SEMACAM ‘WALL STREET JOURNAL’ DAN ‘SARAWAK REPORT’
TEMPAT MENGADU
Pastinya
rakyat Malaysia bergembira membaca tentang kesediaan Tun Musa Hitam untuk
bersama-sama dengan rakyat memecah kebuntuan yang dihadapi oleh negara ketika
ini, terutama yang berkaitan dengan IMDB yang mengaitkannya dengan DS Mohd
Najib Tun Razak. “"I have been under pressure
from friends and foes to offer my views although I am out politics,"
katanya melalui artikel berjodol,’Going
on leave best of 3 options for Najib, says Musa Hitam” Malaysian Insider 10
Julai 2015.
Rakyat
Malaysia sebenarnya agak buntu dengan perkembangan yang berlaku dalam negara
kini dan persoalan yang dihadapi oleh rakyat ialah bagaimana untuk
menyelesaikan kebuntuan itu. Puncanya ialah rakyat semacam bingung tentang
tidak ada tempat untuk ‘mengadu’. Rakyat semacam tidak yakin dengan jentera
kerajaan yang ada walaupun sepatutnya berperanan untuk menjaga dan memelihara
keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Namun persepsi rakyat Malaysia,
kebanyakannya sudah betul-betul hilang keyakinan tentang setengah jentera
kerajaan yang ditubuhkan sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh jentera
kerajaan akan pastinya mendapat cemuhan dan kritikan yang pedas.
Seeingat
aku, ini merupakan satu perkembangan dalam negara yang tidak pernah aku lalui
dimana pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memelihara keamanan negara
dan rakyat langsung tidak dipedulikan tetapi sebaliknya dikutuk dan dicemuh.
Sehinggakan rakyat semacam hilang keyakinan langsung terhadap perana Pasukan
Petugas Khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor
Bank Negara dan MACC. Sepatutnya rakyat boleh meletakkan harapan dan
tanggungjawab kepada Pasukan Petugas
Khas ini, namun yang menyedihkan semacam rakyat langsung tidak memberi
keyakinan kepada dapatan yang mereka telah perolehi.
Ini
memberikan gambaran bahawa ‘damage’ yang berlaku dalam negara Malaysia adalah
amat parah ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku kini khususnya yang
berkaitan dengan beberapa penyelewengan dalam Tabung Haji, FELDA, MARA dan yang
betul-betul menyakitkan hati rakyat ialah yang berkaitan dengan IMDB yang
diibaratkan seperti ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’.
Rakyat
tidak lupa tentang peristiwa bagaimana Saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan
kerana dituduh terlibat dalam rasuah sedangkan tidak satu sen pun wang yang
diambilnya untuk kepentingan sendiri ataupun untuk kepentingan orang lain.
Rakyat tidak lupa malah masih terus segar dalam ingatan mereka tentang
bagaimana tilam dipikul saban hari di hadapan mahkamah yang semata-mata
bertujuan untuk memalu dan mengaibkan beliau dan keluarga beliau. Kini beliau
merengkok lagi dalam penjara atas tuduhan yang langsung tidak diyakini oleh
rakyat walaupun hakim-hakim membuat keputusan yang beliau bersalah.
Rakyat
Malaysia sedang membanding-bandingkan keadaan bagaimana nasib yang dilalui oleh
Saudara Anwar Ibrahim dengan
isterinya DS Dr. Wan Azizah dengan nasib
yang dilalui oleh DS Mohd Najib dan isterinya DS Rosmah Mansor.
Kini
rakyat Malaysia seolah-olah terhutang budi pula kepada akhbar Wall Street
Journal dan Sarawak Report kerana ‘menyedarkan’ rakyat negara ini tentang
beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh kepimpinan negara. Kita telah
didedahkan dengan berita yang mengatakan bahawa sejumlah wang telah dipindahkan
ke akaun milik DS Najib. Walaupun dinafikan dari segi penggunaan wang itu,
namun sekurang-kurangnya rakyat sudah mulai tahu tentang kegiatan yang
sedemikian yang dilakukan oleh pemimpin kita. Dan telah didedahkan juga oleh
sarawak Report tentang kononnya sejumlah wang yang besar jumlahnya telah
dipindahkan juga ke akaun isteri beliau, DS Rosmah Mansor. Mungkin akan
dinafikan, namun rakyat sentiasa berpegang kepada peribahasa Melayu yang
mengatakan, ‘ sekiranya tidak ada angin tidak mungkin pokok akan bergoyang’.
Menyedarkan
kita rakyat Malaysia bahawa pastinya bukan DS Najib dan isterinya sahaja yang
melakukan kegiatan sedemikian. Mungkin apa yang didedahkan ini sebagai ‘tip of
the iceberg’ sahaja. Mungkin juga ramai para Menteri Kabinet kita yang
sama-sama terlibat melakukan berbagai-bagai penyelewengan. Kita hanya
mengharapkan Sarawak Report untuk mendedahkannya. Mungkin banyak lagi
penyelewengan yang berlaku dan dilakukan oleh para peneraju Tabung Haji yang
‘melakukan kegiatan mereka’ atas dasar agama. Mungkin entah berapa banyak
hartanah yang dibeli oleh MARA di Australia ataupun di London atau pun di New
York yang dibeli oleh MARA dengan harga yang berlipat ganda tingginya
berbanding dengan harga pasaran. Dan mungkin juga FELDA juga akan
‘berlumba-lumba’ membeli hotel mewah di London yang berkemungkinan ‘jauh
panggang dari api’ bagi peneroka untuk berpeluang menginap di situ.
Rakyat
Malaysia seolah-olah menaruh kepercayaan penuh kepada Wall Street Journal atau
Sarawak Report dan mungkin juga CNN atau BBC yang akan memberikan pertolongan
dan bantuan kepada rakyat Malaysia untuk mendedahkan kisah-kisah penyelewengan
yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak segan silu ‘menghirup’
titik peluh rakyat.
Ada
asasnya rakyat bertindak demikian. Ke manalah rakyat hendak mengadu dan
‘menyangkutkan dagu’ kalau tempat bergantung dan ‘menyangkutkan dagu’ tidak
berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Kemampuan
aku hanya mampu untuk merintih…..
abuhassanadam
10 Julai 2015
No comments:
Post a Comment