DEBAT MEREBUT JAWATAN UMNO PERLU DIADAKAN
Aku terbaca tulisan YB Abdul
Rahman Dahlan dalam tweeternya yang menyatakan, ‘Saya perhatikan Tun Faisal ( aku tidak tahu siapa dia ‘tokoh’ ini)
terbukti mampu berdebat dengan pihak pembangkang dalam isu nasional. Apakah itu
tidak boleh dipertimbangkan?’
Tertarik aku kepada kenyataan
ini kerana beberapa sebab.
· Jelas
menampakkan bahawa pemimpin UMNO sebenarnya bukan tidak mahu berdebat dengan
pihak pembangkang tetapi mereka merasa amat bimbang, taku-takut mereka akan
kecundang dalam perdebatan itu. Mereka takut. Dan umum mengetahui bahawa
sekiranya dipertemukan pemimpin pembangkang dengan pemimpin UMNO (BN)
jawapannya ialah pemimpin UMNO akan ‘tersungkur’. Rakyat sudah tahu
keputusannya.
·
Jelas juga
menampakkan bahawa tidak ada tokoh yang mampu berdebat dengan pemimpin-pemimpin
dari Pakatan Rakyat, samada dari pemimpin atasan, sayap pemuda, wanita atau
puteri. Tidak ada tokoh dari UMNO yang berkaliber untuk menentang DS Anwar
Ibrahim atau YB Rafizi Ramli atau YB Nurul Izzah dan ramai lagi pemimpin dari
Pakatan Rakyat yang mampu untuk berdebat. Sepatutnya DS Shahrizat Jalil sebagai
calon ketua Wanita menerima pelawaan daripada YB Nurul Izzah untuk berdebat
atas isu-isu membabitkan negara.
·
Kenyataan
YB Abdul Rahman Dahlan itu mungkin mengaibkan parti UMNO sendiri. Beliau
menonjolkan nama seperti Tun Faisal ( ramai yang tidak tahu asal usulnya) yang
mengikut kata YB Kota Belud itu ‘ terbukti mampu berdebat dengan pihak
pembangkang dalam isu nasional’ dan beliau menyoal pula, ‘Apakah itu tidak
boleh dipertimbangkan?’
Maknanya UMNO sudah puas mencari ‘rotan’ untuk berdebat
dengan pihak pembangkang. Tidak jumpa-jumpa. Kini sudah berjumpa dengan ‘akar’
yang bernama ‘Tun Faisal’. Peribahasa Melayu berkata, ‘ jikalau tiada rotan
akar pun berguna’. Maknanya sememangnya UMNO ketandusan pemimpin yang
berkaliber seperti mana yang diucapkan oleh Tun Mahathir baru-baru ini yang
dipetik oleh Malaysiakini.
"We
must accept that it is a good thing that more intelligent people join the party
and leadership quality will improve over time - or you will have more and more
stupid people," Mahathir told some 600 youths at a talk at the
International Youth Centre.
Tentunya ramai ahli UMNO yang mempersendakan
kenyataan Tun Mahathir ini. Ramai juga yang merasakan kenyataan itu menggugat
kedudukan mereka dalam parti yang akhirnya akan menyebabkan ‘periuk nasi’
mereka dipenuhi ‘pasir’. Namun apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu
adalah benar belaka. Dan dengan sebab itulah UMNO seolah-olah ditolak oleh
kebanyakan rakyat intelek di Malaysia kini. Seolah-olah UMNO itu adalah
kepunyaan orang kampung yang tidak berpelajaran ( ramai juga orang kampung yang
berpendidikan tinggi). Dan orang Melayu yang berpelajaran telah ‘berhijrah’ ke
pihak Pakatan Rakyat.
