EKORAN ISU IMDB, TH, MARA, FELDA – MARUAH PEMIMPIN
TERGADAI
Ada
kalangan rakan-rakan yang pernah menjadi pendidik pada suatu ketika dahulu
mempersoalkan apakah ajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh mereka kepada
murid-murid pada suatu ketika dahulu merupakan ajaran dan pengajaran yang tidak
sesuai dan berkesan. Isu ini timbul ekoran daripada sifat ketidakpedulian
setengah pemimpin di negara ini untuk menjaga maruah diri mereka sedangkan
maruah adalah sesuatu yang amat perlu dipelihara dan dihormati, walau dari
bangsa mana sekali pun apatah lagi bagi orang Melayu. Lantas timbul pula
persoalan dalam diri para guru, ‘ apakah ajaran para guru yang salah dan silap
menyebabkan keadaan pemimpin di negara kini ‘mengenepikan’ soal maruah diri dan
bangsa.
Ramai
pemimpin negara kini yang seolah-olah sewenang-wenangnya menggadaikan maruah diri
dan bangsa ekoran daripada kemelut dalam IMDB, TH, MARA dan FELDA. Seolah-olah
maruah diri tidak perlu dipelihara disebabkan kegahirahan untuk mempertahankan sesuatu isu yang mana
ramai rakyat Malaysia merasakan bahawa apa yang dipertahankan itu tidak berapa
tepat. Ibarat menegakkan benang basah. Ibarat melupakan peribahasa Melayu yang
sering mengatakan ‘tidak akan bergoyang pokok sekiranya tidak ada angin yang
meniupnya’.
Rakyat
masih mempersoalkan beberapa persoalan yang masih belum berjawab dan pihak yang
bertanggungjawab seolah-olah sengaja mahu mengelak daripada menjawab
soalan-soalan berkaitan dengan IMDB, Tabung Haji, MARA dan FELDA. Dan berlaku
proses yang dinamakan ‘pengalihan isu’ ia itu pihak tertentu cuba mengalihkan
pandangan rakyat daripada mempersoalkan isu pokok kepada isu yang remeh yang
kadang-kadang dirasakan tidak begitu relevan untuk diperbincangkan.
Rakyat
begitu marah kerana seolah-olah mereka cuba diperbodoh-bodohkan. Rakyat mahukan
jawapan yang tegas yang hanya memerlukan jawapan ‘betul-tidak’ dan bukannya
berdolak-dalik. Apabila berlaku keadaan yang berdolak-dalik sedemikian memberikan
gambaran kepada rakyat bahawa sahlah apa yang telah diperkatakan oleh Tun
Mahathir mengenai IMDB. Tepatlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Wall Street
Journal yang mengatakan sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akuan milik
peribadi seseorang. Dan apabila Sarawak Reprt diharamkan maka lebih kuatlah
keyakinan rakyat bahawa apa yang diperkatakan oleh Sarawak Report itu adalah
benar belaka. Jikalau tidak demikian masakan kerajaan melalui MCMC mengharamkan
penyaluran berita Sarawak Report ke negara ini, sesuatu tindakan yang mungkin
‘memalukan’ negara di mata dunia yang kononnya mengamalkan demokrasi tulin yang
membenarkan kebebasan bersuara.
Yang
mendukacitakan ekoran daripada isu IMDB ini ialah kemunculan pemimpin-pemimpin
yang seolah-olah sanggup menggadai maruah mempertahankan isu berkaitan dengan
IMDB ini. Berbagai cara dan helah dilakukan oleh golongan ini semata-mata untuk
‘memperbetulkan’ mana yang salah berhubung dengan isu IMDB. Seolah ada sesuatu
yang ‘mengikat’ mereka supaya terus-menerus ‘menegakkan benang basah’ ini.
