JANGAN ANGGAP RAKYAT MLAYSIA SEMUANYA BODOH!
Aku
tidak dapat meramalkan apa akan jadi kepada rakyat Malaysia kini apabila
membaca berita-berita dan kenyataan yang disalurkan samada media milik kerjaan
atau ‘milik rakyat’, tentang samada mereka semakin cerdik atau semakin keliru
atau pun semakin bodoh. Ketika mengunjungi rumah rakan-rakan pada hari raya,
seringkali diajukan dengan soalan bertanyakan tentang keadaan negara kini. Aku
tidak dapat mengetahui samada itu merupakan soalan ingin tahu ataupun soalan
yang berbentuk keliru dengan keadaan yang melanda negara kini.
Tetapi
membaca beberapa kenyataan oleh pemimpin kerajaan tentang beberapa isu yang
berkaitan dengan IMDB, Tabung Haji, MARA, Felda seolah-olah mereka
menganggapkan semua rakyat Malaysia kini bodoh dan tolol. Mungkin ada
dikalangan rakyat yang begitu. Itu tidak dapat dinafikan. Ada golonganrakyat
yang betul-betul bodoh ataupun terpaksa menjadikan diri sebagai bodoh kerana
‘kekenyangan’. Mungkin yang masih berada dalam kategori ‘bodoh dan tolol’
disekitar kurang daripada 50% sedangkan yang lain sudah boleh dianggap bijak
dan boleh menilai fakta yang mana benar dan yang mana salah.
Justeru
sudah menjadi tugas dan peranan rakyat Malaysia yang agak cerdik ini untuk
memberikan kesedaran kepada golongan yang masih diselimuti kebodohan dan
kelalaian itu. Dan yang agak malangnya ialah yang berada dalam ketegoti ‘bodoh
dan tolol’ini adalah terdiri dari orang Melayu yang berada di luar bandar dan
ramai juga yang berada di bandar-bandar. Walaupun tidak ada statistik yang
menunjukkan keadaan sedemikian, namun melalui pemerhatian dan cakap-cakap
begitulah keadaannya.
Kedengaran
juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa orang Melayu di luar bandar yang
dianggap ‘bodoh dan tolol’ ini. Sebenarnya tidak. Bagi aku ramai juga orang
Melayu yang tinggal di bandar yang tidak terlepas daripada anggapan sedemikian.
Mungkin mereka digolongkan dalam keadaan ‘bodoh dan tolol’ tetapi mereka
mungkin sesuai dikategorikan sebagai orang Melayu yang tidak peka dengan
perkembangan dan peredaran zaman. Di bandar pula ramai yang terpaksa
membodohkan diri disebabkan ‘kekenyangan’.
Kadang-kadang
aku merasa begitu malu melihatkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh
pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan yang kadang-kadang dilihat sebagai
kenyataan yang dilafazkan secara melulu
dan tidak dilandaskan kepada fakta. Tentulah aku merasa ‘sedih’ apabila
kenyataan sedemikian dapat ‘dipatahkan’ dengan mudah oleh pihak tertentu yang
menggunakan hujah-hujah yang begitu mantap dan padat. Dengan sendirinya
membayangkan tentang tidak cerdiknya pimpinan kita.
Kesannya
juga ialah terasanya anggapan oleh pemimpin-pemimpin kita yang masih menganggap
bahawa masyarakat Malaysia masih boleh diperbodohkan dan diperkotak-katikkan. Kalau
tidak masakan para pemimpin kita tidak berfikri sedalam-dalamnya sebelum
mengeluarkan apa-apa kenyataan tanpa sebarang ‘back-up’ dan alasan-alasan yang
konkrit.
Antara
contoh yang boleh diketengahkan tentang sikap pemimpin yang cuba memperbodohkan
rakyat Malaysia ialah yang berkaitan dengan isu Tabung Haji. Diberitakan (mungkin
sahih berita demikian) bahawa tanah Tabung Haji yang dibeli dari IMDB belum
lagi terjual. Sekiranya betul demikian keadaannya ini merupakan satu ‘penipuan’
yang bukan kepalang yang dilakukan oleh pengurusan Tabung Haji kepada penyimpan
dan rakyat Melayu yang beragama Islam di negara ini. Dikatakan dulu oleh
Pengerusi Tabung Haji bahawa sudah ada pihak yang ‘berebut-rebut’ untuk membeli
hartanah berkenaan dan sejumlah keuntungan yang boleh diperolehi oleh Tabung
Haji. Rakyat Melayu yang beragama Islam percaya apatah lagi yang membabitkan
hal-hal berkaitan dengan Haji dan Makkah dan Rukun Islam yang kelima.
Rupa-rupanya pihak pengurusan Tabung Haji tidak lagi memikirkan tentang
‘dosa-pahala’ dan ‘halal-haram’ dalam hal urusan mereka. Mereka tidak peduli
semuanya. Mereka ‘langgar’ hukum agama.
Golongan
ini rupanya tidak takut berbohong dan seolah-olah menjadi amalan mereka untuk
berbohong kepada rakyat. Mereka sangka bahawa rakyat tidak tahu. Betul ada
segelintir penyimpan yang tidak tahu menahu dan tidak ambil peduli, namun ramai
golongan penyimpan sedang memerhatikan ‘detik demi detik’ perjalanan Tabung
Haji. Pengerusi Tabung Haji tidak harus berbohong, ‘tersengih disana dan tersengih
di sini’ mempertahan dan ‘menegakkan benang basah’ hal-hal yang berkaitan
dengan penjualan tanah Tabung Haji kepada IMDB.
Kini
sudah muncul pula ‘babak baru’ dalam usaha menenggelamkan isu yang berkaitan
dengan IMDB, Felda, TH dan MARA. Para pemimpin kerajaan yang bertaraf
‘pengampu’ sedang mempersoalkan isu tentang ‘siapa yang bertemu dengan Andre
Justo, bekas pengarah Petro Saudi International’. Apakah mereka tidak sedar
bahawa rakyat sedar dan faham bahawa ini hanya merupakan muslihat sengaja untuk
mengalihkan pandangan masyarakat tentang mempesoalkan tentang isu yang
membabitkan IMDB. Rakyat masih menumpukan kepada persoalan yang masih belum
terjawab ia itu tentang sejumlah wang negara yang dikatakan ‘hilang entah
kemana’ dan masih belum terjawab banyak
persoalan yang berkaitan dengan wang yang dipinjamkan kepada IMDB oleh
kerajaan.
Rakyat
sebenarnya tidak berminat mengetahui siapa yang berjumpa dan bertemu dengan
Andre Justo. Dan sekiranya difikirkan secara rasional apakah salah di segi
undang-undang negara sekiranya seseorang itu berjumpa dengan Justo sehinggakan
beliau terpaksa diambil tindakan. Aku tak tahu undang-undang mana yang
digunakan sehinggakan untuk berjumpa dengan seseorang merupakan satu kesalahan
di negara ini.
Aku
tidak mengatakan diri aku bodoh tetapi aku mulai ‘bingong’……
abuhassanadam
19 Julai 2015
No comments:
Post a Comment