ISU IMDB: SEBENARNYA SUDAH PUN ‘DITERTAWAKAN’
Seorang
anggota Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa,"Secara peribadi bagi
saya, keseluruhan penyiasatan perlu dipercepatkan dalam apa jua….Kita bermain
dengan kepercayaan dan sentimen rakyat sekarang ini. Saya bimbang bahawa rakyat
akan ketawa cara kita menangani sesuatu perkara,"
Sebenarnya
apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab berkaitan
dengan IMDB atau Tabung Haji atau MARA atau FELDA sedang ditertawakan oleh sebahagian
besar rakyat. Jikalau dulu mungkin hanya 51% (rakyat Malaysia yang mengundi
pembangkang dalam PRU 13 )yang ‘ketawa berdekah-dekah’ diatas tindakan
pihak-pihak tertentu berkaitan dengan isu-isu di atas tetapi kini jumlah yang
‘ketawa’ mungkin sudah meningkat kepada 90% rakyat Malaysia yang berbuat
demikian. Hanya 10% sahaja yang masih ‘yakin’ dengan apa yang diperkatakan oleh
akhbar milik kerjaan BN. Dan yang 10% itu adalah terdiri daripada kumpulan Pak
Menteri dan keluarga, Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan mungkin juga seorang dua
Ketua Cawangan UMNO yang terlalu ‘kekenyangan’ sehingga tidak sanggup lagi
‘membuka mata’ disebabkan terlalu ‘mengantuk’ dan tidak dapat berfikir secara
rasional.
Semakin
hari semakin luntur kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Ini
merupakan persepsi rakyat kini terutamanya selepas berlakunya ‘sunami balik
kampung’ untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Jelas kelihatan
dimana-mana sahaja tidak ada topik lain yang dibincangkan ketika menjamu selera
hari raya selain daripada isu IMDB, Tabung Haji, MARA, FELDA. Di sana IMDB. Di
situ Tabung Haji. Di surau isu Tabung Haji. Di pasar isu MARA. Di rumah Mak
Ngah hal IMDB. Di rumah Pak Long di FELDA dibincangkan hal-hal yang berkaitand
dengan FELDA. Pendek kata hanya di alam bilik air saja isu IMDB,Tabung Haji,
MARA dan FELDA tidak dibincangkan. Mungkin juga sedang difikirkan. Mungkin.
Maknanya
apa yang disarankan oleh Tun Mahathir mengenai masa depan UMNO dan Barisan
Nasional mungkin akan menjadi kenyataan. Dalam tulisannya bertarikh 2 April
2015 Tun Mahathir mengatakan, ‘Ramalan oleh
masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana
terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat
dengan skandal pembelian kapal selam”
DS
Najib menyatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan padu dari rakyat. Aku
tidak tahu dan tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit kerana tidak membat
penyelidikan. Tetapi berdasarkan ‘suasana’ di kampung-kampung dan di bandar
jelas menunjukkan bahawa mungkin betul kenyataan DS Najib dan pengikutnya yang
menyatakan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian masih menyokongnya. Dan
aku masih ragu-ragu samada ahli-ahli UMNO lain yang tidak dapat menikmati
apa-apa ‘habuan’ memberikan sokongan sedemikian. Aku sangsi dengan kenyataan DS
Najib ini berdasarkan sembang-sembang Hari Raya baru-baru ini.
Penduduk
bandar (anak-anak yang berpendidikan
tinggi) yang pulang ke desa untuk berhari raya baru-baru ini telah menjalankan
penerangan secara besar-besaran kepada sanak saudara berkaitan dengan isu IMDB.
Mereka menjelaskan isu-isu yang sukar diperolehi oleh mereka sekiranya
mengharapkan media arus perdana. Lantas banyak isu telah diperjelaskan oleh
anak-anak yang terpelajar ini.
Dalam
tulisan Tun Mahathir bertarikh 9 April 2015 telah begitu banyak isu yang
diketengahkannya. Dan isu-isu inilah yang diperjelaskan kepada ibu bapa di
kampung. Misalnya
·
Tentang
berbilion ringgit yang disimpan di Cayman Island dan kemudiannya dibawa pulang
dan disimpan di Swiss Bank di Singapura. Dan kononnya wang berkenaan tidak
boleh dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
·
Pembelian
tanah kerajaan dengan harga yang amat rendah dibawah harga pasaran dan
menjualkannya kepada Tabung Haji dengan harga yang berlipat ganda.
·
Tentang
pinjaman wang kerjaan yang berjumlah 42 bilion ringgit yang menyebabkan pihak
IMDB tidak dapat membayar hutang berkenaan.
·
Tentang
dakwaan wang RM 2.7 billion yang dimasukkan ke dalam akaun persendirian DS
Najib.
·
Dan
banyak lagi isu yang dijelaskan oleh anak-anak bandar kepada ibu bapa mereka
yang berada di kampung ketika mereka pulang berhari raya di kampung.
Nampaknya
kini masih ada lagi ‘pemimpin’ UMNO yang masih merasakan bahawa kepimpinan
kerajaan kini masih mendapat sokongan lebih 90% rakyat Malaysia. Bagi
kebanyakan rakyat merasakan bahawa anggapan sedemikian adalah seperti bermimpi
di siang hari.
Orang
tua-tua kata, ‘ Jauh panggang dari api’.
abuhassanadam
22 Julai 2015
No comments:
Post a Comment