KE MANA ‘HILANG’NYA GURU DAN SASTERAWAN ?
Sayup-sayup
aku terdengar suara dari ‘puncak’ pendidikan negara yang mengatakan bahwa
blueprint pendidikan yang dibentangkan baru-baru ini merupakan yang terbaik
dalam sejarah pendidikan negara. Mungkin juga. Tetapi bagi aku, rakyat Malaysia
jangan harus terlepas pandang kepada Penyata Razak yang dikemukakan pada tahun
1956. Bagi aku itu merupakan dokumen keramat yang sepatutnya diagungkan oleh
generasi Malaysia yang tidak mengira bangsa dan keturunan.
Untuk meyakinkan
apa yang aku fikir, aku merujuk kepada ‘orang lama’ yang amat tahu dan mahir
dalam perkembangan sejarah pendidikan negara. Cikgu
Noordin
Mahmood (Dato’), bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (
KGMMB). Aku tidak tahu berapa puluh tahun beliau menerajui kesatuan berkenaan
tetapi bagi aku sumbangannya kepada pendidikan adalah amat besar dan sukar
ditandingi.
Tentulah aku
terfikir juga, apakah peribahasa Melayu yang mengatakan ‘patah tumbuh hilang
berganti itu’ sudah tidak wujud lagi dikalangan guru-guru khususnya. Aku
berkata begitu kerana selepas Cikgu Noordin meninggalkan KGMMB seolah-olah
sudah tidak muncul tokoh muda yang mengambil tempat yang bersikap ‘segarang’
dan ‘sejinak’ beliau. Apakah sudah tidak ada lagi tokoh muda (guru) yang boleh
mengambil tempat Siva Subramaniam ( Dato) menerajui NUTP.
Aku bercakap
dari segi keliber. Aku tahu tentu ada ‘tokoh’ yang menggantikan Cikgu Noodin
dan aku pasti ada juga ‘tokoh’ yang menggantikan tempat Siva Subramaniam.
Tetapi aku tidak ‘nampak’ ketokohan mereka. Mungkin aku sudah ketinggalan zaman
agaknya. Sudah terpisah agaknya daripada dunia pendidikan yang amat aku sayangi
itu. Namun begitu sekiranya ada ‘suara-suara’ mereka, tentulah mustahil aku
tidak tahu perkembangannya. Berbanding dengan zaman-zaman Cikgu Noordin dan
Siva, seolah-olah mereka lah yang mewarnai
taman pendidikan negara.
Mereka
adalah ‘mata’ dan ‘ telinga’ kaum guru di Malaysia. Dan mereka jugalah tempat
para menteri pendidikan menumpang kasih. Namun begitu mereka jugalah sebagai ‘
racun’ dan ‘penawar’nya. Maknanya peranan mereka adalah sebagai ‘penjaga’ yang
sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan negara. Mereka bukan menentang
kerajaan tetapi sebaliknya adalah merupakan penyokong dasar kerajaan yang
paling kuat dan kukuh. Dengan syarat sekiranya dasar berkenaan menguntungkan
bangsa dan negara. Mereka akan mengeluarkan kenyataan yang ‘berapi-api’
sekiranga sesuatu dasar dikemukakan oleh kerajaan. Mereka sanggup ‘berarak’ ke
pejabat Perdana Menteri sekiranya mereka mendapat apa yang dilakukan oleh
Perdana Menteri itu memberi keuntungan kepada rakyat dan negara. Begitulah
hebatnya kesatuan-kesatuan guru zaman dulu-dulu.
Ke manalah
hilangnya tokoh-tokoh guru yang sebegini. Maksud aku sudah tidak adakah guru
muda yang boleh menggantikan tempat mereka ini. Apakah mereka sudah tidak
berani langsung bersuara akibat daripada ‘tekanan’ pegawai-pegawai pendidikan?
Aku pasti tidak begitu. Atau apakah sudah tidak ada guru muda yang berani
bersuara kerana memikirkan ‘periuk nasi di taburi pasir’? Atau mungkin agaknya para guru kini sudah
begitu ‘kekenyangan’ dsebabkan ‘rezeki’ yang melimpah ruah dicurahkan oleh
pihak kerajaan sehinggakan ‘mata’ sentiasa tertutup dan tidak dapat ‘melihat’
apa yang berlaku disekeliling. Ataupun mungkin para pemimpin kesatuan dan
persatuan guru kini sedang berangan-angan dan bermimpi untuk ‘menjolok bintang’
…….
Peranan guru
dan peranan sasterawan adalah hampir sama. Sasterawan Negara Pak Samad said
baru-baru ini ‘bertanya’ tentang kemana perginya para sasterawan tanah air. Sama
sahaja bunyinya dengan pertanyaan aku mengenai ‘ke mana hilangnya kaum guru’.
Kami bertanya disebabkan antara peranan guru dan sasterawan adalah sama. Zaman
tahun-tahun 20an,30an,40an,50an, 60an,70an mereka adalah merupakan wira negara.
Dan peranan mereka semakin pudar menjelangnya awal tahun 1980an.
Sepatutnya
keadaan tidak begitu.
Aku membaca
juga sejarah perkembanagan negara-negara lain di dunia. Ada yang mempunyai
‘trend’ yang sama seperti apa yang dialami oleh negara kita. Namun banyak
negara-negara di dunia yang tidak serupa dengan cara kita. Para pendidik dan
sasterawan mereka masih menjadi ‘mata dan telinga’ masyarakat. Tugas wartawan/
sasterawan dan guru tidak semestinya menentang kerajaan. Namun begitu pasti ada
juga cacat cela sesuatu dasar yang dikemukakan oleh kerajaan. Dan disinilah
tugas guru dan sasterawan untuk membetulkannya.
Kadang-kadang
aku terfikir juga apakah segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kini
kelihatan betul belaka di mata para sasterawan dan guru-guru khususnya. Apakah
tidak ada cacat celanya dasar kerajaan itu. Aku pasti kepimpinan negara juga
mengharapkan teguran ikhlas dari para guru, sastrawan/wartawan mengenai sesuatu
tindakan yang dilakukan oleh mereka. Tetapi malangnya sudah tidak ada langsung suara yang berani menyatakan sesuatu
yang betul. Ramai yang sudah menjadi semacam ‘yes-men’.
Amat malang
bagi negara. Dan aku menyoal diri aku. Salah siapa?
Biarlah aku
lontarkan persoalan ini kepada semua untuk memikirkannya. Kepada siapa yang
berpeluang membaca rencana aku yang tidak sepertinya ini tolonglah fikirkan
bersama.
abuhassanadam
16 September
2013
(Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia)
No comments:
Post a Comment