DEBAT RAFIZI –NAZERI, RAKYAT
MASIH MENUNGGU…….
Dato’ Zaid Ibrahim ( bekas
Menteri Kabinet Malaysia) dalam twetternya berkata,’ Rafizi bukan ‘nobody’
tapi ‘Somebody’. Dia anak muda yang
pintar dan berani. Kalau takut nak debat usahlah perlekehkan dia’. Kemudian dia
menyambung lagi, ‘’ Semua takut debat Rafizi. Menteri 30 orang. Cabinet paling
besar dan satu pun tak mahu debat. Apa nak jadi’.
Aku setuju benar dengan kenyataan Dato Zaid
Ibrahim. Walaupun pendek saja ‘posting’nya tetapi memberikan makna yang
berbagai-bagai untuk difikirkan oleh rakyat.
DS Nazeri Aziz menolak pelawaan Rafizi untuk berdebat dengan mengatakan
bahawa seolah-olah Rafizi itu bukan lawannya. ‘ He is a nobody. I would be
wasting my time debating him. Namun demikian DS Nazeri mengakui bahawa, ‘ But
he is an MP now. He can see me in parliament and can engage me all he wants
there’.
YB Rafizi telah mencabar DS Nazeri untuk
berdebat ekoran daripada kenyataan beliau yang mengatakan, ‘ He ( Rafizi) is a stupid
kid. He has accused me of being corrupt before, although I wasn’t’.
Kenyataan DS Nazeri yang agak biadap itu
( menyifatkan rakan yang sama-sama menjadi anggota parliament) telah
menyebabkan YB Rafizi ingin berdebat dan bertarung fikiran untuk mengemukakan
hujah masing-masing dan untuk memberi peluang kepada DS Nazeri membuktikan
kenyataannyanya ‘membodohkan’ YB Rafizi.
DS Nazeri mengatakan YB Rafizi itu ‘nobody’.
Ye ke?. Bagi Dato Zaid Ibrahim, YB Rafizi adalah ‘somebody’ dan merupakan
seorang anak muda yang cerdik dan berani. Siapa sahaja yang mengenali Rafizi
dari dekat ataupun dari jauh pasti menyetujui kenyataan Dato Zaid Ibrahim. 51 %
rakyat Malaysia pasti menyokong kenyataan Dato Zaid Ibrahim itu. Dari segi
kelulusan dan pencapaian, aku rasa YB Rafizi jauh lebih hebat dari DS Nazeri.
Cuma yang agak berbeza sikit ialah DS Nazeri jadi menteri UMNO sedangkan Rafizi
hanya sebagai ahli Parlimen. Namun pada anggapan rakyat terbanyak ( 51%) kedudukan Rafizi lebih mulia daripada
kedudukan DS Nazeri. Aku agak ler…..
Alasan yang dikemukakan untuk mengelak
daripada perdebatan itu ialah bahawa debat boleh diadakan di parlimen. Di
Parlimen nanti mereka boleh berdebat. Di parlimen agak lain situasinya. Apabila dikemukakan alasan
yang sedemikian, 51% rakyat Malaysia sudah faham mengapa itu alasannya. 51% rakyat
Malaysia tahu keadaan perjalanan perbahasan di parlimen. Rakyat tahu peranan
yang boleh dilakukan oleh Speaker dalam melaksanakan tugasnya. Dan yang anihnya
YB Khairi Jamaluddin pun berpendapat
bahawa sebarang debat mesti diadakan di parlimen.
Hairan juga aku mengapa YB Khairi pun
bersikap demikian. Sepatutnya YB Khairi menunjukkan kelainan dari segi berfikir
berbanding dengan ‘rakan-rakan’ yang lain. Aku menganggapkan beliaulah yang
boleh diharapkan untuk mengeluarkan pendapat dan fikiran yang bernas berbading
dengan ‘rakan-rakan’nya yang lain. Rupanya kini YB Khairi juga sudah ‘setaraf’
dengan ‘rakan-rakan’ yang lain.
