APABILA ‘SPEAKERS CORNER’ UNIVERSITY
MALAYA ‘DIROBOHKAN’.
Aku merasa bertuah dan amat gembira sekali
sebagai anak Perak ‘bersultankan’ Sultan Raja Nazrin Shah. Rakyat Malaysia juga
pastinya amat gembira mendengar titah ucapan Tuanku yang bertitah, ‘“Do not tell me tales to
send me into dreamland when the reality on the ground is something entirely
different from what has been related to me…..Hopefully, the members of the
Dewan Negara will help me with all sincerity and honesty so that I can
discharge my responsibility fairly and equitably,” titah baginda ketika
merasmikan pembukaan Dewan Negara Perak yang dipetik oleh Malaysiakini
bertarikh 20 Jun 2014. Pastinya ucapan itu dalam Bahasa Melayu. Aku petik dari
sumber Malaysiakini, berbahasa orang putih.
Maknanya Tuanku mahu
rakyat, terutamanya pemimpin peringkat pusat dan negeri di Malaysia sentiasa bercakap
benar. Jangan tipu-tipu. Jangan belit-belit. Jangan terlampau banyak main
politik. Bela rakyat dengan ikhlas. Aku yakin bahawa baginda Sultan bercakap benar
dan ikhlas apa yang dititahnya itu. Latar belakang pendidikannya sudah cukup
memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa negeri Perak pastinya amat bertuah
mempunyai ketua negeri yang menepati erti kata yang sebenarnya.
Sehubungan dengan apa yang dititahkan oleh Sultan
Raja Nazrin itu yang mahukan rakyat bercakap benar tentang isu-isu yang berkaitan
dengan negara, terdapat pula berita-berita yang memperlihatkan bahawa
seolah-olah setengah pihak di Malaysia yang melarang rakyat mendengar berita
sahih dan benar, terutama yang melibatkan para pelajar kita samada di pusat
pengajian dalam negara atau di luar negara. Semacam bercanggah pula kenyataan
Tuanku itu dengan apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam negara.
Aku hampir menangis apabila Speakers Corner University
Malaya ‘dirobohkan’. Aku tidak tahu siapa yang mengarahkan supaya dirobohkan.
Cuma yang aku ingat bahawa Speakers Corner (SC)
yang terletak berhampiran perpustakaan itu sudah tidak berfungsi lagi
ketika aku singgah sebentar seketika pada tahun 1975. ‘Pentas’ tempat
menyampaikan ucapan masih ada tetapi pokok-pokok yang kebiasaanya menaungi para
pendengar sudah ditebang habis. Licin. Lantas sememangnya tujuannya ialah untuk
mengelakkan supaya SC tidak berperanan dalam memberikan peluang para pelajar
untk mendengar ucapan-ucapan daripada pemidato. Supaya para pelajar terus jadi ‘bangang’
dan ‘tolol’ kerana tidak berpeluang mendengar pendapat yang bertentangan denga
hasrat pihak tertentu.
Di Speakers Corner ( Sudut Pidato) inilah para pelajar tahun-tahun 1960an dan
awal 70an mengasah bakat mereka untuk berpidato dan menyampaikan pandangan dan
fikiran mereka secara bebas sebelum berkuatkuasanya Akta University dan Kolej.
Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh pemimpin seperti Saudara Anwar Ibrahim dan
beberapa orang pemimpin lain. Di pentas inilah mereka mengasah bakat berpidato,
menyampaikan hujah tanpa rasa segan dan silu, disamping mempunyai kebebasan
bersuara yang sebebasnya.
Aku terbaca satu artikel berjodol, On Freedom of Expression and Campus Speech
Codes” yng dipetik dari
majalah Academe July-August
1992 yang menyatakan, “Freedom of thought and expression is essential to any institution of
higher learning. Universities and colleges exist not only to transmit existing
knowledge. Equally, they interpret, explore, and expand that knowledge by
testing the old and proposing the new…..This
mission guides learning outside the classroom quite as much as in class, and
often inspires vigorous debate on those social, economic, and political issues
that arouse the strongest passions. In the process, views will be expressed
that may seem to many wrong, distasteful, or offensive. Such is the nature of
freedom to sift and winnow ideas”
Lantas
teringat aku mengenai pengalaman aku ketika menuntut di Stanford University,
Palo Alto, California tidak berapa lama dulu, yang dikatakan sebagai salah
sebuah university terkemuka di dunia. Aku masih teringat bahawa kebanyakan
pelajaran dan pengajaran yang aku dapati disana adalah hasil daripada interaksi
aku dengan para professor di luar bilik darjah. Dan perbincangan yang diadakan
adalah dalam suasana bebas dan sebebasnya. Para pelajar diberikan kebebasan
untuk menyuarakan pendapat tanpa takut-takut. Tidak ada undang-undang yang
mengawal tajuk isu yang diperbincangkan. Dan aku berkeyakinan benar bahawa
itulah satu ‘ramuan’ yang disediakn di Stanford atau pun di Harvard yang
membolehkan para pelajar yang dilahirkannya begitu cemerlang. Aku berbangga dan
merasa bertuah ‘menikmati’ suasana pembelajaran yang sebegitu.
Malaysia
seharusnya melihat dan mencontohi apa yang dilakukan oleh university-university
terkemuka dunia supaya keadaan di pusat pengajian tinggi kita dapat diperbaiki.
Ramai rakyat Malaysia yang berasa sedih dan pilu mendapat berita yang
mengatakan bahawa univeristy-university dan kolej kita tidak tergolong dalam
‘top 100’. Ini merupakan berita sedih dan memilukan. Apakah lagi yang ada pada
kita untuk dibanggakan sekiranya tidak dalam lapangan pelajaran.
Lagi
menyedihkan ialah apabila univeristy-univeristy di negara-negara jiran kita seperti
di Singapore sedang melonjak kemasyhurannya sedang kita semacam ‘tiong’ yang
berjalan undur ke belakang. Tentulah amat menyedihakn. Apakah para professor di
pusat pengajian tinggi tanah air tidak merasa sedih dengan keadaan sebegini.
Apakah tidak ada usaha dari saudara-saudara
professor untuk membetulkan keadaan sedemikian. Ataupun mungkinkah
saudara-saudara juga ‘bersetju’ dengan keadaan sedemikian.
Aku terus mengingati kenyataan Edmund Burke yang
berbunyi,"All
that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."
abuhassanadam
21 Jun
2014
No comments:
Post a Comment