APA NAK JADI DENGAN UNIVERSITY KITA?
Perhimpunan Agung
UMNO yang akan diadakan pada penghujung tahun ini sepatutnya membincangkan isu
penurunan taraf university kita berbanding dengan university-uniersity luar
negara. Seharusnya begitu. Dan bukannya ‘pesta-pestaan’ membeli baju dan songket,
ataupun merupakan ‘gelanggang circus’ dimana para pemidatonya menunjukkan
kehebatan masing-masing ‘berlawak jenaka’ untuk mendapat pujian perwakilan yang
akan mengatakan bahawa ‘ ucapannya’ hebat.
Oleh kerana
pemimpin UMNO kerap kali benar aku dengar menyebut perkataan seperti
‘globalisasi’, ‘ Kurun ke 21’ ‘era maklumat’, maka sesuai agaknya para
perwakilan membincangkan tentang nasib anak-anak Melayu dalam mengharungi era
mutu pendidikan yang semakin luntur di Malaysia. Dan kebetulan juga kedudukan
university-university di Malaysia adalah pada paras yang amat membimbangkan.
Hampir-hampir tercorot. Maknanya amat
tidak baik jika dibandingkan dengan university-university luar negara.
Dan di
university-university inilah ramai orang Melayu menghantar anak mereka untuk
menuntut ilmu. Mereka amat bangga sekiranya anak mereka dapat memasuki menara
gading ini. Orang Melayu di kampung sanggup menumbangkan seekor lembu untuk
khenduri kesyukuran sekiranya anak-anak mereka diterima masuk ke
univeristy-university ini. ‘Bergadai bergolok’lah orang Melayu kampung ini
membiayai pelajaran anak mereka di university yang tentunya juga ditampung oleh
PTPTN.
Malangnya
university-university tempat anak mereka belajar itu agak rendah tarafnya
berbanding dengan university-university
luar negara dimana kebanyakan anak-anak pemimpin tertinggi UMNO menghantar anak-anak mereka
belajar. Mereka tidak tahu hal sebenarnya. Mereka tidak tahu ada penarafan
mengenai university-university yang dijalankan. Mereka fikir bahawa asalkan
‘university’ namanya, tentulah hebat dan cemerlang kedudukannya. Orang kampung
tidak tahu hal ini.
Wajib
dijelaskan di Persidangan Agung UMNO nanti supaya, sekurang-kurangnya orang
Melayu yang menganggotai UMNO tidak tertipu dan terpedaya. Apatah lagi dengan
kemunculan ratusan kolej swasta dan university di negara ini yang tidak tentu
mutu dan pencapaiannya.
Persoalan
yang ada dihadapan kita sekarang ialah mengapa keadaan university di malaysia
begitu merosot. Apakah kajian QS World University Rankings 2013/2014 itu tidak
betul ataupun sengaja untuk menjatuhkan nama Malaysia. Itu aku tidak dapat
menentukkan tetapi eloklah pihak university di Malaysia memperbetulkan mana
yang salah dan silap mengenai university kita. Tentulah banyak kesalahan yang
dijumpai sekiranya tujuannya untuk mencari salah dan silap. Namun begitu pihak
pentadbir university pula berfikiran
terbuka apabila berhadapan dengan kritikan yang membina.
Bagi orang
tua seperti aku, tentulah ternampak perbezaan yang jelas antara keadaan
University Malaya dulu pimipinan Pak Ungku ( Prof. Ungku Abdul Aziz ) dengan
University Malaya kini. Satu hakikat yang amat jelas ialah ranking Univeristy
Malaya ( dulu ) adalah antara yang teratas di Asia ataupun di dunia berbanding
dengan kedudukannya sekarang. Aku tak tahulah apa sebabnya terjadi demikian.
Yang aku nampak dengan jelas ialah pelajar-pelajar university di Malaysia kini adalah terdiri
dari pelajar yang ‘baik-baik’ dan bersopan santun dan amat patuh kepada sebarang
arahan kerajaan.
Tidak
seperti keadaan mahasiswa tahun-tahun 60an dan 70an. Zaman Anwar Ibrahim dimana
para mahasiswa diberikan banyak kebebasan. Dan pada ketika itu tidak terdapat
pula akta Kolej dan University untuk mengongkong segala kegiatan mahasiswa.Terdapat
Sudut Pidato di mana para mahsiswa dapat berlatih untuk mengeluarkan pendapat
secara bebas. Dari situlah benih itu bercambah yang menelurkan ramai pemimpin
negara kini. Para mahasiswa diberikan kebebasan untuk mengkeritik dan menyokong
dasar-dasar kerajaan. Dan disamping itu terdapat ramai penceramah-penceramah
jemputan untuk datang ke kampus untuk memberikan pendapat dan pandangan yang
terus menerus ditimba oleh para mahsiswa.
Sepatutnya
lagi banyak yang bergelar Professor tentulah lagi hebat perkembangan intelek di
university. Aku tidak tahu berapa jumlahnya professor yang ada di university
kini. Tahun 60an dan awal 70an hanya terdapat beberapa ‘kerat’ sahaja yang
bergelar professor. Namun ‘bisa’ yang ada pada mereka amat ‘menyengat’ sekali.
Mereka adalah golongan yang betul-betul dohormati oleh pelajar, disamping
menghasilkan karya-karya bermutu dalam bidang masing-masing.
Kini sudah
ada gelaran “Professor Kangkung’ yang membawa erti bahawa pendapat dan
pandangan mereka tidak secocok dengan gelaran yang mereka miliki. Maknanya
bukanlah seorang professor menepati erti kata yang sebenarnya. Dan sudah ramai
pula professor yang menjadi pengulas politik dan terlibat secara langsung dalam
politik tanah air. Dan terdapat juga Naib Cansellor di setengah university yang
sanggup ‘merendahkan’ darjatnya ke suatu tahap yang tidak langsung dihormati
oleh masyarakat.
Dengan sebab
itulah agaknya University di Malaysia kini sudah hilang sengat dan bisanya dan
ditambah pula dengan faktor-faktor lain yang menyebabkan kedudukan univeristy di
Malaysia diparas yang amat rendah.Sepatutnya University-university utama di
Malaysia seperti UM, UKM, UPM, USM dan ITM ( UITM) sudah berada ditangga ‘Top
20’ dalam kedudukan univeristy di Asia.
Malangnya
kedudukannya kini amat menyedihkan.
Ini yang aku
sarankan agar perwakilan UMNO membincangkan keadaan ini secara terperinci
kerana isu ini menyentuh nasib bangsa
kita terutamanya Melayu yang beragama Islam seperti yang sentiasa
disebut oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Khususnya
orang Melayu luar bandar seperti aku.
abuhassanadam
10 September
2013
No comments:
Post a Comment