DS MOHD NAJIB HARUS MEMIKIRKAN UNTUK BERUNDUR
Walaupun
tidak terdapat bukti jelas menunjukkan yang beliau bersalah, namun berdasarkan
kepada pemerhatian dan persepsi rakyat terbanyak di negara ini menunjukkan
bahawa agak sudah sampai masanya DS Najib memikirkan untuk berundur. Mungkin
buat sementara menunggu siasatan oleh ‘task force’ selesai melakukan tugas dan
tanggungjawab mereka. Dengan berbuat demikian, DS Najib akan dilihat sebagai
‘wira’ yang berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana
salah’.
Sudah
agak lama juga nama DS Najib diheret dan terheret dalam kemelut IMDB. Rakyat
Malaysia begitu gusar dengan peristiwa sebegini. Walaupun rakyat Malaysia tidak
mudah melimparkan sebarang tuduhan dan seboleh-bolehnya mahu terus menafikan
yang DS Najib tidak terlibat dalam kemelut ini namun apabila mengenangkan
tentang terlalu banyak ‘bukti’ yang ditunjukkan oleh pihak-pihak tertentu
menyebabkan rakyat ‘terpaksa’ mempercayainya juga walaupun belum dibuktikan
dengan sahih. Kata orang tua-tua, ‘ jikalau tidak ada angin takkanlah pokok
bergoyang’ sentiasa ‘bermain dibenak-benak rakyat Malaysia. Dan bagi mereka
yang sentiasa menggunakan bahasa Inggeris pula tentu tidak lari dari memikirkan
bahawa ‘ there is no smoke without fire’.
DS
Najib seolah-olah ‘bergantung nyawa’ kepada ‘sokongan’ yang diberikan oleh
segelintir, samada yang berada ‘disekeliling’ beliau ataupun daripada penyokong
yang memberikan sokongan membuta tuli dengan tidak tahu menahu apa sebenarnya
‘biji buah’ yang membolehkan mereka memberikan sokongan. Mungkin agak
keterlaluuan sekiranya dikatakan bahawa sokongan yang diperolehi oleh DS Najib
daripada ‘penyokong-penyokong’ itu
semacam tidak ikhlas. Apatah lagi sekiranya ‘sokongan’ itu dikaitkan dengan
sumbangan material. Dan berkemungkinan juga bahawa yang memberikan ‘sokongan’
itu mengharapkan sesuatu daripada DS Najib. Lantas mereka ‘bermati-matian’
memberikan sokongan. Ikhlas tidaknya sokongan sedemikian akan dapat dilihat
apabila DS Najib sudah tidak terdaya memberikan ‘habuan’ yang diperlukan oleh
mereka.
Pengalaman
dan penderitaan yang dilalui oleh Saudara Anwar Ibrahim mungkin sudah memadai
untuk DS Najib memikirkan tentang nasib yang mungkin akan menimpa, sekiranya DS
Najib masih terus menerus mendengar dan mempercayai ‘kata-kata dan nasihat’
penyokong yang berada disekeliling beliau. Aku tidak mengatakan bahawa nasihat
daripada para penasihat disekelilingnya tidak perlu diikuti. Bukan begitu.
Tetapi peribahasa Melayu juga ada mengatakan bahawa, ‘ dengar cakap Enggang
makan buah Belolok, dengar kata orang kita terjun lubuk’.
DS
Najib harus jangan lupa kepada kata orang tua-tua juga bahawa ‘yang ketawa
ramai dan yang menangis akan keseorangan’. Jikalau peristiwa yang menimpa diri
Saudara Anwar Ibrahim dijadikan contoh maka dapat dikatakan bahawa yang terus
menerus memberikan sokongan (peribadi ataupun politik) kepada beliau sehingga
kini adalah rakan-rakan yang pernah ‘menangis’ dan ‘ketawa’ bersama beliau
ketika beliau sihat dan ketika beliau derita. Bagi rakan-rakan yang kononnya ‘mengaku
memberikan sokongan padu’ ketika beliau berkuasa, akan terus menerus
meninggalkan beliau kesepian dan keseorangan. Ini termasuklah ‘rakan-rakan’
beliau (dan rakan-rakan DS Najib juga) yang kini berada dalam kabinet DS Najib
sendiri dan yang merupakan rakan-rakan yang memberikan ‘sokongan penuh’ kepada
DS Najib sendiri kini. Mungkin nasib DS Najib tidak sama dengan yang dialami
oleh Saudara Anwar Ibrahim. Mungkin….
