JANGAN SALAHKAN ORANG KAMPUNG – MEREKA TAK TAHU BANYAK TENTANG IMDB....
Ketika
‘Balik Kampung’ adalah merupakan peluang sebaik-baiknya bagi anak rantau
menjelaskan kepada orang kampung tentang apa yang berlaku dan sedang
dipercakapkan oleh orang bandar khsuusnya mereka yang tinggal di Lembah Kelang.
Inilah peluang sebaik-baiknya bagi anak rantau memberikan ‘kursus intensif’
kepada Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Long dan Mak Long tentang berbagai penyelewengan
yang sedang berlaku dalam negara kini.
Jelaskan
kepada mereka tentang keadaan yang sebenar berlaku yang memungkinkan negara
akan musnah menjadi seperti ‘padang jarak padang tekukur’ sekiranya tidak
dibendung dan peranan mereka di kampung-kampung adalah amat penting, agar
mereka sedar dan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ini bukan cerita kosong
semata-mata untuk mengaibkan pemimpin negara. Ini bukan suara parti pembangkang
yang dikatakan sengaja mencari salah orang lain terutama kepimpinana Barisan
Nasional dan UMNO. Bukan. Bukan itu isunya. Penjelasan kepada orang kampung ini
adalah berkaitan dengan negara yang berada diambang keruntuhan dan kehancuran.
TV
arus perdana dan akhbar-akhbar pro kerajaan tidak menyiarkan berita yang
berkaitan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin kita. Mungkin
orang kampung ada mendengar tentang desas desus yang sentiasa disebut tentang
IMDB, Tabung Haji, FELDA, MARA dan sebagainya tetapi sentiasa dipersalahkan
pihak yang kononnya cuba ‘mengkhianati’ agensi milik Melayu ini dengan menabur
fitnah, memburuk-burukkan perjalanannya. Berita benar juga semacam
diselewengkan.
Orang
kampung ‘termakan’ dengan kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak media arus
perdana ini. Ditambah pula dengan kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak JKK
kampung yang juga berperanan menyampaikan maklumat yang tidak betul berkenaan
dengan apa yang berlaku dalam negara kini.Peranan perantau bukan menghasut
orang kamung supaya menentang kerajaan. Bukan begitu. Peranan perantau hanya
menjelaskan keadaan yang sebenarnya sebagaimana yang dijelaskan oleh Wall Street
Journal ataupun sebagaimana yang diperjelaskan oleh Sarawak Report atau
sebagaimana yang diperjelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed dalam blognya
Cekdet. Itu saja. Dan akhir-akhir ini sudah kelihatan bahawa akhbar ‘The Star’
juga telah memaparkan berita yang agak sahih berkaitan dengan isu IMDB ini. Ada
orang kampung yang telah memanfaatkan sumber berita ini tetapi ramai yang tidak
tahu menahu. Dan tugas anak perantaulah menjelaskannya.
MARA
dan Tabung Haji adalah ‘milik’ orang kampung. Jelas. Kedua-duanya adalah amat
dekat dengan ‘hati dan perasaan’ mereka. Mungkin mereka tidak tahu bahawa wang
simpanan mereka telah dipergunakan untuk sesuatu yang bukan semata-mata untuk
kepentingan mereka tetapi dipergunakan untuk golongan tertentu. Sekiranyalah
Tabung Haji ini ditadbirakn sebagaimana yang disyor dan dirancang oleh
perancang utamanya dulu, ia itu Prof Diraja Ungku Aziz maka wang simpanan orang
kampung akan lebih membiak daripada sepatutnya. Hal sedemikian orang kampung
tidak tahu dan ‘digelapkan’ oleh media arus perdana. Mereka seolah-olah mahu
orang kampung tinggal dalam ‘kegelapan’.
Masih
ada lagi orang kampung yang masih ingat bagaimana tertubuhnya MARA pada tahun
1964 ketika ‘diriuh-rendahkan’ oleh Tun Ghaffar Baba dulu. Masih mereka ingat
bagaimana bangganya orang kampung apabila MARA ditubuhkan yang bertujuan untuk
memajukan orang Melayu dalam segenap segi. Orang Melayu kampung menyerahkan
bulat-bulat kepada kerajaan untuk mentadbirkan agensi kerajaan ini dengan
sebaik-baiknya. Mereka tidak tahu bahawa rupa-rupanya wang MARA juga telah
diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang mencari keuntungan diri dan
keluarga. Golongan ini tidak sedar bahawa sebenarnya mereka telah memusnahkan
harapan dan impian orang Melayu khususnya orang Melayu di kampung-kampung.
Pakcik
dan Makcik FELDA tentunya akan mendapat keuntungan berlipat ganda sekiranya
FELDA diuruskan dengan berkesan. Tidak dinafikan tentang ada sumbangan yang
diberikan kepada para peneroka FELDA menjelang hari raya ini, namun para
peneroka harus juga dijelaskan tentang pelaburan dalam Felda Global Ventures
yang sahamanya merosot yang berkemungkinannya akan terus merosot.
Kesemua
isu ini harus dijelaskan kepada orang kampung. Dan sebagai orang kampung aku
juga rasa ‘terhina’ apabila orang kampung sentiasa ‘dihina’ mengatakan bahawa
kita orang kampung tidak tahu tentang apa yang berlaku kini. Seolah-olah orang
kampunglah yang ‘membenarkan’ keadaan penyelwengan yang berlaku di Malaysia.
Seolah-olah orang kampunglah yang ‘mengizinkan’ kemenangan Barisan Nasional pada
PRU 13 yang baru lalu. Seolah-olah orang kampunglah yang memungkinkan UMNO (BN)
dapat terus ‘bermaharajalela’ mengeksloitasi ekonomi Malaysia kini. Dan orang
kampung juga dipersalahkan kerana membolehkan kerajaan melaksanakan cukai GST
yang amat memberatkan rakyat kini.
Program
‘Balik Kampung’ pada hari raya nanti amat sesuai untuk menjelaskan kepada ibu
bapa di kampung. Bukan untuk memburuk-burukkan sesiap tetapi memberikan
penjelasan untuk orang kampung membuat penilaian dan seterusnya mencari keadilan.
Biar mereka betul-betul faham akan keadaan yang berlaku kini tentang ke mana
arahnya hala tuju negara. Mungkin ramai yang sudah faham tetapi tidak salah
untuk terus memperjelaskan agar orang kampung tidak terus dipersalahkan.
Janganlah
selepas ini ada lagi pihak yang menyalahkan orang kampung. Aku pastinya
berkecil hati kerana aku adalah orang kampung totok……
abuhassanadam
12 Julai 2015
No comments:
Post a Comment