KERAJAAN MALAYSIA ATAU KERJAAN MELAYU
MALAYSIA
Secara
berseloroh kawan baik aku ( ketika bersekolah dulu) memberitahu aku bahawa
kerajaan yang ada di Malaysia kini adalah kerajaan Melayu, bukan kerajaan
Malaysia. Dia mengatakan demikian berasaskan kepada keengganan MCA untuk
menyertai kerajaan. Betul juga, fikir aku. Tetapi kaum India ada menyertai
kerajaan. Namun akhir-akhir ini sudah kerap kali diucapkan mengenai kerajaan
Melayu ini ( oleh orang lain pula) seolah-olah memberikan pengertian yang
membawa seribu makna.
Aku tidak
tahu ‘makna’ sebenar mengapa mereka berkata demikian. Cuma aku dapat mengagak (
dengan ‘membaca’ apa yang tersirat) bahawa kerajaan kini menampakkan dengan
jelas memihak kepada orang Melayu. Pada pandangan dan persepsi kaum bukan
Melayu begitulah. Mereka merasakan bahawa kaum bukan Melayu sudah semacam
dipinggirkan, terutama selepas PRU 13, dan selepas mereka dituduh sebagai
penyebab berlakunya kekalahan calon Barisan Nasional di kebanyakan kawasan.
Mereka
merasakan begitu walaupun kerajaan menafikan hakikat keadaan sedemikian.
Hubungan dan perpaduan kaum di Malaysia kini sudah semacam agak luntur. Atas
alasan itulah agaknya DS Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang telah
mencadangkan diadakan rundingan bersama antara pemimpin kerajaan dan pemimpIn
pembangkang. Demi kepentingan rakyat dan negara. Tetapi nampaknya
pemimpin-pemimpin kerajaan BN ( UMNO) semacam memandang serong terhadap
cadangan demikian. Berbagai alasan dan tohmahan dilemparkan semata-mata untuk
mengelak daripada cadangan sedemikian menjadi kenyataan.
Ramai yang
berpendapat bahawa para pemimpin UMNO tidak akan bersetuju dengan cadangan
sedemikian kerana ( kata mereka ) ramai pemimpin UMNO masih ‘berpaut’ kepada ‘
the old mindset’. Tidak mudah mereka akan menyetujui apa yang dicadangkan atas
banyak sebab. Antaranya sikap mementingkan diri yang diamalkan tentunya
mempengaruhi sebahagian besar pemimpin BN. Lagi pun perasaan ‘tidak selamat’
sentiasa membelenggu fikrian dan perasaan para pemimpin BN sekiranya mereka
menyetujui cadangan DS Anwar Ibrahim itu.
DS Anwar
mencadangkan satu perbincangan (dialog) yang melibatkan semua pemimpn dari
parti kerajaan dan pembangkan untuk memincangkan sesuatu yang konkrit tentang
bagaimana untuk memulihkan keadaan dalam negara kini. Satu dialog untuk
percambahan fikiran secara telus dan ikhlas. Lagipun dialog yang sebegini
selalu berlaku dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi.
Yang aku
hairan, belum apa-apa lagi sudah ada yang menentang cadangan ini. Yang ini aku
betul-betul tak faham. Mungkin aku terlalu bodoh agaknya untuk memahaminya. Aku
secara peribadi merasakan dialog dan percambahan fikiran yang sedmikian perlu
diadakan segera.
Kerajaan
boleh menafikan dengan berbagai alasan bahawa tidak berlaku sebarang
penyelewengan atau perbalahan kaum di Malaysia. Boleh dinafikan. Tetapi persepsi
rakyat Malaysia ialah bahawa negara Malaysia sudah beransur-ansur bergerak ke
arah kehancuran ( jika tidak dibendung dengan segera) terutama dari segi
hubungan kaum dan agama, dan kegiatan jenayah yang semakin parah. Justeru apalah
salah jika ada pemimpin seperti DS Anwar mengemukakan sesuatu yang boleh membanntu
memulihkan keadaan negara yang agak tenat kini.
Cadangannya
hanyalah untuk berunding dan berdailog. Bertukar-tukar pendapat. Takkan berbuat
begitu pun tak boleh?
