‘PAK KADUK’ DAPAT BRIM
Semalam DS Najib Tun Razak telah mengumumkan Bajet 2014. Antara
pengumumannnya ialah kenaikan bantuan BRIM dan disamping itu kenaikan harga
gula dari RM 2.50 sen kepada 2.85 sen. Kerajaan kata ‘ subsidi dikurangkan’
tetapi sebenarnya harga gula dinaikkan. Samalah dengan kenaikan harga minyak.
Mereka kata, ‘subsidi minyak dikurangkan’ tetapi sebenarnya harga minyak
dinaikkan.
Walaubagaimana pun dengan pengumuman pemberian BRIM itu akan
terlonjak-lonjak lah ‘kumpulan’ yang akan menerima BRIM itu. Seronok. Lantas
aku teringat kisah Pak Kaduk, watak orang Melayu tolol yang selalu dikisahkan
untuk mengisi lapang yang tergolong dalam cerita jenaka orang Melayu.
Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Cempaka Seri, rajanya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adap istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyabung dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal yang demikian, habislah sekalian rakyat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiada sekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi Sallallahu alaihi wasalam kerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan maksiat itu.
Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur namanya Pak
Kadok, tinggal ditepi sungai ujung negeri itu juga. Ada pun akan Pak Kadok ini
terlalu dungu serta dengan tololnya. Maka adalah kepada suatu hari Pak Kadok berkata
kepada isterinya, aku ini mak Siti ingin pula rasanya hendak pergi menyabung ayam
kegelanggang baginda itu kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung
ayam beramai-ramai di situ.
Mari kita sabung ayam biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah. Boleh kita taruhkan kampung kita kepada baginda. Kalau menang kita tentulah kita mendapat duit baginda itu.
Maka ujar isteri Pak Kadok, jikalau begitu baiklah, pergilah
awak menyabung, bawa ayam kita itu.
Maka sahut Pak Kadok, jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru ku beli ini. Lekaslah menjahitnya.Maka kata isterinya, bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar ini. Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang tengah gelanggang sambungan itu.
Maka sahut Pak Kadok, jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru ku beli ini. Lekaslah menjahitnya.Maka kata isterinya, bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar ini. Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang tengah gelanggang sambungan itu.
Bukankah awak malu besar”
Ujar Pak Kadok, tiada mengapa. Buatkan juga lekas-lekas aku
hendak pergi.
Setelah itu isteri Pak Kadok pun segeralah mengambil gunting
lalu mengguntingkan seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi.
Maka kata Pak Kadok, usahlah di jahit, pelekat sahajalah supaya cepat.
Serta lepas digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya
dilekatlah olehnya. Apabila sudah, lalu diberikan kepada Pak Kadok, maka ia pun
segeralah memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung, merah, kuning,
hitam dan putih, terlalu hebat rupanya, tambahan pula berkena tengkolok helang
menyongsong angin. Apatah lagi tampaknya
Pak Kadok seperti juara yang maha faham pada sabung menyabung. Setelah sudah bersedia sekaliannya, Pak Kadok pun lalu turun menangkap ayamnya biring Si Kunani itu, serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju kegelanggang baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ketengah medan menyabung itu.
Sehingga setelah dilihat oleh baginda akan Pak Kadok datang itu, maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, Hai Pak Kadok, apa khabar? Menyabungkah kita?
Maka sembah Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambutkan oleh baginda serta diamat-amati.
Diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kadok itu. Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya.
Setelah didengar oleh Pak Kadok akan titah baginda menggula
dirinya itu, percayalah ia. Maka sembahnya Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia, relalah patik, seperti titah
itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.
Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda beroleh ayam Pak Padok itu.
Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda beroleh ayam Pak Padok itu.
Maka baginda pun bertitah kepada juara-juaranya menyuruh bulang
ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang balung ayam biring Si Kunani
yang bertukar dengan pak Kadok itu mengenakan taji bentok alang serta dengan
berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kadok pun segeralah membulang
ayamnya bertukar dengan baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan kehadapan
dan putingnya kebelakang.
Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini? Soronglah dahulu supaya beta lihat.
Maka sembah Pak Kadok, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patek ini tiada harta apa harta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja. Jikalau ada ampun dan kurnia kebawah dulu Tuanku, kampong itulah patik gadaikan kebawah duli Tuanku menjadi tanggungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.
Maka titah baginda bailah.Lalu dikurniakan oleh baginda wang
yang sebanyak permintaan Pak Kadok itu kepada dengan memegang gadaian kampung
itu. Telah sudah, baginda pun menyorongkan taruhnya lima puluh rial juga,
jumlahnya seratus rial. Maka serta sudah, baginda pun mengajak Pak Kadok
melepaskan ayam masing-masing. Sembah Pak Kadok, silakanlah Tuanku.
Maka baginda pun lalulah menguja-uja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya, serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam biring Si Kunani pun datanglah menggelepur ayam jalak. Dan Si Jalak pun segeralah membalas pula, tetapi kasihan,sungguh pun Si Jalak membalas, percuma saja kerana tajinya dibulang oleh Pak Kadok, juara tuntungnya kehadapan dan putingnya kebelakang. Jadinya bila Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur ditengah gelanggang itu, kerana dua liang sudah lukanya sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh tajinya sendiri.
Maka baginda pun lalulah menguja-uja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya, serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam biring Si Kunani pun datanglah menggelepur ayam jalak. Dan Si Jalak pun segeralah membalas pula, tetapi kasihan,sungguh pun Si Jalak membalas, percuma saja kerana tajinya dibulang oleh Pak Kadok, juara tuntungnya kehadapan dan putingnya kebelakang. Jadinya bila Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur ditengah gelanggang itu, kerana dua liang sudah lukanya sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh tajinya sendiri.
Setelah Pak Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si Biring itu menang maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah apatah lagi ia pun tiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompat-lompat lalu menyerukan tuah ayamya itu. Maka oleh tersangat bertepuk dan melompat itu, habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran berterbangan oleh angin berkeping-keping kesana kemari bercampang-camping. Maka Pak Kadok pun tinggallah berdiri ditengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja.
Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang besar-besar dan rakyat, tentera hina dina sekalian akan hal Pak Kadok ini, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempek soraknya kesukaan melihat temasya Pak Kadok itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama.
Maka ada pun akan Pak Kadok, demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia pun tercengang pula kerana pada sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu.
Kemudian apabila ia menoleh kepada tubuhnya, barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat itu.
(petikan dari hasil tulisan Saudara Muhamad Amir Hamzah bin
Zahinor)
Begitulah
kisahnya. Fikirkanlah……
abuhassanadam
26
Oktober 2013
No comments:
Post a Comment