PEMIMPIN TIDAK
MENDAHULUKAN RAKYAT
Tentu
sekali kita tidak mahu negara luar menganggap DS Najib sebagai Presiden Marcos
dari Filipina atau sebagai Louis XVI (Perancis).Dan yang paling tidak mahu
didengar oleh rakyat Malaysia khususnya sekiranya ada yang menganggap DS Najib
sebagai Idi Amin (Uganda) yang terkenal dengan sifat boros membelanjakan wang negara. Begitu juga kita
tidak mahu mendengar rakyat luar menyamakan sifat DS Rosmah Mansor (isteri PM)
seperti Marie Antionette (permaisuri Louis XVI ) di Perancis ataupun ‘setaraf’
dengan Emilda Marcos (dari Filipina) yang terkenal dengan ‘kehebatan’nya
membelanjakan wang rakyat.
Namun
memandangkan keadaan dimana negara kita Malaysia hari demi hari semakin
dikenali dan menjadi ‘terkenal’ di seluruh dunia kini ekoran dari publisiti
yang begitu meluas diberikan oleh Walll Street Journal dan Sarawak Report
berkaitan dengan IMDB, Malaysia sudah menjadi topik bualan seluruh dunia. Dan
baru-baru ini BBC World ( British Broadcating Corporation) pula menyiarkan
temuramah dengan Tun Dr. Mahathir yang juga berkaitan dengan isu IMDB. Maknanya
seluruh dunia membincangkan hal kita. Hal pemimpin kita khususnya DS Mohd Najib
Tun Abdul Razak.
Yang
agak membimbangkan ialah selama mana lagi agaknya negara Malaysia dan
pemipinnya akan menjadi bahan bualan antarabangsa. Tentunya keadaan sebegini
merugikan rakyat Malaysia sendiri yang berminat untuk mengadakan hubungan
perdagangan dengan rakyat dari negara luar. Dengan keadaan negara yang
sedemikian akan membabitkan juga rakyat Malaysia di luar negara yang dipandang
rendah oleh masyarakat luar negara. Lantas amat sukar bagi anak negara ini
untuk mengadakan hubungan perdagangan, disebabkan latarbelakang negara kita
yang meragukan.
Jangan
dianggap enteng dan dipandang sambil lewa oleh pemimpin negara tentang keaddan
yang berlaku kini. Kepimpinan negara harus mengkotakan apa yang selalu
disebutkan sebagai ‘rakyat didahulukan’. Memang senang dan sedap bunyinya
cogankata sedemikian tetapi pada hakikatnya kepimpinan negara terutamanya
Perdana Menteri sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan isu IMDB dan isu-isu
lain dengan apa cara sekalipun agar negara kita dapat berjalan seperti
sediakala. Rakyat sudah merasakan bahawa kepimpinan negara sudah tidak
mendahulukan rakyat tetapi lebih mementingkan diri dan keluarga masing-masing.
Mengenangkan
nasib yang menimpa negara agak memilukan. Apa yang berlaku dan sedang berlaku
sangat memalukan rakyat di negara ini berbanding dengan apa yang dilakukan oleh
negara-negara lain terutama jiran kita Singapura.Tentulah kita merasa ‘malu’
melihat kemajuan yang dicapai oleh negara berkenaan hasil dari pimpinan yang
begitu berkesan oleh Perdana Menterinya.
Sebenarnya
bangsa Malaysia sudah mula dipandang tinggi oleh dunia luar dan setanding dengan
bangsa-bangsa lain di dunia. Aku masih teringat bagaimana bangsa Malaysia
menjadi bualan rakyat luar negara dari segi pencapaian yang telah dicapai oleh
negara ini. Di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu pemimpin Malaysia sentiasa
‘walking tall’ dan dipandang begitu tinggi. Begitu juga di persidangan
antarabangsa lain. Malah DS Anwar Ibrahim pernah dipilih menjadi Presiden
UNESCO ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan Malaysia pada suatu ketika
dahulu.
Kini
bangsa Malaysia menjadi bualan masyarakat asing. Tetapi malangnya bahan yang
diperbualkan ialah kisah Perdana Menteri Malaysia yang menyalurkan dana awam ke
akaun peribadi sendiri. Yang diperbualkan ialah kisah Perdana Menteri Malaysia
yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap artikel yang disiarkan
oleh Wall Street Journal. Yang diperbualkan oleh mereka tentunya
‘ketidak-cerdikan’ peguam Perdana Menteri yang menulis surat kepada Wall Street
Journal yang jelas memamaprkan kejahilan mereka dalam menangani siu yang
sedemikian.
Sepatutnya
para pemimpin negara kita mencontohi tindakan-tindakan pemimpin-pemimpin negara
lain seperti Jepun dan Korea yang menunjukkan rasa penuh tanggungjawab terhadap
kegagalan mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tidak semestinya membunuh
diri sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Jepun dan Korea tetapi cukup
sekadar meletakkan jawatan dan mengundur diri, menggambarkan tentang komitmen
yang begitu tinggi diberikan kepada tugas yang diamanahkan.
Di
negara ini kita belum dapat lagi melihat pengorbanan sedemikian ditunjukkan
oleh pemipin-pemimpin negara kita. Malah yang menyedihkan para pemimpin kita
masih mahu berpaut terus kepada jawatan yang dipegangnya walaupun jelas
menunjukkan bahawa mereka sudah tidak mampu melakukannya. Sekurang-kurangnya
penghormatan harus diberikan kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang
dengan rela meninggalkan jawatan Perdana Menteri setelah disedari bahawa beliau
semacam sudah tidak mendapat sokongan rakyat.
Tindakan
Pak Lah boleh dipuji kerana beliau amat mementingkan rakyat dan negara ini.
Tindakan sedemikian menepati apa yang disuarakan selalu oleh DS Najib ia itu,
‘Rakyat didahulukan……”
abuhassanadam
9 Julai 2015

No comments:
Post a Comment