LAPORAN WSJ - KREDIBILITI MELAYU TERCEMAR
Kelihatan
semacam hanya satu jalan keluar sahaja yang ada pada DS Mohd Najib bagi
memulihkan kredibiliti dirinya sebagi Perdana Menter disamping memulihkan imej
negara dan bangsa di mata dunia ia itu
mendakwa Wall Street Journal. Itu saja ‘jalan keluar’ yang terbuka. Dan
tentulah amat sukar bagi DS Najib untuk menjernihkan semula imej beliau dan
imej negara Malaysia yang kita cintai ini ekoran daripada laporan WSJ itu.
Lagi
banyak penfaian yang dibuat berkaitan dengan tuduhan sedemikian maka lagi
‘terhina’ kita (rakyat dan negara) di mata dunia. Mungkin ada juga golongan
yang ‘termakan’ tentang penafian beberapa pihak termasuklah daripada beberapa
orang menteri dan dari Jabatan Perdana Menteri sendiri namun pada umumnya
rakyat Malaysia dan masyarakat dunia masih beranggapan bahawa ada ‘kebenaran’
daripada laporan yang dipaparkan oleh WSJ itu.
Dalam
hal ini aku ingin merujuk penjelasan Dato’ A.Kadir Jasin berkaitan dengan isu
‘saman-menyaman’ ini. Aku yakin tentang apa yang diakataknnya kerana beliau
telah begitu berpengalaman dalam dunia kewartwanan ini. Sudah ‘masak’ benar.
Dalam artikelnya berjodol, ‘ US$700- Million Account: Own Up or Sue’ beliau
menyatakan,
“The reporting rules at newspapers like
WSJ and its sister publication, Asian Wall Street Journal (AWSJ), are very
stringent. In cases like 1MDB, reporters’ copies will be vetted by company
lawyers. In most instances the lawyers would insist on seeing supporting
documents and the identities of the reporters’ sources of information”
Maknanya
dengan sendirinya memberikan keyakinan kepada kita bahawa apa yang ditulis oleh
WSJ semacam betul dan tepat dari segi fakta (sehinggalah dibuktikan tidak
tepat). Dengan sebab itulah penafian demi penafian yang dibuat oleh pihak-pihak
tertentu sudah pasti hanya mengundang cemuhan dan kritikan yang mempersendakan
minda pihak yang membuat penafian. Lagi banyak penafian dibuat maka lagi
luaslah publisiti untuk ditonton oleh seluruh masyarakat dunia yang
membayangkan tentang tidak cerdiknya setengah pemimpin kita.
Pendedahan
yang dibuat oleh WSJ ini merupakan ‘eye opener’ kepada rakyat di negara ini.
Barulah disedari bahawa terlalu banyak (rupanya) penyelewengan yang telah
dilakukan oleh kepimpinan negara kita yang dilakukan di luar pengetahuan kita.
Tentulah tidak adil menyalahkan DS Najib seorang dalam hal yang membabitkan
IMDB ini. Perlu disedari juga bahawa seluruh kabinet harus dipersalahkan kerana
‘membiarkan’ keadaan sebegini berlaku. Dan apakah anggota kabinet lain tidak
tahu langsung tentang keadaan yang berlaku dalam IMDB. Mustahil…Dan sekiranya
mereka tahu mengapa tidak diperbetulkan.
Malah
sehingga kini, apabila ‘cacing sudah hampir naik ke mata’ pun masih ada lagi
pemimpin kita yang masih menyalahkan orang lain yang menyebabkan keadaan jadi
begini. Masih ramai pemimpin negara yang menuding telunjuk ke arah “orang itu’
dan ‘orang ini’.
Ahli-ahli
parlimen yang sepatutnya memikul mandat daripada rakyat telah seolah-olah
membiarkan sahaja berbagai ‘penyelewengan’ berlaku. Apakah langsung tidak ada
ahli parlimen yang tahu menahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan IMDB ini.
Dan sekiranya mereka tidak dan tidak peka, maka telah ada suara-suara
pembangkang yang menyatakan sesuatu yang ‘tidak kena’ mengenai IMDB. Malangnya
para penyokong kerajaan mengutuk saranan yang dikemkukakan oleh pihak
pembangkang dengan berbagai kutukan. Seolah-olah apa saja yang disuarakan oleh
pembangkang itu tidak perlu diambil perhatian.
Kini
ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’. Tidak perlu ditangisi lagi. Seluruh dunia
dan bukan lagi seluruh negara atau Asia Tenggara tetapi ‘seantero dunia’ (
meminjam kata-kata P. Ramlee) sudah tahu dan kenal perangai pemimpin kita.
Mereka sudah mula kenal pemimpin kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Nama Melayu akan menjadi popular di persada antarabangsa selepas ini. Mungkin
ramai yang tersenyum sinis apabila dijelaskan bahawa kita ‘orang Melayu’ dari
Malaysia apabila kita melawat dan bercuti di luar negara pada suatu ketika
nanti.
Tidak
ada jalan lain yang boleh dilakukan oleh DS Najib selain daripada mendakwa Wall
Street Journal demi memulihkan semula imej diri, bangsa, negara dan agama.
Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘sekali menyeluk pakasam biarlah sampai ke pangkal
lengan’.
Kredibiliti
bangsa Melayu sudah cukup tercemar……….
abuhassanadam
5 Julai 2015
No comments:
Post a Comment