KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN: SEOLAH-OLAH
MEMBELAKANGKAN PENYATA RAZAK
YB
DS Idris Jusuh selaku Menteri Pelajaran Malaysia berkata,’ "I
can bet next year or the year after, you are going see more kids from private
to public schools,”. Beliau berkata demikian dalam program ‘The Breakfast Grille’( Malaysian Insider 22 Jun 2014). Keadaan
ini berlaku ekoran daripada beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh
kementerian Pelajaran dalam usahanya untuk memajukan pendidikan negara
disamping ‘memanggil pulang’ semula ‘penghijrahan’ yang agak ramai
pelajar-pelajar kita ke sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah
antarabangsa.
Dan antara perubahan dan
pembaharuan yang akan diperkenalkan ialah mengembalikan ‘keagungan’ dan
kepentingan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan yang dirasakan agak
ketinggalan. Seiring dengan hasrat itu, akan diadakan juga program-program
untuk memberikan latihan semula kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah.
Disamping itu Malaysian Education Blueprint 2013-2015 akan ,’focus on developing
higher order thinking skills (KBAT)’ dimana
“ KBAT will shift learning away from rote memorisation to teaching students to
analyse and interpret data and apply information”
Bagi Datin Noor Azimah
Abdul Rahim pula, selaku pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE)
bahawa ‘umpan’ yang diberikan oleh YB Menteri Pelajaran itu tidak menarik. Ini
disebebakan, “the main attraction of private schools is an English-medium
syllabus that prepares students for overseas universities and colleges’. Beliau
selanjutnya berkata, "More English is not enough. You have to teach
science and maths in English’. Maknanya pengajaran matematik dan sains dalam
Bahasa Inggeris, sepertimana dasar yang diperkenalkan pada 2003 dan tamat pada
2011 itu patut diteruskan.
Maknanya golongan berada
kini seolah-olah mahukan agar sistem persekolahan seperti yang dilakukan pada
zaman penjajahan dahulu diperkenalkan. Bahasa Inggeris harus diutamakan. Bagi
golongan ini Bahasa Melayu dan Sejarah seolah-olah tidak penting kerana tidak
menjamin masa hadapan anak-anak mereka untuk mendapat tempat belajar di pusat
pengajian tinggi luar negara. Di sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia,
Bahasa Melayu ada diajarkan tetapi ‘layanan’ yang diberikan kepada mata
pelajaran berkenaan tentulah tidak seperti ‘layanan’ yang diberikan kepada
matapelajaran yang memberikan impak kepada masa hadapan pelajar-pelajar.
Matapelajaran Sejarah ada
diajarkan di sekolah-sekolah antarabangsa, namun sejarah yang diajarkan
bukanlah merupakan sejarah mengenai negara kita Malaysia. Isi pembelajaran
adalah mengenai sejarah Eropah dan sejarah dunia yang boleh memberikan
‘manfaat’ yang lebih kepada pelajar yang mengikuti kursus IGCSE. Lantas
pelajar-pelajar yang mengikuti kursus disekolah-sekolah berkenaan pasti
akan terlepas daripada mempelajari sejarah bangsa dan negara kita.
Persoalannya ialah apakah akan lahir sebuah bangsa Malaysia di suatu hari nanti sekiranya anak-anak yang terdidik
di sekolah-sekolah antarabangsa tidak begitu didedahkan dengan sejarah negara
kita.
Apakah ibu bapa dari
golongan berada ini patut dipersalahkan sekiranya mereka menghantar anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Tentulah amat tidak
adil pula sekiranya mereka dipersalahkan. Sebagai seorang yang berkemampuan,
tentulah mereka mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang cukup sempurna.
Dan mereka merasakan bahawa sekolah-sekolah kerajaan tidak mampu untuk
menyediakan pendidikan sempurna sebagaimana yang mereka harapkan, walaupun
pihak kerajaan sentiasa mendakwa bahawa pelajaran dan pengajaran yang
disediakan adalah yang terbaik.
Dalam
ucapan penganugerahan ijzah kedoktoran kepada beliau di UITM tidak berapa lama
dahulu, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata,’ "I still remember that
at one time we were respected and praised in the international arena….At
international forums we were often given the task of compiling the overall
reports, composing the communiqué, moderating the discussion and the like…..We
were given these tasks because of our relative superiority in ability to think
and because of our command of English. Lamentably, this is no longer the
case," Malaysiakini 10 Mei 2014.
Bagi
aku satu kenyataan yang tepat pada masanya dihamburkan. Sudah sampai masanya
kerajaan melakukan sesuatu tindakan demi memperbaiki keadaan ini. Sudah
terlampau banyak ‘sosek-sosek’ diluar yang mengatakan bahawa sistem pendidikan
di negara kita sudah ‘kelam-kabut’. Yang berkata demikian bukan sahaja orang
ramai yang dulu tidak mahu mengambil tahu tentang pendidikan negara,
tetapi juga para pesara pendidikan yang amat faham dengan perjalanan sistem
pendidikan negara. Mereka ini juga ‘menggelengkan kepala’ apabila memperkatakan
mengenai sistem pendidikan negara kini.
Mereka
yang prihatin tentang persoalan pendidikan negara ini merasakan bahawa peneraju
pendidikan negara kini patut dipersalahkan. Maknanya Menteri Pendidikan
sememangnya bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku berkaitan
dengan pendidikan negara kini. Seolah-olah mereka merasakan bahawa Menteri
Pendidikan sengaja mahu membiarkan generasi yang akan datang dalam keadaan
bodoh dan tolol supaya senang pihak pemerintah memperbodohkan mereka dalam apa
suasana sekalipun. Kelihatan semacam begitu.
Dalam
keghairahan untuk membuat pembaharuan-pembaharuan dalam pendidikan negara,
seharusnya pihak berwajib jangan terlepas pandang falsafah dan prinsip yang
digariskan dalam Penyata Razak tahun 1956 yang merupakan ‘blueprint’ paling
agung bagi bangsa kita. “Bagi Razak, pendidikan
bukan sekadar untuk menimba ilmu tetapi merupakan alat untuk mencapai perpaduan
negara Justeru,
dia mewujudkan sejenis sekolah kebangsaan untuk semua penduduk, tanpa mengira
kaum. Walaupun demikian, dia tidak menafikan hak kaum-kaum yang lain untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah Mandarin atau sekolah Tamil pada
peringkat rendah…”
Pihak
kerajaan harus berhati-hati terutama apabila menangani ‘kerenah-kerenah’
pihak-pihak tertentu.
abuhassanadam
23
Jun 2014
No comments:
Post a Comment