidak
menggambarkan langsung sebagai seseorang berkelulusan tinggi.
Tidak berapa lama dahulu telah timbul gelaran
‘Professor Kangkung’ yang diberikan kepada para professor di universiti kita
yang tidak langsung menampakkan diri mereka sebagai seorang professor
berbanding dengan setengah Professor yang mendapat penghormatan yang begtu
tinggi dari rakyat. Professor Ungku Aziz misalnya terus menerus mendapat
penghormatan rakyat kerana kemampuannya meletakkan diriinya sebagai seorang
professer sebenar.
Dan begitu jugalah dengan keadaan wakil rakyat
yang tidak dapat menempatkan diri mereka sebagai seorang wakil rakyat yang
tugasnya adalah merangka undang-undang negara di parlimen. Rakyat pastinya
mempersoalkan kredibiiti mereka sebagai penggubal undang-undang, sekiranya
rakyat merasakan bahawa belum begitu layak seseorang itu untuk diberikan
pengikitirafan sedemikian.
Adalah diperhatikan juga bahawa Ahli Dewan
Undangan di negeri-negeri menampakkan juga keadaan yang serupa sebagaimana yang
berlaku di parlimen. Apa yang berlaku di Terengganu (kisah ADUN yang ‘surung-sentap’)
dan peristiwa yang berlaku di Selangor (berkaitan dengan ‘surung-sentap’ isu
Hudud) sudah cukup memberikan satu gambaran tentang keadaan sikap wakil rakyat
kita. Apakah mereka tidak berfikir terlebih dahulu semasak-masaknya sebelum membuat
sebarang keputusan. Apakah mereka tidak merasa malu dengan tindakan mereka
yang ‘surung-sentap’ yang memberikan
gambaran bahawa mereka seolah-olah tidak langsung menghormati Dewan Undangan
Negeri dan rakyat yang diwakili oleh mereka. Apakah sememangnya sikap mereka
yang sambi lewa dan amalan mereka mempersendakan isu yang sepenting itu. Apakah
mereka tidak merasa malu dengan perbuatan dan tindakan sedemikian.
Sepatutnya apabila menjelang Kurun ke 21, tidak
ada lagilah wakil rakyat kita yang bersikap seperti setengah wakil rakyat pada
tahun-tahun selepas mendapat kemerdekaan dahulu. Rakyat boleh memaafkan wakil
rakyat berkenaan atas dasar bahawa mereka sememangnya golongan yang tidak
mendapat pendidikan yang agak sempurna berbanding dengan sekarang. Ramai yang
hanya berkelulusan Darjah 5 atau Darjah 6 sekolah Melayu sahaja dan tentu
sekali rakyat dapat memaafkan. Kini sudah ramai wakil parlimen kita yang
berkelulusan Phd, tetapi tidak menampakkan kemampuan untuk ‘menggalas’ status
Phd mereka. Tentulah amat malang sekali.
Antara faktor yang memungkinkan kebanyakan wakil
rakyat bersikap tidak sebagaimana yang sepatutnya adalah
- · Kurang membaca. Mungkin mereka telah ketinggalan zaman dalam erti kata mereka telah tidak diketemukan dengan fakta dan maklumat yang terkini yang sedang berlegar di dunia kini. Mereka mungkin tidak melibatkan diri mereka dalam’the knowledge society ‘ kini. Lantas mereka agak ketinggalan dan tidak berapa tahu apa yang berlaku dalam dunia kini.
- · Mungkin juga disebabkan mereka tidak terangsang minda mereka. Keadaan ini disebabkan oleh mereka yang sentiasa mendampingi rakyat di peringkat bawahan yang amat kurang membaca. Lantas mereka hanya bertemu dengan watak-watak ‘yes man’ yang sentiasa mengangguk apa saja yang diperkatakan oleh mereka, walaupun fakta yang diperkatakan amat tidak munasabah. Hujah seseorang wakil rakyat itu tidak terangsang sama sekali. Lantas wakil rakyat sedemikian adalah sentiasa dalam keadaan ‘syok sendiri’. Sentiasa berada di kawasan ‘zon selesa’.
abuhassanadam
14 Jun 2014
No comments:
Post a Comment