Aku pernah lihat perdebatan antara Rafizi
dengan YB Khairi. Di London dan di Malaysia. Memang hebat. Kedua-duanya hebat.
Sepatutnya begitulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. 51% rakyat Malaysia
mengharapkan keadaan sedemikian berterusan supaya 47% rakyat Malaysia yang lain
faham dan tahu tentang perkembangan negara dan boleh mengikuti contoh
sedemikian. Perdebatan bukan merupakan pertandingan menang-kalah tetapi akan
memberikan input yang berguna kepada pendengar dan penonton. Itu yang kita
perlukan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin.
Debat di parlimen memang wajar. Semua orang
tahu. Tetapi tentulah ada perbezaannya antara debat di parlimen dengan debat di
luar. Di Amerika Syarikat pun ada ‘ Presidential Debate’. Di Great Britiain pun ada. Walaupun
perdebatan di parlimen masih diteruskan. Begitu juga dengan negara-negara maju
yang lain yang mengamalkan demokrasi tulin. Di Malaysia ada dijalankan
perbahasan, tetapi hanya diadakan untuk melatih pelajar-pelajar berdebat.
Budaya berdebat di Malaysia rupanya hanya untuk pelajar-pelajar sekolah
menengah dan juga pelajar University sahaja. Dan bukan merupakan satu budaya di
Malaysia perdebatan antara pemimpin politik.
Dulu DS Anwar Ibrahim pernah mengusulkan
perdebatan mengenai isu negara dengan DS Najib Tun Abdul Razak. Tak jadi.
Sekurang-kurangna DS Ahmad Shabery Cheek ‘berani’ juga berdebat dengan DS Anwar
Ibrahim walaupun berakhir dengan ‘mulut yang berbuih’. Sekurang-kurangnya
beliau ‘anak jantan’ juga dan berani berdebat dengan seorang yang sememangnya
dikenali di peringkat dunia global sebagai seorang pembahas yang unggul.
YB Nurul Izzah pernah juga mengusulkan satu
perdebatan dengan Raja Nonchik berkaitan dengan isu di Lembah Pantai, ketika
menjelangnya PRU 13 dulu. Ditolak juga oleh Raja Nongchik dengan berbagai
alasan. Tak jadi juga perbahasan itu, sedangkan rakyat menunggu-nunggu agar
dapat diadakan perdebatan itu. Tambahan pula rakyat Lembah Pantai yang ‘celik’
mengharapkan sangat perdebatan itu. Mereka kecewa.
Kini rakyat Malaysia kecewa lagi apabila DS
Nazeri menolak pelawaan YB Rafizi untuk berdebat berkaitan dengan harga minyak.
Rakyat ingin hendak tahu apakah rasionalnya harga minyak dinaikkan. Rakyat
mengetahui melalui ‘one-way traffic’ sahaja melalui penerangan dari RTM dan TV3
dan akhbar-akhbar milik kerajaan. Rakyat ingin tahu juga pandangan pihak
pembangkang mengenai kenaikan harga
minyak itu. Sekiranya DS Nazeri tidak begitu berani ( ataupun merasa takut )
berdebat dengan YB Rafizi, apakah tidak ada ‘wakil’ dari kerajaan BN ( UMNO)
untuk menebus marwah yang tercela itu.
Semacam betul pula kata Dato
Zaid Ibrahim,’ ‘’ Semua takut debat Rafizi. Menteri 30 orang. Cabinet paling
besar dan satu pun tak mahu debat. Apa nak jadi’.
Pihak kerajaan harus meneliti kenyataan Dato
Zaid Ibrahim itu yang merupakan seorang bekas Menteri Kabinet Malaysia pada
suatu ketika dulu. Mungkin agaknya sekiranya beliau berada dalam kabinet
Malaysia, beliau akan menyahut cabaran YB Rafizi itu.
Walau bagaimana pun rakyat Malaysia masih
menunggu perdebatan Nazeri-Rafizi ini.
abuhassanadam
5 September 2013
Mohon share di fb pak...bleh?
ReplyDelete