Seolah-olah pihak yang ‘berjuang’ mempertahankan IMDB ini sudah terhutang budi
yang harus dibayar dengan tergadainya maruah diri. Dan kadang-kadang terfikir
juga dihati dan sanubari rakyat yang memerhatikan tindakan pihak-pihak yang
sanggup menggadai maruah ni tentulah ada sesuatu yang diharapkan oleh mereka
hasil daripada ‘perjuangan’ mereka mempertahankan IMDB ini.
Sekiranya
isu IMDB ini tidak diselesaikan dengan segera maka ‘persepsi’ rakyat Malaysia
tentang isu ini akan terus berlarutan dan amat sukar untuk diselesaikan.
Keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara akan terus terhakis. Bukan itu saja,
malah keyakinan pelabur asing kepada keutuhan negara kita juga akan luntur dan
amat ditakuti sekiranya berlaku ‘penghijrahan’ beramai-ramai pelabur-pelabur
asing keluar dari negara kita. Apatah lagi dengan susutnya nila ringgir kita
yang amat ketara berikutan dengan krisis IMDB ynag melanda negara ini.
Terdapat
bebrapa golongan pemimpin di negara ini yang terus menerus seolah-olah
menggadai maruah mereka semata-mata untuk menyelamatkan IMDB dan beberapa isu
lain yang berkaitan dengan Tabung Haji, MARA dan FELDA.
·
Golongan
pemimpin yang tidak mempedulikan apa orang lain kata. Yang dipentingkan oleh
mereka ialah terus menerus mempertahankan IMDB, tidak mempedulikan samada hujah
yang diutarakan itu sahih atau tidak. Yang dipentingkan oleh mereka ialah apa
yang dilakukan oleh mereka mendapat ‘perhatian’ pihak-pihak tertentu. Pendek
kata usaha sedemikian dapat dirasakan sebagai usaha ‘menanam budi’.
·
Ada juga
terdapat pemimpin yang kelihatan tidak bersetuju dengan perjalanan IMDB itu
tetapi ‘takut’ untuk menyatakan kebenaran. Golongan ini mengamalkan apa yang
disebutkan sebagai ‘ ada mata tengok, ada telinga dengar’. Mungkin golongan ini
juga ‘kekenyangan’ yang menyebabkan mereka sentiasa ‘mengantuk’ dan tidak dapat
menyatakan sesuatu yang benar, kerana ‘perut yang kekenyangan’.
·
Dan yang
paling malang sekali menimpa rakyat di negara ini ialah hampir tidak ada
pemimpin dari pihak Barisan Nasional yang berani menyuarakan tentangan mereka
terhadap perjalanan IMDB. Wujud suasana ‘sepi-sesepi’nya dari kalangan pemimpin
peringkat kebangsaan atau peringkat kampung yang langsung tidak berani
‘bersuara’ tentang isu yang berkaitan dengan IMDB.
Bertambah
malang bagi negara Malaysia ialah tidak kedengaran langsung suara-suara
golongan agama (yang disebut sebagai ulama) mempersoalkan tentang isu IMDB.
Tidak kedengaran langsung suara-suara golongan ini samada dari Johor atau dari
Perak atau dari Kelantan yang memberikan ‘fatwa’ berkaitan dengan isu sebegini.
Para NGO yang pada suatu ketika dulu sanggup ‘memikul kepala lembu’, ‘memecah
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang’ dan ‘menghayun punggung’ dihadapan khalayak
ramai’ rupa-rupanya merupakan ‘singa yang tidak bergigi’. Mereka sepi tanpa
suara. Dan mungkin juga ‘kekenyangan’ yang menyebabkan mereka ‘mengantuk’ tanpa
mempedulikan maruah diri dan nasib bangsa.
Apakah
majoriti rakyat di Malaysia sudah rela menggadai maruah. Ataupun sememangnya
maruh rakyat Malaysia sudah tergadai….
Persoalan
sedemikian perlu difikirkan. Mungkin…..
abuhassanadam
21 Julai 2015
No comments:
Post a Comment