Saturday, September 21, 2013

YB MUKHRIZ MUNGKIN TERSILAP…..

YB MUKHRIZ MUNGKIN TERSILAP…..

Amat jelas perbezaan cara berfikirnya antara Tun Mahathir dengan anaknya Mukhriz. Walaupun Tun Mahathir sudah menjangkau ke umur 90 tahun namun cara berfikir dan cara bertindaknya adalah seperti orang yang bersama dengan zaman yang dilaluinya. Sebaliknya Mukhriz yang merupakan anak Tun Mahathir dan masih muda berfikiran dan berindak secara ‘kebudak-budakan’

Mari kita lihat apa katanya, "At that time, maybe there will be no more AI ( Anwar Ibrahim ) in the political scenario. There may not be anymore LKS (Lim Kit Siang), NA (Nik Azizi) , KS ( Karpal Singh) or Haji H ( Haji Hadi )……Umno will be facing many leaders who are new, who have been given posts and responsibilities at party and state government levels.’ Malaysiakini 21 September 2013.YB Mukhriza mengatakan bahawa tidak lama lagi akan ‘lupus’lah tokoh-tokoh seperti yang disebutkannya itu kerana tokoh-tokoh itu sudah tua dan mungkin tiada lagi.

Yang diperkatakan bukannya umur seseorang itu tetapi cara berfikir dan cara bertindaknya. Tun Mahathir mungkin sudah tua tetapi cara berfikir dan cara bertindaknya mengikut zaman. Begitu jugalah tokoh-tokoh  pembangkang yang disenarikan oleh Mukhriz adalah merupakan tokoh-tokoh yang mengikut zaman. Mereka bertindak seiring dengan zamannya. Mereka tahu zaman telah berubah. Orang tua-tua pernah berkata, ‘ sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan itulah cara yang diikuti oleh pemimpin pambangkang berbanding dengan kebanyakan pemimpin UMNO yang masih berada ditakuk lama.

Satu anjakan paradigma yang begitu drastik yang dilakukan oleh kepimpinan pihak pembangkang ialah kesediaan mereka bertolak ansur dan berfikiran secara rasional dalam menghadapi rakyat menjelang PRU 13. Pada mulanya ramai yang berpendapat bahawa tidak akan mungkin DAP dan PAS dapat bekerjasama memandangkan arah tuju dan falsafah perjuangan yang agak berbeza. Namun disebabkan kesanggupan para pemimpin dan ahlinya berfikiran secara rasional dan terbuka maka kesannya dapat dilihat daripada keputusan PRU 13 yang baru lalu.

Ini yang dikatakan perubahan cara berfikir. Berbanding dengan UMNO (BN) yang masih ‘berpaut’ kepada cara lama mendekati rakyat. UMNO masih berpegang kepada prinsip kemelayuannya dan MCA berpihak pada Cinanya dan MIC pula terus menerus mementingkan ‘kaum India’nya. Mereka lupa bahawa zaman telah berubah. Mereka lupa bahawa anak-anak zaman Krurun ke 21 sudah mementingkan “Malaysia’ melebihi daripada memikirkan kaum mereka.

Ini tidak pula bermakna bahawa orang Melayu telah melupakan ‘Melayunya’.Orang Cina melupakan ‘cinanya’ dan orang India meluapakan ‘india’nya. Tidak. Bagi orang Melayu misalnya, mereka tahu bahawa mereka adalah berketurunan Melayu, berasal dari kampung. Datuk nenek mereka adalah Melayu tulin yang bertungkus lumus bekerja di sawah untuk membesar dan memberi pelajaran kepada ibu bapa mereka yang  membolehkan ‘orang tua’ mereka berjaya dalam lapangan pendidikan dan kini juga berjaya dalam hidup. Anak-anak golongan inilah yang hidup dalam Kurun ke 21.

