CHETTY MEMBELI TANAH MELAYU
Aku masih ingat lagi tentang cerita tanah Chetty
(Chettiar) yang berselerak di kawasan kampung aku. Seingat akulah, untuk sampai
ke dusun durian atuk aku ( Changkat Ponggin namanya), terpaksa melalui
tanah-tanah orang Melayu ( dulunya) yang telah dijual kepada golongan Chetty.
Pada ketika itu aku tidak tahu ‘biji buahnya' tentang ‘tanah Chetty’ ini. Yang
aku tahu ialah orang kampung sentiasa mengatakan bahawa ‘di situ tanah Chetty’,
‘di sini tanah Chetty’, ‘tanah di baruh tu tanah Chetty’. Kebanyakannya tanah
chetty. Zaman yang aku ceritakan ini adalah disekitar tahun-tahun 1950an.
Lama kelamaan barulah aku tahu bahawa tanah-tanah
orang Melayu di kampung aku telah banyak terjual kepada Chetty. “The
term Chettiar or Chetty is a title used by various
mercantile castes in South India, especially in the states of Tamil Nadu and Kerala. In Tamil Nadu, 14% of
the population is Chettiar” Wikipedia. Dan aku yakin bahawa tentulah
tanah-tanah orang Melayu di tempat-tempat lain pun banyak juga yang telah
terjual kepada orang asing, terutama golongan Chetty ini.
Pada
awal kurun ke 20, orang Melayu telah mengalami ‘culture shock’ dengan
perkembangan sistem ekonomi wang yang diperkenalkan oleh British. Orang Melayu
menjadi ‘gelabah’ dan ‘haru biru’ dengan kemasukan budaya baru ini. Kebanyakan
orang Melayu pada ketika itu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang ia
itu dengan cara menjual tanah-tanah pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang
terdahulu. Dan pada ketika inilah orang asing terutamanya golongan Chetty
mengambil kesempatan diatas ‘kesulitan’ yang dialami oleh orang Melayu. Mereka
telah membeli tanah-tanah kepunyaan orang Melayu dengan harga yang terlalu amat
murah. Apatah lagi dengan keadaan orang Melayu yang kebanyakannya buta huruf
pada ketika itu, mereka telah ‘dieksploitasi’ dengan secukupnya oleh golongan
Chetty. Dengan kata lain orang Melayu telah ditipu…..
“ Tetapi
jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual
tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang
Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura.Dinding tidak berguna kepada
British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat
oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai
sebahagian dari Union tersebut. Singapura dikecualikan kerana ianya strategik
bagi British. Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja
Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak
menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan. Apa yang berlaku kemudian
adalah sejarah” Tun Dr.Mahathir dalam blog ‘DR. MAHATHIR MOHAMMED" berjodol “JUAL TANAH” bertarikh May30th 2014
Memerhatikan
keadaan sedemikian seolah-olah memaksa British untuk merangkakan satu dasar
agar orang Melayu tidak boleh menjualkan tanah mereka kepada golongan lain
selain daripada orang Melayu sendiri. Justeru pada 25 November 1913, Akta Tanah
Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Akta ini
diperkenalkan semata-mata untuk menyelamatkan tanah milik Melayu daripada
terlepas ke tangan orang asing. Melalui Akta ini, Residen berkuasa mengisytiharkan
mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Pengisytiharan sebegitu akan menyelamatkan
tanah di kawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadaikan atau ditukar
milik kepada orang bukan Melayu.
Setahu
aku dasar sedemikian masih lagi berkuatkuasa hingga sekarang. Masih ada lagi
tertulis dalam geran-geran tanah perkataan ‘MALAY RESERVATION’. Namun dalam
keghairahan kita membangunkan negara ini, mungkin juga syarat sedemikian telah
‘dilanggar’ dan banyak tanah-tanah di Malaysia milik Melayu telah berpindah
tangan kepada orang lain. Seharusnya PERKASA dan ISMA dan NGO lain yang
perihatin tentang orang Melayu melakukan penyiasatan terperinci agar tanah
milik Melayu kekal di tangan orang Melayu.
Mengikut
Tun Mahathir melalui blognya ‘DR. MAHATHIR MOHAMMED", “ Tetapi tabiat menjual tanah masih
kekal. Ia tidak semestinya melibat kepingan tanah. Mengorek tanah untuk dijual
kepada negara lain juga tidak banyak berbeza dari penjualan tanah. Kerajaan
melarang penjualan tanah seperti ini. Tetapi penjualan ini masih berlaku.
Dengan digunanya tanah Negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara
lain,hasilnya tidak banyak berbeza dari penjualan wilayah kepada negara asing,
seperti yang dilakukan dahulu. Kita sudah merdeka lebih setengah
abad. Tetapi kita sudah lupa akan kesalahan kita dahulu. Memang menjual tanah
seperti dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja.
Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana”
Aku
merasakan bahawa nasihat yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathri ini amat, amat
berguna untuk direnungkan oleh generasi kini yang akan mewarisi generasi akan
datang. Kepimpinan tertinggi negara, terutamanya DS Mohd Najib seharusnya
mengambil tindakan segera di atas nasihat yang berguna daripada Tun Mahathir
itu. Dan kepada Pemuda UMNO yang sepatutunya berada di barisan hadapan
memperjuangkan isu-isu yang membabitkan kelangsungan bangsa Melayu ini
seharusnya bergerak aktif disamping PERKASA, ISMA yang kelihatan selama ini
begitu lantang memperjuangkan isu-isu yang membabitkan orang Melayu.
Nah…sudah
sampai masanya anda memperjuangkan sesuatu untuk orang Melayu. Aku pasti orang
Melayu akan berada dibelakang anda semua.
abuhassanadam
7 Jun
2014
No comments:
Post a Comment