Keadaan inilah yang menyebabkan UMNO terlalu
sukar untuk mencari ‘ayam tambatan’ mereka untuk berdebat dengan pihak
pembangkang yang mempunyai bukan hanya ‘seekor ayam tambatan’ tetapi
berpuluh-puluh ‘ekor’. Mereka boleh memilih samada mereka mahukan ‘ayam
tambatan’ dari PAS atau DAP atau Keadilan. Itulah perbezaan yang jelas antara
UMNO ( BN) dengan Pakatan Rakyat.
Perdebatan atau pengamalan konsep kebebasan
bersuara adalah merupakan initisari penting bagi sesebuah negara yang
mengamalkan demokrasi. Mahu tidak mahu mesti ada ‘intellectual discourse’
antara pemimpin kerajaan dan pembangkang sepertimana yang dicadangkan oleh DS
Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Secara
kebetulan pulak aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh Ivan Hare, James
Weinstein berjodol,“ Extreme Speech and Democracy’. Mengikut buku itu,
“There is no democracy without
public disourse and no public discourse without freedom of speech, freedom of
the media and freedom of information. And only if it contains both the active
and pasive side – freedom to express one’s own opinion and freedom to learn
about the opinion of others – does the right constitute a comprehensive freedom
of communication”
Lebih kurang
kata Ivan Hare ialah,
Tidak wujudlah demokrasi dalam sesebuah
negara itu sekiranya tidak ada debat umum dan tidak wujudlah perdebatan umum
sekiranya tidak wujud kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan untuk
mencapai maklumat.
Kebebasan bersuara adalah merupakan hak
seseorang untuk menyatakan sesuatu, kata Ivan Hare. Jadi sekiranya hak bersuara
dan menyatakan sesuatu pendapat secara tidak terkongkong tidak diamalkan,
dimanakah letaknya kebebasan seseorang itu.
Keith Werhan
pulak menulis buku berjodol,” Freedom of Speech: A Reference Guide to the
United states Constitution”
“ The linkage
among the ideas of democracy, popular sovereignity, and freedom of speech is as
old as those ideas themselves, and they are very old indeed.. Freedom of speech
was a constitutent element of the world’s first democracy, that which prevailed
in Athens during the Classical Era ( 508BC-323 BC). Classical Athenians
believed that authentic public debate was a prerequisite for the creation and
refinement of public policy in a democracy.They nurtured a political culture
that encouraged common citizens not only to participate fully in political
institutions, but also to speak forthrightly on issues of public concern”.
Lebih kurang
kata Keith Werhan begini,
Pertalian atau perhubungan antara
konsep demokrasi, kedaulatan rakyat dan kebebasan bersuara sudah wujud begitu
lama. Malah konsep kebebasan bersuara itu adalah merupakan initisari atau
pra-syarat kewujudkan konsep demokrasi itu sendiri yang bermula di Athens dalam
zaman era kelasikal ( 508 BC-323 BC).
Masyarakat Athens pada ketika itu berpendapat
bahawa perdebatan umum adalah sebagai syarat untuk membentuk dasar-dasar awam
dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Dengan demikian akan
membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka secara bebas tanpa rasa takut
dan gentar. Maknanya kebebasan bersuara.
Sekiranya rakyat Malaysia betul-betul mahu mewujudkan demokrasiyang sihat
di
Malaysia, maka mahu tidak mahu, budaya berdebat iniharus disuburkan. Dan
amat elok dan sesuai dimulakan dari dalam pertubuhan UMNO sendiri,
terutama
ketika menjelang pmilihan pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan nasional.
Elok diadakan perdebatan antara calon-calon yang merebu jawatan-jawatan
penting dalam parti seperti jawatan Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua
Wanita dan Ketua Puteri. Ahli UMNO tentunya ingin melihat kemampuan dan
kredibiliti mereka sebelum mereka boleh mengundi seseorang pemimpin itu.
Pastinya majoriti ahli UMNO menyokong saranan ku ini. Agak aku
begitulah…….
abuhassanadam
26 September 2013
No comments:
Post a Comment