Monday, September 23, 2013

ORANG CINA SEMACAM TERPINGGIR

ORANG CINA SEMACAM TERPINGGIR

Banyak isu yang muncul di Malaysia kini yang membuatkan kaum  Cina dan India mungkin merasa ‘berkecil hati’. ‘Jauh hati’. Merasa sedih dengan kenyataan–kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Melayu (UMNO) yang seolah-olah meminggirkan kaum lain yang sudah sekian lama memberikan taat setia kepada negara ini. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin telah membuatkan orang Cina khususnya tersinggung, walaupun DS Najib menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat  itu bukan bertujuan untuk mengenepikan kaum-kaum lain. Mungkin betuk kata DS Najib itu.

Orang bukan Melayu umumnya mungkin terasa ‘terguris’ dengan pengumuman DS Najib tentang Bumiputera New Economic Model (NEM)’ itu. Apa tidaknya. DS Najib ada mengatakan bahawa,"After the last general election, we heard all kinds of complaints, concerns and unhappiness raised by the bumiputera community about their future and direction……….Yes, we have indeed heard you, we hear you loud and clear……Based on the support by the Malays and bumiputera in the recent 13th general election, therefore today, the government will do a quantum leap to execute concrete and swift strategies and approaches……We call this the Bumiputera Economic Empowerment. All this is to safeguard Malays and bumiputera, from then, now and forever."

Kenyataan DS Najib itu boleh disimpulkan begini,
-       Selepas sahaja PRU 13 yang lalu, beliau telah mendengar berbagai sungutan, teguran dan perasaan tidak puas hati yang datangnya dari orang Melayu yang tidak pasti tentang hala tuju mereka. Kenyataan sebegini tentunya mendatangkan rasa pelik terutama bagi orang bukan Melayu. Pasti mereka akan mempersoalkan tentang berapa lama lagi yang diperlukan oleh orang Melayu untuk mereka mengetahui arah tuju mereka. Bukankah DEB yang diperkenalkan pada tahun 1970 itu sudah cukup untuk memberikan laluan dan bimbingan kepada orang Melayu supaya maju dalam segala lapangan. Apakah jangkamasa 40 tahu itu masih tidak sukup untuk memajukan orang Melayu. Mungkin mereka menyoal begitu.

-       Berdasarkan kepada sokongan yang diberikan oleh orang Melayu dalam PRU 13 yang memungkinkan UMNO (BN ) menerajui pemerintahan negara maka sampailah masanya untuk ‘membalas budi’ apa yang disumbangkan oleh orang Melayu itu. Maka dihadiahkan kepada mereka ‘Bumiputera New Economic Model (NEM)’ yang bertujuan untuk memacu ekonomi orang Melayu ke suatu tahap yang boleh membanggakan. Tujuannya ialah untuk memelihara dan mengawal ekonomi orang Melayu ke suatu arah yang ditentukan.

Tidak cukup dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Najib maka TS Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang mungkin ‘menghiris’ perasaan kaum bukan Melayu khususnya orang Cina. Katanya,

            “For me, today is a very lucky day and indeed the most-awaited event. We are not apologetic or worried if the non-bumiputeras or even the international communities see this as something concerning only a certain group….For us, what matters most is the bumiputera agenda and we truly respect the prime minister's firmness and courage," Malaysiakini ( Bernama)

Maknanya apa yang dikatakan oleh TS Muhyiddin itu ialah seolah-olah menampakkan bahawa beliau tidak peduli dan tidak ambil kisah apa orang lain kata. Nak kata apa katalah…Yang pentingnya bagi dia ialah tentang agenda orang Melayu dan Bumiputera, tentang memajukan golongan Melayu.

Sebagai orang Melayu apa yang dikatakan oleh kedua-dua pemimpin ini amat baik sekali ia itu suatu hasrat untuk meneruskan agenda memajukan orang Melayu. Dan ramai orang Melayu yang setuju hasrat kerajaan itu. Namun begitu aku pasti bahawa masih ramai juga orang Melayu yang mempersoalkan hasrat kerajaan itu. Tentu ada juga yang masih ragu-ragu tentang tindakan itu. Apakah kemajuan orang Melayu itu meliputi seluruh masyarakat Melayu atau hanya untuk segelintir ‘kerabat UMNO’ sahaja. Sejarah DEB seolah-olah telah membuktikan bahawa DEB itu hanya dapat dimanfaatkan oleh segelintir orang Melayu merupakan ‘kerabat UMNO’ sahaja sedangkan orang Melayu kampung tetap ‘melopong’ dan hanya ‘digula-gulakan’ dengan bantuan BRIM sahaja.

