Thursday, June 5, 2014

POKOK 'MALIALAM'

‘Malialam’ nama sejenis pokok yang tumbuh di merata-rata tempat di kampung aku. Tidak dapat aku pastikan apakah pokok ini tumbuh juga di tempat-tempat lain. Mungkin di kampung-kampung lain pun ada. Tetapi mungkin namanya saja yang berbeza. Mungkin di tempat lain namanya lain. Bukan ‘Malialam’. Lain. Macam mana pokok ini mendapat nama ‘Malialam’ itu aku tak tahu. Yang aku ingat semenjak aku kecil hinggalah sekarang, orang kampung masih memanggilnya pokok ‘Malialam’.

Pokok ‘Malialam’ tumbuh merata-rata. Liar. Tetapi besar guna dan faedahnya bagi orang kampung, terutamanya bagi kanak-kanak pada ketika itu. Apa tidaknya. Daun ‘Malialam’ boleh digunakan sebagai ‘Elastoplast’. Maknanya daunnya boleh jadi ‘ubat’ ( bagi kanak-kanak di kampung aku ). Mengubati luka terutamanya. Mungkin agaknya disebabkan sudah tidak ada ‘ubat’ lain untuk mengubati luka-luka maka hanya daun ‘Malialam’ saja yang ada, maka daun ‘malialam’lah digunakan oleh seluruh penduduk di kampung kami.

Ketika bermain kejar-kejaran di kampung misalnya, kadang-kadang kita terjatuh diatas tanah yang keras dan sudah pasti mendapat luka. Maka ‘first aid’ yang  boleh diperolehi dengan segera tentulah daun ‘Malialam’. Percuma. Boleh dapat dimana-mana saja. Cara menggunakan daun ‘Malialam’ amat mudah. Dipetik dua atau tiga helai daun berkenaan. Diletakkan antara dua tapak tangan. Kemudian ‘Gise’ ( loghat Perak, ia itu proses menghancurkan daun berkenaan antara dua tapak tangan), Sebelum ‘digise’ mesti dibubu air ludah  terlebih dahulu untuk menyenangkan proses ‘menggise’. Setelah daun ‘Malialam’ itu betul-betul hancur, maka bolehlah disapu di tempat luka berkenaan. Terasa pedihnya. Menandakan bahawa sememangnya ‘ubat’ itu berkesan!... Mungkin…..

Kanak-kanak zaman ini tentu merasa hairan bagaimana daun ‘Malialam’ boleh dijadikan ubat luka. Harus difahami oleh mereka bahawa pada ketika itu terlalu sedikit ‘option’ untuk mengubati seseorang yang mendapat luka. Hospital yang terdekat adalah di Kuala Kangsar ia itu lebih kurang 10 kilometer jauhnya. Dan untuk pergi ke Kuala Kangsar dari kampung aku mungkin mengambil masa tiga jam. Apa tidaknya.

Terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk sampai ke pekan Padang Rengas melalui beberapa buah kampung dan sawah padi. Jikalau musim tengkujuh, jalan-jalan berlumpur dan dipenuhi air. Amat menyusahkan. Kadang-kadang mengambil masa satu jam untuk sampai ke Padang Rengas dimana akan menaiki bas ‘Red & Yellow’ (masih beroperasi lagi kini) untuk ke Kuala Kangsar. Terpaksa menunggu antara tiga puluh minit hingga satu jam. Perjalanan bas dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar akan mengambil masa tiga puluh minit lagi. Bas berkenaan tidak akan melalui hospital, sebaliknya melalui jalan lain. Berhenti berhampir pejabat pertanian Kuala Kangsar dan berjalan kaki pula menuju ke hospital.

Maknanya perjalanan dari kampung aku ke hospital Kuala Kangsar lebih kurang sama perjalanan dari kampung aku ke Kuala Lumpur kini. Tiga jam setengah. Itulah bayangan penderitaan penduduk kampung pendalaman zaman penjajahan. Dan keadaan yang aku jelaskan ini bukan sahaja berlaku di kampung aku, tetapi di kebanyakan kampung Melayu di seluruh negara. Malah banyak lagi suasana kampung yang lebih teruk dari keadaan sebagaimana yang aku terangkan.

Bagaimana pula keadaannya kepada ibu-ibu yang hendak bersalin? Kebanyakannya mengharapkan bantuan bidan kampung. Di kampung aku namanya Pan Gebor dan Andak Comot. Kononnya mereka ini telah ‘ditauliah’kan oleh datuk nenek mereka turun temurun untuk menjadi bidan. Dan mereka terpaksa kena ‘booked’ terlebih dahulu, sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan. Dengan sebab itulah diadakan majlis ‘Lenggang Perut’, ia itu tiga bulan sebelum tarikh kelahiran. Tujuan diadakan majlis berkenaan ialah untuk ‘memecah rahsia’ dan memberitahu orang kampung bahawa ‘sipolan’ sudah mengandung tujuh bulan ( bagi pasangan yang baru kahwin).

Terdapat juga keadaan dimana si ibu mengalami masalah kelahiran. Penduduk kampung hanya mengharapkan perkhidmatan ‘bomoh’ untuk mengubatinya ataupun semata-mata mengharapkan doa dan menyerahkan kepada takdir. Dan ramai juga yang meninggal.

Sehingga awal tahun 1960an, keadaan di kampung aku masih dalam keadaan sedemikian. Tidak ada jalan yang bertar. Tidak ada bekalan letrik. Tidak ada bekalan air bersih. Pendek kata suasana di kampung aku pada ketika itu berada dalam suasana yang amat menyedihkan.

Bilangan anak kampung yang mendapat pendidikan juga adalah terlalu berkurangan. Daerah Kuala Kangsar agak bertuah dari segi mendapat peluang pendidikan kerana terdapat banyak sekolah Inggeri s di daerah ini. Malay College di sini. Clifford School pun di sini. Government English Girls School (untuk pelajar permpuan) juga di sini. Di Padang Rengas hanya terdapat sebuah sekolah Melayu.

Walaupun kelihatan sebagai luasnya peluang pendidikan di daerah Kuala Kangsar, namun tidak ramai anak-anak di daerah ini yang mendapat peluang demikian pada ketika itu. Samada mereka tidak berjaya untuk memasuki sekolah-sekolah berkenaan ataupun ibu bapa mereka tidak begitu bersemangat untuk menghantar mereka ke sekolah-sekolah berkenaan. Apatah lagi pada ketika itu masih kuat lagi ‘ajaran’ golongan agama yang mengatakan, ‘ siapa yang belajar di sekolah orang putih akan jadi Kristian dan masuk neraka…’

abuhassanadam
5 Jun 2014




5 comments:

  1. Mane rope daunnye yeop ... Cer letak gambo sket

    ReplyDelete
  2. Saudara PKGuys,

    Insyallah akan saya usahakan apabila pulang ke kampung nanti.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sekarang pokok malialam ni dah diberi nama pokok kapal terbang. Entah mane paseinye tuko jadi name baru pulok.

    ReplyDelete
  4. Agaknya org kuala mmg gelo daun tu malialam.Banyak khasiatnya daun ni

    ReplyDelete
  5. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete