Wednesday, July 8, 2015

EKORAN ISU IMDB - MALAYSIA AKAN JADI ‘PADANG JARAK PADANG TEKUKUR’

            Aku menghormati pemipin UMNO yang tidak membuat kenyataan yang ‘membuta tuli’ berkaitan dengan penglibatan DS Najib yang dalam skandal IMDB. Nampak sangat sifat ‘bodek’ setengah pemimpin UMNO mempertahankan DS Najib yang tidak kuat asas sokongannya. Ibarat menegakkan benan basah.Dan nampaknya sokongan ‘yang tidak berbelah bagi’ ini terus diberikan kepada DS Mohd Najib walaupun kelihatan ‘sokongan’ itu semakin lama semakin lemah.

            Namun begitu jika mereka memikirkan sejenak dengan nasib bangsa dan negara yang hampir’ tenggelam’ disebabkan persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Malaysia kini. Ini tidak bermakna DS Najib bersalah atau tidak tetapi suasana kini berkaitan dengan persepsi masyarakat Malaysia dan dunia terutama masyarakat perniagaan antara bangsa. Mereka merasakan bahawa Malaysia sedang bergerak menuju seperti suasana yang dihadapi oleh Grrece kini. Walaupun boleh dihujahkan pandangan sedemikian dengan berbagai hujah yang bersandarkan fakta ekonomi, namun kita tidak boleh melawan tanggapan dan perspsi dengan hujah-hujah walau secerdik mana sekalipun hujah berkenaan.

            Aku tertarik dengan kenyataan seorang tokoh kewangan antarabangsa, Pascal Najadi yang juga merupakan anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas AmBank yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan pada tahun 29 July 2013. Dalam satu kenyataannya yang sub-topiknya berbunyi, ‘ The international markets will in the end punish UMNO’ yang tersiar dalam Sarawak Report bertarikh 7 Julai 2015 menyatakan,

            “The ringgit is plunging and the investment community have started to realise that this government is not serious…. The Global markets are starting to judge Malaysia – as a failed state…….. Najib and UMNO must be clear of the consequences every day that is slipping past without any prosecution in Malaysia.  The Global Markets are the ones that will day in day out now punish Malaysia for simply being not serious as a government. Period.”

            Dan kesan yang amat ditakuti ialah kalau-kalau negara kita juga akan mengalami nasib yang sama seperti negara Greece. Mungkin rakyat Malaysia tidak sedar dan tidak akan percaya tentang kemungkinan negara ini akan terjerumus ke lembah sebagaimana yang berlaku kepada greece kini disebabkan kuatnya ‘kempen-kempen’ dari pihak pemimpin kerajaan yang terus menerus cuba meyakinkan rakyat bahawa sebenarnya tidak ada apa yang berlaku dan kemelut yang berlaku kini hanyalah ‘ciptaan’ pihak-pihak yang merasa cemburu kepada kejayaan yang dicapai oleh negara ini.

            Kempen yang terus menerus untuk ‘menidurkan’ rakyat ini terus menerus dilakukan dan dibantu oleh jentera-jentera propaganda kerajaan seperti media arus perdana, samada media cetak atau media eletronik. Dan malang seribu kali malang, ada segelintir masyarakat Malaysia kini, khususnya masyarakat Melayu percaya dan yakin dengan keadaan ini walaupun sudah ramai juga yang boleh berfikir dengan kritis.

            Keadaan yang berlaku kini, dalam negara kita agak menakutkan. Sekiranya negara Greece ingin dijadikan perbandingan, maka amat sesuailah perbandingan sedemikian terutama mengenangkan Greece yang merupakan sebuah negara maju yang mampu menganjurkan Sukan Olympik pada suatu ketika dahulu. Dan  Greek (Yunani) telah tercatat dalam sejarah manusia sebagai satu bangsa yang menerokai pemikiran-pemikiran baru seganding dengan Rome.

            Dan untuk menyedarkan kita dari ‘lena’sedangkan negara Greece yang begitu hebat pada suatu ketika dahulu pun telah mengalami keadaan yang hampir-hampir muflis, inikan pula negara kita Malaysia yang tidak sekuat mana ekonominya. Walaupun kita tidak mahu keadaan di negara ini terjadi sedemikian, namun tentulah tidak salah rakyat negara ini berhati-hati agar kita tidak senasib dengan Greece.

            Pemimpin negara terutama DS Mohd Najib harus merenungkan ‘sejauh-jauh’nya tentang keadaan yang berkemungkinan mengheret negara ke lembah kehancuran. Walaupun DS Najib sentiasa merasakan bahawa beliau tidak bersalah sebagaimana didakwa oleh berbagai pihak namun persepsi rakyat Malaysia dan dunia merasakan bahawa DS Najib bersalah dan patut meletakkan jawatan dengan penuh rela dengan niat dan hasrat bagi menyelamatkan negara yang tercinta.Tidak salah dan tidak hina berbuat demikian dan berkemungkinan juga dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia yang terkenal sebagai sifat pemaafnya.

            Janganlah hendaknya terjadi apa yang telah berlaku kepada Presiden Marcos, Presiden bagi negara Filipina. Banyak sangat nyawa terkorban dan begitu banyak juga harta benda yang musnah ekoran daripada ‘kedegilan’ beliau untuk menyahut seruan rakyat.

            Banyak juga tindakan pemimpin dunia lain yang boleh dicontohi oleh DS Najib yang kemudiannya dianggap sebagai langkah terpuji dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak salah dan tidak hina sekiranya DS Najib menjejak langkah Presiden Clinton yang mengakui hubungan sulitnya dengan Monicka Lowenski. Contohilah apa yang dilakukan oleh Gary Hart yang menawarkan diri sebagai calon Presiden dalam tahun 1986 tetapi ‘kecundang’ di separuh jalan apabila dituduh mengadakan hubungan sulit dengan model Dona Rice Hughes. Walaupun isu yang dihadapi oleh DS Najib berbeza dengan isu yang ditempuhi oleh Clinton dan Gary Hart, namun tidak salah menyontohi sikap keterbukaan mereka.

            DS Najib harus bertindak bijak dan melakukan pengorbanan demi bangsa dan negara sebelum negara Malaysia yang kita sama-sama sayangi ini menjadi ‘padang jarak padang tekukur……”

abuhassanadam
8 Julai 2015
           


3 comments:

  1. Bagaiman Najib nak bertindak bijak jika sebelum ini dia yg sudah ikat hidung kepala entiti institusi awam seperti Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua SPRM, Ketua Peguam Negara yg semuanya jatuh bodoh dan hilang daya keberanian nak bertindak secara profesional. Banyak kerja2 kong kalikong dah berjalan sebelum ini seperti aduan terhadap banyak duit masuk ke Ambank tak diambil peduli, kemudian yg mengadu tu pun dibunuh dan tak ambil peduli langsung adanyanya hubung kait dengan skandal 1MDB dan banyak lagi duit masuk pada bulan Mac tahun lalu, juga Dr. Zeti tidur nyenyak seperti ketua2 entiti yg disebut tadi.
    Najib berlagak seperti emperor, tiada siap boleh sentuh dia tapi boleh menyalak sekuat mana terhadap miskin governansnya. Mungkin jika Najib didapati salah pada akhirnya dia akan kata " saya buat ni semua kerana banga, agama dan negara', 'saya lakukan kerana mengikut panduan dari ayahnya Tun Abdul Razak' dan ramai penyokongnya termasuk Haron Din, pakar jin dan Hadi Awang, pakar hudud akan setuju dengan kerenah Najib yg tiada wawasan urus tadbir atau kredibiliti moral sebagai ketua eksekutif negara.

    ReplyDelete
  2. Bagaiman Najib nak bertindak bijak jika sebelum ini dia yg sudah ikat hidung kepala entiti institusi awam seperti Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua SPRM, Ketua Peguam Negara yg semuanya jatuh bodoh dan hilang daya keberanian nak bertindak secara profesional. Banyak kerja2 kong kalikong dah berjalan sebelum ini seperti aduan terhadap banyak duit masuk ke Ambank tak diambil peduli, kemudian yg mengadu tu pun dibunuh dan tak ambil peduli langsung adanyanya hubung kait dengan skandal 1MDB dan banyak lagi duit masuk pada bulan Mac tahun lalu, juga Dr. Zeti tidur nyenyak seperti ketua2 entiti yg disebut tadi.
    Najib berlagak seperti emperor, tiada siap boleh sentuh dia tapi boleh menyalak sekuat mana terhadap miskin governansnya. Mungkin jika Najib didapati salah pada akhirnya dia akan kata " saya buat ni semua kerana banga, agama dan negara', 'saya lakukan kerana mengikut panduan dari ayahnya Tun Abdul Razak' dan ramai penyokongnya termasuk Haron Din, pakar jin dan Hadi Awang, pakar hudud akan setuju dengan kerenah Najib yg tiada wawasan urus tadbir atau kredibiliti moral sebagai ketua eksekutif negara.

    ReplyDelete
  3. Bagaiman Najib nak bertindak bijak jika sebelum ini dia yg sudah ikat hidung kepala entiti institusi awam seperti Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua SPRM, Ketua Peguam Negara yg semuanya jatuh bodoh dan hilang daya keberanian nak bertindak secara profesional. Banyak kerja2 kong kalikong dah berjalan sebelum ini seperti aduan terhadap banyak duit masuk ke Ambank tak diambil peduli, kemudian yg mengadu tu pun dibunuh dan tak ambil peduli langsung adanyanya hubung kait dengan skandal 1MDB dan banyak lagi duit masuk pada bulan Mac tahun lalu, juga Dr. Zeti tidur nyenyak seperti ketua2 entiti yg disebut tadi.
    Najib berlagak seperti emperor, tiada siap boleh sentuh dia tapi boleh menyalak sekuat mana terhadap miskin governansnya. Mungkin jika Najib didapati salah pada akhirnya dia akan kata " saya buat ni semua kerana banga, agama dan negara', 'saya lakukan kerana mengikut panduan dari ayahnya Tun Abdul Razak' dan ramai penyokongnya termasuk Haron Din, pakar jin dan Hadi Awang, pakar hudud akan setuju dengan kerenah Najib yg tiada wawasan urus tadbir atau kredibiliti moral sebagai ketua eksekutif negara.

    ReplyDelete