Sunday, October 13, 2013

TAHNIAH KHAIRY!........SYABAS PEMUDA!!.......

TAHNIAH KHAIRY!........SYABAS PEMUDA!!.......

Sekurang-kurangnya kemenangan Saudara Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia, memberikan satu bayangan dan harapan bahawa bangsa Malaysia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain didunia pada suatu ketika nanti. Sekurang-kurangnya pemuda UMNO yang memberikan sokongan padu kepada kemenangan Khairy itu sedar tentang keadaan perkembangan masyarakat dan bangsa di dunia.

Apa tidaknya……

Berdasarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh calon-calon Pemuda sebelum ini telah menentang Khairy yang dikatakan terlalu liberal yang memberi makna bahwa Khairy sememangnya tidak sesuai untuk suasana politik di Malaysia kini yang terdiri dari berbagai kaum. Kata mereka. Maknanya mereka mengharapkan agar Pemuda UMNO seharusnya menumpukan perhatian kepada  Melayu dan berjuang dengan berpasakan Melayu dan bermatlamat apa saja yang mementingkan Melayu. Mesti Melayu….Justeru mereka menagajak para pemuda UMNO yang menjadi perwakilan dalam pemilihan UMNO baru-baru ini supaya tidak memilih Khairy. Malangnya mereka tidak berjaya. Rupa-rupanya para perwakilan pemuda seluruh negara lebih waras dan matang. Aku amat bangga dengan perkembangan ini. Syabas Pemuda….

Lantas aku hulurkan tabik hormat kepada Pemuda UMNO ( Melayu) yang tahu tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk memajukan Melayu tetapi seluruh bangsa Malaysia keseluruhannya. Ini adalah tuntutan semasa. Dan para pemuda Melayu sedar akan tuntuan ini. Syabas!.....dan tahniah!....

Aku yakin sekiranya pemuda Melayu (UMNO) berfikiran sedemikian, maka aku yakin masyarakat akan terus memandang tinggi kepada Pemuda. Sememangnya tepat kata pujangga bahawa ‘ Pemuda Harapan Bangsa’. Namun aku belum pasti bahawa ‘Pemudi Tiang Negara’. Apatah lagi keadaan Wanitanya yang sudah tidak ketentuan hala tujunya.

Semua orang tahu bahawa maju mundur sesuatu pertubuhan bergantung kepada teraju dan ketuanya. Orang putih kata, ‘ it’s the body that wags the tail..’ Dengan demikian sekiranya seorang ketua itu bersifat ‘proressive’  (dan bukannya regressive’ ) maka pengikutnya akan bertindak sedemikian juga.

Saudara Khairy telah memberikan penunjuk arah kepada para perwakilan Pemuda bahawa beliau adalah seorang yang liberal dan proressive. Pada mulanya kelihatan beliau sebagai seorang yang menentang arus, disebabkan kebanyakan golongan UMNO ( yang  bukan Pemuda ) masih berfikiran yang agak terkebelakang. Pada mulanya seolah-olah beliau keseorangan dalam menegakkan idealisme yang diperjuangkannya. Beliau memberanikan diri. Dan sifat itulah sebenarnya sifat seorang pemimpin tulin bukan pemimpin yang sentiasa mengikut membuta tuli apa yang dikatakan oleh pengikutnya.

Kini Saudara Khairy telah diterima menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bermakna apa yang difikir dan diperjuangkannya mendapat restu dari seluruh pemuda UMNO ( Melayu ). Walaupun buat masa kini beliau merupakan pemimpin Pemuda UMNO (Melayu), namun aku yakin sekiranya betul dan tepat perancangannya, maka pemuda-pemuda dari kaum lain juga akan turut serta. Yang pastinya Saudara Khairy terpaksa selalu ‘mengingatkan’ dirinya bahawa beliau bukan sahaja sebagai ketua pemuda bagi orang Melayu tetapi untuk semua bangsa Malaysia juga.

Sekrang-kurangnya sayap UMNO yang bernama “Pemuda UMNO’ sedar tentang taggungjawab dan kedudukan mereka dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini berbanding dengan ‘Wanita UMNO’ dan ‘Puteri UMNO’ juga yang kelihatan masih mahu hidup dalam ‘Zaman Batu’ dengan cara berfikir yang sudah hampir jumud.

Berubahlah….


abuhassanadam
13 Oktober 2013


1 comment:

  1. Tuan, saudara khairy ni pun kuat rasuah. Latar belakng beliau dan hunungan beliau dengan kerajaan singapura adalah amat dicurigai. Penglibatan beliau dalam UMNO berdasarkan tiket sebagai kenantu PM yg sebelumnya agak menunjukkan yang beliau ini tamak kuasa. Saya amat gusar pemimpin yang tidak ikhlas dapat terus menerajui UMNO. Apapun, inilah ada lah pandangan peribadi saya yang mungkin tidak begitu tepat. Terima kasih.

    ReplyDelete