TS MUHYIDDIN YASSIN DIKETEPIKAN
PMO
itu adalah singkatan kepada ‘Prime Minister’s Office’. Itu cakap orang putih.
Cakap Melayunya ialah ‘ Jabatan Perdana Menteri’. Yang menyebabkan aku keliru
dan bingung kini ialah tentang ‘PMO’ yang mengeluarkan berbagai kenyataan
berkaitan dengan IMDB. ‘Berani’ pula memberi berbagai amaran kepada pegawai tinggi kerajaan, termasukalah juga
‘warning’ yang diberikan kepada TS Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia. Telah menyebabkan aku menyoal dalam kepala aku bahawa
PMO ini ‘binatang apa’? Jembalang ke,
hantu ke. Dan jikalau hantu, timbul persoalan lain pula, ‘ hantu jenis apa?’ –
hantu raya ke, hantu jerangkung ke?......
Jikalau
PMO itu ‘Jabatan Perdana Menteri’ maka TS Muhyiddin Yassin adalah sebahagian
daripada set-up PMO. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri. Orang nombor dua
selepas DS Mohd Najib. Boss di PMO juga ler. Tetapi soalnya mengapa ‘watak-watak’
di PMO itu begitu berani dan dikira biadab sekali kepada Timbalan Perdana
Menteri Malaysia. Boleh memberi amaran kepada Timbalan Perdana Menteri. Itu
melawan Taukeh namanya. Tak beradab namanya. Dan aku belum pernah lagi
berketemu dengan keadaan sedemikian walau dalam pentadbiran mana dalam dunia
ini. Tak pernah. Ini kali pertama berjumpa dengan keadaan sedemikian. Dan yang
menyedihkan lagi ialah golongan yang bernama PMO ini semacam tidak menghormati
orang tua seperti Tun Mahathir. Walaupun merupakan satu peringatan kepada Ybhg Tun
namun perasaan orang tua pastinya terguris.
Apakah tidak bersopan namanya
sekiranya PMO berani mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, ‘"The investigation is on going and we should give
those involved space to perform their duties.Therefore,all parties - especially
those from the Government including Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin
Yassin - should wait for the findings of the investigation to be released.It
would be wise not to make statements that could cloud the people's perception
of the country's leaders, the Government and Umno…The people's support for the
Government and the party will be eroded if we fight among ourselves….In this
regard, the actions of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in making
unsubstantiated accusations, including the loss of 1MDB's RM42bil despite
clarification provided by the Government, have contributed to the erosion of
confidence in the Government and the party," Petikan dari STAR- 27 Julay
2015.
Jelas
menampakkan sudah wujud dua kumpulan yang ‘bertelagah’ dalam PMO itu sendiri.
Jelas ada pihak yang menganggap bahawa TS Muhyiddin Yassin bukan lagi
sebahagian daripada PMO. TS Muhyiddin sudah dianggap sebagai orang luar.
Semacam ‘musuh’ dalam selimut walaupun tidak dinyatakan dengan jelas.
Dari Sabah Datuk Seri Salleh Said
Keruak sudah ‘berani’ berkata bahawa TS Muhyiddin patut meneladani jejak
langkah Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Dr
Mahathir Mohamad. Kenyataan Muhyiddin semalam, kata
Salleh (gambar), secara tersirat bermaksud
undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri selepas didakwa menyebabkan orang
ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.
“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.
“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.
Walaupun ada juga
ahli Majlis Terintggi UMNO yang cuba ‘menenagkan ‘ suasana dalam UMNO berkaitan
dengan kemelut dan krisis yang melanda UMNO kini namun ibarat ‘cacing sudah
naik sampai ke mata’. Namun Ahli Majlis Tertinggi UMNO Reezal
Merican Naina Merican masih mengatakan bahawa UMNO masih dalam keadaan
‘selamat’ dan tidak membayangkan telah timbul krisis dan kemelut politik dalam
UMNO.
Memetik kenyataannya beliau mengatakan,"I truly hope
that we don't rush to the conclusion that Muhyiddin's 'criticisms and views'
are a sign of internal problems (in Umno)….I also hope that we take heed of
Muhyiddin's criticism while making a commitment and renewed efforts to
strengthen the people's trust in us," Malaysiakini 27 Julai 2015.
‘Membaca’ dan meneliti senario politik yang berlaku di
negara kita kini khususnya dalam UMNO memberikan berbagai gambaran. Antaranya,
·
Negara Malaysia sudah semacam tidak ada
‘nakhoda’ untuk mengemudikan ‘kapal’. Maknanya semacam sudah tidak wujud lagi
Perdana Menteri yang mengemudikan pentadbiran di negara ini. ‘Kapal’ yang
bernama Malaysia bergerak bersendirian dikemudikan oleh anak-anak kapal dengan
cara mereka yang tersendiri. Pendek kata kita tidak tahu dimana dan ke mana
arah tujuan kita, rakyat Malaysia.
·
Sudah wujud perpecahan yang bukan kecil dari
segi kepimpinan negara antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Tidak perlu diragukan dan tidak memerlukan seorang pakar luar negara untuk
menentukan tentang kewujudan perselisihan berkenaan. Jelas.
·
Seolah-olah Perlembagaan Malaysia yang
sepatutnya ‘mengawal’ dan menentukan arah tuju negara sudah diketepikan dan
dikesampingkan. PMO sudah menjadi ‘raja’ dan ‘sultan’ yang akan mengawal
pentadbiran negara Malaysia. Dan ini merupakan satu keadaan yang cukup luar
biasa yang belum pernah wujud di negara yang tercinta ini.
Cuma yang aku fikirkan dalam benak aku ialah kalaulah
masih hidup Pendeta Zaaba dan Aminuddin Baki pastinya mereka akan mengatakan, ‘
Masih tidur lagi rupanya bangsaku ……..”
abuhassanadam
28 Julai 2015
Keadaan kepemimpinan yang huru-hara sekarang ini amat merugikan negara dan rakyat..................... malang untuk Malaysia...................
ReplyDeleteDear Pak,
ReplyDeleteHabis lah negara ku with the Pirates rule of Law and corruption lagi kuat habis2 bankrupt lagi cepat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKing, Kamisah,
ReplyDeleteSeolah-olah rakyat Malaysia hanya mampu berdoa....
Pak Abu
sedih sgt aku melihat scenario politik tempat yang sarat dengan rasuah serta abuse of power oleh high up di bawah regime umno...umno memang cilaka betui
ReplyDeletesedih sgt aku melihat scenario politik tempat yang sarat dengan rasuah serta abuse of power oleh high up di bawah regime umno...umno memang cilaka betui
ReplyDelete