Wednesday, June 18, 2014

ANTARA ISU BIBLE DAN ISU RASUAH  - MANA PENTING?

Seingat aku, isu perampasan bible dari penganut Kristian tidak pernah berlaku di negeri Selangor semasa Barisan Nasional memerintah negeri Selangor. Mungkin aku tak ingat ataupun aku tidak sedar bahawa telah berlaku rampasan besar-besaran yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ataupu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi bible yang mengandungi perkataan Allah.

Beberapa soalan ‘menerajang’ benak aku. Mengapa pula hal yang sebegini berlaku di negeri Selangor sahaja? Apakah di negeri-negeri lain tidak berlaku keadaan sedemikian? Mungkinkah agaknya di negeri-negeri lain di Malaysia pentadbiran jabatan agamanya tidak sehebat dan secekap pentadbiran JAIS atau MAIS? Mungkin begitu agaknya. Mungkin agaknya pegawai-pegawai MAIS dan JAIS terdiri dari pegawai yangs sememangnya berkelulusan luar biasa dalam bidang agama yang menyebabkan mereka begitu perihatin dan peka tentang pentadbiran agama Islam. Mengapa pula jabatan agama di negeri lain tidak secekap pegawai agama di Selangor?

Kelihatan akhir-akhir ini, rakyat di Malaysia seolah-olah sudah membelakangkan undang-undang negara. Kadang-kadang sudah semacam timbul keadaan ‘anarchy’ sepertimana yang digambarkan oleh British ketika menggunakan alasan untuk mencampuri hal ehwal negeri Melayu pada suatu ketika dahulu. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia kini sudah bernai menceroboh dan ‘menyerang’ Dewan Undangan Negeri (dan kita agak bernasib baik kerana parlimen kita belum lagi dicerobohi. Nasib baik) dan kita tidak tahu apakah hukuman yang akan dikenakan. Mungkin terlepas begitu sahaja dengan amaran. Mungkin.

Sebelum ini, seingat aku mahkamah sentiasa dihormati dan dipatuhi. Tidaklah seperti keadaan kini di mana keputusan mahkamah dan keputusan hakim seolah-olah tidak diendahkan. Keadaan sebegini berlaku mungkin juga disebabkan keadaan yang tidak disedari berlaku oleh hakim-hakim yang tugasnya memelihara hal kehakiman negara. Saudara Kee Thuan Chye memberikan alasannya.

“Since former prime minister Dr Mahathir Mohamad tampered with the judiciary in 1988, many Malaysians have come to doubt the independence of our courts and whether they can be depended upon to dispense justice.
And, over the years, judicial decisions in major cases, especially those involving the government, have deepened the doubts.
(KEE THUAN CHYE’s new book, ‘Can We Save Malaysia, Please!’)

Keyakinan rakyat mula meluntur juga terhadap pejabat peguam negara. Arahan Peguam Negara seolah-olah tidak dipedulikan juga dan yang agak anihnya tidak pula kelihatan tindakan dari pejabat berkenaan mengenai golongan rakyat yang ingkar arahan berkenaan. Agak pelik juga. Mungkin agaknya tindakan susulan akan dilakukan kemudian. Mungkin. Namun yang jelasnya kedudukan pejabat peguam negara agak tercemar. Keadaan mungkin disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu. Saudara Kee Thuan Chye turut mengemukakan hujahnya.

“Confidence in the Attorney-General's Chambers (AGC) has also sunk to the lowest level. This has been compounded by its selective persecution of dissenters and opposition leaders; and suffers an oversight when it comes to favoured individuals.
For example, nothing ever came out of the VK Lingam case, despite the conclusions of the Royal Commission of Inquiry into Lingam’s involvement in judge-fixing; as well as the AGC’s decision not to appeal the acquittal of Abdul Razak Baginda, one of the prime accused in the Altantuya Shaariibuu murder trial.
(KEE THUAN CHYE’s new book, ‘Can We Save Malaysia, Please!’)

Berbalik kepada persoalan isu rampasan bible di Selangor, sepatutnya tidak timbul sebarang kerumitan berkaitan dengan isu ini kerana sudah jelas dan terang peruntukan perundangan yang bersabit dengannya. Tidak timbul keraguan tentang undang-undang yang berkaitan dengan isu itu sebagaimana yang dijelaskan oleh pakar peruundangan di negara ini Prof Abdul Aziz Bari. Katanya,

“The federal constitution is the supreme law in the country and no one is above it, including the sultan……Since the matter (of seized bibles) has already been decided by the attorney-general himself - and he has not changed his mind either - the MB should, as a matter of courtesy, inform the sultan that (state Islamic authorities) Mais and Jais must comply with the AG’s decision….There are no two ways about it. The sultan is not above the federal constitution, and being the head of Islam in the state of Selangor, he is also bound by the constitution…..He has to take the advice of the MB since neither Mais nor Jais have the local standi to prosecute any parties.” Malaysiakini, 18 Jun 2014.

Disamping itu terdengar juga suara-suara yang menyeru agar orang Islam di negara ini supaya berdiri teguh di belakang MAIS agar tidak berganjak daripada keputusan supaya tidak memulangkan bible berkenaan kepada Bible Society of Malaysia (BSM). Bagi mereka ini merupakan satu jihad yang perlu dipertahankan oleh orang Islam, khususnya pertubuhan Islam di negara ini bagi menegakkan Islam.

Seruan sebegini tentulah menimbulkan banyak persoalan juga daripada penganut agam Islam (yang tidak begitu arif tentang agama Islam) di negara ini. Apakah ini saja caranya untuk umat Islam di negara ini berjuang mempertahankan Islam. Dan apakah umat Islam di negara ini tidak perlu lagi taat dan patuh kepada undang-undang dan pemerintahan negara demi untuk mempertahankan Islam. Apakah tindakan yang sedemikian pernah dilakukan oleh Rasulullah dalam usahanya mengembangkan Islam ketika di Madinah.

Dan aku juga ingin mendapat kepastian daripada pihak yang arif bahawa apakah perbuatan merampas bible ini lebih mulia dan lebih bererti daripada berusaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan dikalangan pemimpin yang rasuah di negara kita sepertimana yang didedahkan oleh laporan Ketuan Audit Negara temph hari?

abuhassanadam
18 Jun 2014


1 comment:

  1. as defined in wikipedia (though some may contest its accuracy)....

    Allah (English pronunciation: /ˈælə/ or /ˈɑːlə/; Arabic: is the Arabic name for God (al ilāh, iliterally "the God").It is used mainly by Muslims to refer to God in Islam,but it has also been used by Arab Christians since pre-Islamic times.

    Can the malay muslim dispute this with the arab christians when the arabic language is a creation by their people and their national language and mother tongue.

    Hypothetically, no different from the malay adopting a religion that originates from a foreign country and claiming full rights over the use of such foreign language....The country can be any country so to speak, Africa, German, Indian etc...

    Such audacity....

    ReplyDelete