Wednesday, July 15, 2015

PERISTIWA DI LOW YAT PLAZA :  BUKAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA KINI

            Peristiwa yang berlaku di plaza Low Yat baru-baru ini sepatutnya tidak berlaku. Persitiwa sedemikian bukan lagi merupakan budaya rakyat Malaysia. Maksud aku bukan lagi merupakan budaya yang diamalkan oleh kaum Melayu atau pun kaum Cina atau pun India yang betul-betul menggelarkan diri mereka sebagai bangsa Malaysia.

            Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa,’Ini tidak harus berlaku walau berbeza agama, walau ada perasaan marah, cara penyelesaian bukanlah dengan cara merusuh, negara akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan tidak menarik untuk sesiapa pun," katanya ketika berucap di Majlis Iftar Ramadan dan Sentuhan Kasih Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) 2015 di Seri Mentaloon di Alor Setar.

            Tentulah amat memalukan peristiwa sekecil ‘mencuri telipon bimbit’ boleh menjadi isu perkauman yang cuba diperbesar-besarkan. Sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya diambil pendekatan yang rasional dan bijak. Malangnya ada pula pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk ‘menghangatkan’ keadaan sedemikian sehingga menjadi ‘peristiwa besar’ yang sekiranya tidak ditangani dengan bijak mungkin juga akan mencetuskan perselisihan kaum.

            Pihak polis bertindak pantas menangani peristiwa demikian supaya tidak terus merebak. Dan kali ini menampakkan keperihatinan pihak polis dalam menjaga keamanan negara. Dan pihak polis telah tidak teragak-agak untuk menangkap pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab menghasut supaya perbalahan itu terus berlaku. Dengan sendirinya telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa sebenarnya pihak polis boleh diharap untuk menjaga keamanan negara.

            Dan rakyat sudah mula berfikir bahawa sebenarnya pihak polis ikhlas dalam menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara tetapi yang menyebabkan pihak polis ‘dihina’ dan ‘diragui’ ‘keprofesionalan’ mereka adalah berpunca daripada ‘tangan ghaib’ yang sentiasa memberi ‘arahan’ kepada pihak polis untuk melakukan apa yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka.

            Aku  sependapat dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin apabila beliau mencari punca masalah berkenaan. Katanya,’ "Certain quarters have attempted to stoke the racial issue since the last general election for the sake of party politics. Some NGOs also shared these same sentiments," Malaysiakini. Walaupun ini merupakan antara sebab-sebab yang menyebabkan peritiwa itu berlaku namun bagi aku merupakan punca ‘penting’ yang menyebabkan peristiwa ini berlaku.

            Bukan pula untuk menyalahkan sesiapa tetapi rentetan peristiwa yang boleh mencetuskan keadaan sepertimana yang berlaku di Low Yat itu telah lama ‘bermaharajalela’. Peristiwa ‘kepala lembu’ di Selangor, peristiwa ‘tarian buntut’ di Kuala Lumpur, peristiwa ‘serangan’ Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan berbagai-bagai peristiwa lain boleh mencetuskan pergaduhan kaum tetapi rakyat Malaysia berjaya menanganinya dengan bijak sekali. Itu tidak termasuk ucapan-ucapan dan kenyataan yang berbau perkauman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang semacam sengaja untuk mencari ‘helah’ agar tercetus perbalahan kaum supaya ada pihak yang mendapt untung dari laba ‘menahan lukah dipergentingan’ itu.

            Mungkin pihak polis cuba bersikap adil dalam menangani persitiwa-persitiwa yang telah lalu. Mungkin pihak polis mahu bertindak seadilnya terhadap pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan kekacauan, namun disebabkan adanya ‘arahan ghaib’ dari ‘tangan ghaib’ telah menyebabkan pihak Polis ‘terpaksa’ mematuhi arahan berkenaan. Lantas pihak polis yang dipersalahkan. Dan kredibiliti pasukan polis ‘luntur’ dimata rakyat Malaysia disebabkan oleh adanya pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat yang ‘memberikan arahan’ untuk kepentingan tertentu.

            Sehingga kini tindakan polis dalam menangani peristiwa di Low Yat amat terpuji (berdasarkan pembacaan dan penelitian aku menerusi blog-blog dan video yang diedarkan). Dan sepatutnya begitu. Janganlah hendaknya perbalahan kaum seperti mana yang berlaku pada 13 Mei 1969 berulang. Dan aku amat yakin bahawa seperti itu tidak akan dibiarkan berlaku oleh pihak Polis dan rakyat Malaysia.

            Biarlah aku petik kenyataan TS Rafidah Aziz yang telah mengalami dan melalui peristwa pahit berkenaan. “I have gone through that sad dark period in our nation’s socio-economic history... triggered by the May 13 1969 riots... it is NOT something to be proud of... it is something from which we need to learn valuable lessons….My generation of Malaysian leaders, and Malaysians, have put in much effort to heal the pain of the May 13, 1969 tragedy... to narrow the chasms that had been created, and to rebuild a strong and resilient Malaysia, forged upon the strength of unity in diversity” Malay Mail 14 Julai 2015.
            Sukacita juga aku mengimbau peristiwa sejarah yang mempamerkan keadaan unik dalam hubungan antara kaum dalam menyelesaikan isu rumit melalu rundingan. Yang harus dikagumi oleh generasi kini ialah tentang kehebatan pemimpin kita menyelesaikan masalah walau serumit mana sekali pun. Ada dua peristiwa sejarah yang harus direnungkan oleh siapa sahaja dalam usaha kita membentuk sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
·      Kehebatan Dato Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock menyelesaikan maslah tuntutan kerakyatan oleh golongan bukan Melayu pada awal tahun 1950an. Penyelesaian kepada masalah rumit ini ialah dengan memberikan tumupuan sepenuhnya oleh semua kaum di negara ini untuk memajukan masyarakat Melayu luar bandar. Dengan demikian RIDA (kemudiannya MARA) ditubuhkan untuk tujuan itu.
·      Penyelesaian masalah kerakyatan Jus soli juga timbul ketika negara diambang kemerdekaan. Ibarat ‘menarik rambut dalam tepung’. Akhirnya melalui rundingan antara kaum-kaum di negara ini dapat diselesaikan ia itu dengan golongan bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dan isu kerakyatan selesai dengan persetujuan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan.
            Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah walau sebesar mana sekali pun masalah yang dihadapi terutama yang berkaitan dengan  hubungan kaum. Budaya dan amalan masyarakat Malaysia bukan melalui ‘perbalahan’ untuk menyelesaikan masalah.
            Persitiwa di Low Yat Plaza itu bukan budaya masyarakat Malaysia. Bangsa Malaysia tidak begitu.

abuhassanadam

15 Julai 2015

No comments:

Post a Comment