Orang bukan Melayu mungkin tidak berapa tahu hakikat ini. Lantas mereka menuduh bahawa kerajaan kini hanya untuk membantu orang Melayu. Sebenarnya tidak begitu. Mereka tidak tahu bahawa terlalu sedikit bilangan orang Melayu yang dapat menikmati apa yang dirancangkan oleh kerajaan ini. Dan sebenarnya ramai orang Cina ( taukeh Cina) yang dapat menikmati apa yang ‘dihidangkan’ oleh kerajaan itu daripada kebanyakan orang Melayu. Orang Melayu umumnya hanya akan menikmati ‘kuah’nya sahaja sedangkan segala ‘isi’ dinikmati oleh golongan kaya bukan Melayu dan sebilangan kecil orang Melayu ia itu yang terdiri dari ‘kerabat UMNO’.

Orang bukan Melayu dan khususnya kaum Cina pastinya ‘terasa hati’ melihat keadaan sedemikian. Ibarat kata peribahasa Melayu, ‘api sedang menjalar dalam sekam’. Tentunya mereka merasa amat sedih melihat keadaan ini. Dan tetunya mereka sedang mencari jalan keluar. Maknanya bagaimana mereka harus bertindak dalam keadaan pemerintahan dan pentadbiran yang sedemikian.

Dan secara kebetulan pula kemunculan berita yang mengatakan bahawa Taiwan sedang berusaha untuk melatih 4000 pelajar Malaysia sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysia Online bertarikh 15 September 2013 yang lalu yang mengatakan,In all, Taiwan is aiming to draw some 100,000 students from abroad to provide a 2 per cent boost to the student population there’. Ibarat kata peribahasa Melayu, “pucuk dicita ulam mendatang”

Keadaan ini menambahkan lagi keruncingan dalam negara dengan penghijrahan berama-ramai tenaga mahir kita dari Malaysia. Lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh World Bank report 2011, ‘the number of skilled Malaysians living abroad rose 300 per cent in the last two decades, with two out of every 10 Malaysians with tertiary education opting to leave for either Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) countries or Singapore.
The organisation also highlighted a geographic and ethnic component to the talent outflow, with about 88 per cent of the Malaysian diaspora in Singapore being of ethnic Chinese origin.
Worryingly for Malaysia, the report concluded that these migrants were being replaced by unskilled and uneducated foreigners’
Tentunya keadaan sebegini membimbangkan. Tidak pula perlu dipersalahkan kaum Cina yang menyebabkan keadaan terjadi demikian. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti mencari kesenangan dalam hidup. Dan tentunya sentiasa ‘looking for greener pastures…” Maknanya tentu ada juga faktor ‘ push and pull ‘ yang membolehkan seseorang itu meninggalkan negaranya untuk berkhidmat di tempat lain. Dalam hal penghijrahan tenaga pekerja mahir kini kita dapat lihat sudah amat jelas kelihatan fakor yang menolak dan faktor yang menarik ini. Kesannya pasti akan berlaku penghijrahan beramai-ramai. Dan amat malang kepada negara kita – Malaysia yang tercinta.
Satu hal yang perlu juga diambil kira oleh pihak kerajaan ialah bahawa tenaga mahir yang berminat untuk berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain bukan sahaja terdiri dari orang bukan Melayu tetapi terdiri daripada orang Melayu juga. Mereka merasa amat selesa bekerja di negara orang, dengan gaji dan layanan yang memuaskan. Dan tidak pula dapat dipastikan bahawa penghijrahan mereka itu disebabkan perasaan tidak selesa berada dibawah pemerintahan sekarang. Aku tidak dapat pastikan.
Mungkin yang merasa selesa bekerja dan tinggal di Malaysia adalah golongan ‘kerabat UMNO’ sahaja. Mungkin….

abuhassanadam

23 Sptember 2013

1 comment:

  1. Yes, you are absolutely right. We really felt hurt and discriminated all this while. Most of us never feel welcome in this country. How to be patriotic and celebrate Malaysia Day?

    ReplyDelete