Rakyat
Malaysia dari keturunan apa sekali pun adalah golongan rakyat yang bersifat dan
berperangai lain daripada yang lain. Maksudnya amat berbeza dengan masyarakat
di negara-negara lain. Mungkin sekiranya peristiwa sebegini berlaku kepada
masyarakat dari negara lain, mungkin sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada
negara. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh masyarakat Filipina sebagai tindak
balas terhadap ‘kezaliman’ yang dilakukan oleh Ferdinand Marcos dan isterinya.
Dan lihat juga bagaimana tindakan rakyat Indonesia dalam usaha mereka untuk
menentang pemerintahan Suharto yang dikatakan ‘menzalimi’ rakyatnya. Tetapi itu
bukan caranya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Dan agaknya sejarah telah
mengajar kita supaya tidak bersikap sedemikian. Cara kita mendapat kemerdekaan
negara juga berbeza dengan cara bangsa-bangsa lain memperolehi kemerdekaan
negara. Bangsa Malaysia lebih mementingkan rundingan berbanding dengan
kekerasan.
Tunku
Abdul Rahman mengundur diri setelah dirasakan oleh rakyat bahawa sumbangannya berkhidmat
untuk negara sudah ‘sampai ke hujung’. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn
mengundurkan diri setelah dirasakan olehnya bahawa ada tokoh lain yang boleh
menggantikan beliau dan memberikan sumbangan seterusnya kepada negara. Tun Dr.
Mahathir dan Pak Lah pun begitu juga. Cuma yang menampakkan kelainan ialah
‘pengunduran’ ayahanda DS Najib sendiri, Tun Abdul Razak yang lebih ‘disayangi’
oleh Tuhan dan rakyat yang ‘terpaksa’ meninggalkan kita dalam suasana ketika
rakyat amat memerlukan sumbangannnya. Allah menyayangi beliau. Al Fatihah……
DS
Najib masih disayangi oleh rakyat Malaysia. Perlu dihayati juga peribahasa
Melayu yang mengatakan bahawa,’laut mana yang tidak berombak dan bumi mana yang
tidak ditimpa hujan’. Dan walaupun
dirasakan bahawa DS Najib sememangnya mahu terus menerus berkhidmat kepada
negara tetapi jangan dilupakan juga bahawa, ‘panas kadang-kadang tidak sampai
ke petang dan hujan pula di tengah hari’.
Yang
paling penting DS Najib harus berpegang kepada Qada dan Qadar dan ketentuan
Allah.
abuhassanadam
23 Julai 2015
Dah nak naik jenuh mengikuti perkembangan isu 1MDB yg pada terasnya tersirat atau tersurat mahu PM Najib berundur atau ditendang, namun Najib bagaikan buat de dan mengamalkan sikap pekak badak walaupun orang paling berpengalaman menendang pemimpin2 besar negara, Madey tak berjaya setakat ini untuk berbuat demikian....mungkin anak berdarah Bugis ni merasakan bahawa istilah ' berundur' tak/ tiada dalam perbendaharaanya betapa imejnya tercalar atau diconteng arang dek isu 1MDB.
ReplyDeleteDah nak naik jenuh mengikuti perkembangan isu 1MDB yg pada terasnya tersirat atau tersurat mahu PM Najib berundur atau ditendang, namun Najib bagaikan buat de dan mengamalkan sikap pekak badak walaupun orang paling berpengalaman menendang pemimpin2 besar negara, Madey tak berjaya setakat ini untuk berbuat demikian....mungkin anak berdarah Bugis ni merasakan bahawa istilah ' berundur' tak/ tiada dalam perbendaharaanya betapa imejnya tercalar atau diconteng arang dek isu 1MDB.
ReplyDeleteSatu pandangan/nasihat yang baik supaya berundur dengan cara terhormat................
ReplyDeleteSatu pandangan/nasihat yang baik supaya berundur dengan cara terhormat................
ReplyDeleteBugis pirates of Malaysia lawan Apa name THE MOVIES.
ReplyDeletegood rating , box office , number one the wold.
Bugis pirates of Malaysia lawan Apa name THE MOVIES.
ReplyDeletegood rating , box office , number one the wold.