Anak-anak generasi inilah yang sudah berubah cara berfikirnya. Mereka lebih sesuai ‘berkawan’ dengan Rafizi, Nurul Izzah, Nik Nazmi, Tony Pua, Surendran. Ataupun mungkin juga mereka boleh menerima sebagai ‘kawan’ tokoh-tokoh seperti Khairi Jamaluddin atau Abdul Rahman Dahlan. Mungkin. Ini bermakna bahawa golongan muda ( berfikiran global) kini sudah tidak boleh lagi ditipu dan diperbodohkan. Dasar Ekonomi Baru yang telah mengangkat ‘darjat’ orang kampung telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada kemajuan bangsa Melayu.

Mungkin hakikat ini yang tidak difahami oleh kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka merasakan bahawa orang kampung ‘yang masih boleh diperbodohkan oleh mereka) akan terus menerus menjadi ‘orang kampung’ sehingga bila-bila. Mungkin pandangan yang sebegini akan dapat bertahan sehingga PRU 14. Mungkin. Ataupun selewat-lewatnya menjangkan ke PRU 15. Aku khuatir. Tidak pula aku memustahilkan.

Senario yang sebeginilah yang harus diperhati dan dihayai oleh pemimpin UMNO. Ini yang dikatakan ‘paradigm-shift’. Jangan pandai cakap saja. Ini jugalah yang dikatakan oleh Tun Mahathir agaknya.

PRU 12 telah memperlihat satu fenaomena baru yang telah wujud di Malaysia ia itu kehebatan sosial media – internet, facebook, tweeter,sms dll. Sosial media telah memainkan peranan yang cukup penting yang telah ‘merobohkan’ benteng 2/3 Barisan Nasional dalam parlimen. Malangnya Pak Lah telah ‘dikambing-hitamkan’ dengan memburuk-buruk bahawa beliaulah yang  menjadi punca kekalahan 2/3 Barisan Nasional. Sebenarnya kehebatan sosial media itulah yang berperanan besar.

Dengan sebab itulah Barrack Obama membelanjakan puluhan juta dollar membangunkan media sosial ketika mengahadapi pemilihannya sebagai presiden tempoh hari. Beliau tahu kehebatan dan ‘penangan’ sosial media itu. Ketika sosial media sedang ‘mengamuk’ dalam PRU 12, kebanyakan pemimpin UMNO masih ‘tidur lena’. Masih ramai pemimpin di peringkat pusat yang tidak tahu apa dia facebook, blog, tweeter. Dan masih ada yang tidak tahu menggunakan internet. Ada dikalangan ahli parlimen yang ‘berbangga’ mengatakan, ‘ aku tak tahu semua ini. Ini kisah orang muda…”

Sebaliknya dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, penggunaan tweeter, Blogs, Facebook sudah merupakan ‘mainan’ mereka pada ketika itu. DS Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang telah pun mempunyai blog-blog mereka sendiri. Malah Tuan Guru Nik Aziz pun sudah mula berjinak-jinak dengan internet pada ketika itu dan mempunyai blognya sendiri.

Dalam hal ini YB Mukhriz aku agak sudah silap. Beliau mengatakan bahawa ‘tua’ dan ‘dinosaur’ dilihat dari segi umur seseorang pemimpin. Bukan begitu. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG Nik Aziz, Tun Mahathir merupakan orang tua tetapi cara berfikir dan tindakan mereka adalah bersesuaian dengan zaman. Berbanding dengan kebanyakan pemimpin UMNO. Aku boleh tunjukkan bukti bahawa ada pemimpin UMNO peringkat pusat yang masih tidak tahu menggunakan internet pada tahu 2008. Dan ramai pula. Ini belum lagi termasuk pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan.

Aku rasa kalau hal ini diambil kira agak menggerunkan….

abuhassanadam
21 September 2013


1 comment:

  1. Salam,

    Tuan , penulisan yang bagus dan seiring dengan pemikiran zaman ini. Harap maaf saya bukan UMNO ... Umno sudah tidak relevan dlm pemikiran saya. Perjuangan tidak berasaskan prinsip keadilan ,kesaksamaan dan kebenaran adalah sia2.

    ReplyDelete