Negara-negara
maju dan moden yang mengamalkan demokrasi dalam ertikata sebenarnya pasti
menykong saranan DS Anwar itu. Britain misalnya.Dalam PRU United Kingdom yang
diadakan pada 6 Mei 2010, parti Conservative mendapat 307 kerusi sementara
Parti Buruh memperolehi 258 dan Parti Liberal Demokrat mendapat 57 kerusi.
Mereka memerlukan 326 kerusi untuk memperolehi keputusan majoriti. Dengan
suasana begitu telah wujud apa yang dinamakan ‘Hung Parliemant’. Maknanya untuk
mewujudkan kerajaan yang efektif dan dapat memerintah dengan berkesan, parti
Conservative perlu menubuhkan kerajaan gabungan. Lantas wujudlah kerajaan
campuran Conservative-Liberal Demokrat.
David
Cameron yang mengetuai parti Conservative telah menubuhkan kerajaan campuran
dengan Liberal Demokrat. Peratama kali diadakan kerajaan campuran sebegini ialah 70 tahun yang lampau. Walaupun David
Cameron akan mengetuai kerajaan, namun ada jawatan-jawatan kabinet yang akan
diserahkan juga kepada ahli Liberal Demokrat. Nick Clegg akan menjawat jawtaan
Timbalan Perdana Menteri. Baiknya gabungan sebegini ialah kedua-dua parti akan
mematuhi segala keputusan yang dibuat bersama. Walaupun terdapat juga salah
faham dan perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat itu hendaklah dianggap
sebagai perselisihan pendapat secara peribdi.
Berbalik
kepada keadaan di Malaysia. Kadang-kadang aku semacam terasa bahawa rakyat
Malaysia memang dalam keadaan resah dan gelisah dengan berbagai perkembangan
negatif yang berlaku dalam negara. Tambahan pula para pemimpin sudah tidak
segan silu lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kadang-kadang mengecilkan
hati sesuatu kaum. Seolah-olah tidak lagi ada perasaan ‘empathy’ terhadap
perasaan kaum lain. Sudah timbul tindakan ‘balas-membalas’ berkaitan dengan
sesuatu isu.
Yang dapat
aku perhatikan kini ialah yang berkaitan dengan filem ‘Tanda Putera’ yang telah
mendapat liputan yang cukup meluas. Malangnya secara negatif. Dan sudah sampai
ke suatu peringkat yang sudah diangggap oleh pengarahnya sebagai sabotaj yang
dilakukan oleh akyat terbanyak terhadap filemnya. Aku melihat keadaan ini dari
sudut lain. Aku berpegang kepada peribahasa atau kata orang tua-tua yang
mengatakan, ‘jikalau suka semuanya indah belaka’ dan begitu jugalah sebaliknya.
Jadi pada
ketika ini, secara kebetulan filem ‘Tanda Putera’ ditayangkan kepada ramai
ketika sebilangan besar rakyat Malaysia tidak menyukai apa saja yang dilakukan
oleh kerajaan. Tentulah agak keterlaluan bagi aku mangatakan bahawa sebahagian
besar rakyat Malaysia tidak menyukai kerajaan yang ada sekarang. Aku katakan
begitu berdasarkan keputusan PRU 13 yang baru diadakan dimana majoriti rakyat
Malaysia tidak mengundi memihak kepada kerajaan BN. Sebaliknya kerajaan BN
memerintah hanya mengharapkan sokongan daripada 47 % rakyat Malaysia. Ini bukan
andaian. Bukan juga anggapan, tetapi hakikat sebenarnya.
Atas dasar
itulah aku membuat anggapan bahawa apa saja yang dilakukan oleh kerajaan, (
mungkin untuk sememntara waktu ) pasti mendapat bangkangan daripada sebahagian
besar rakyat. Rakyat akan menunujukkan rasa tidak puas hati terhadap apa saja
yangd ilakukan oleh kerajaan. Begitu jugalah apa saja yang disuarakan oleh DS
Anwar Ibrahim ( pembangkang) pasti medapat tentangan pihak pemimpin BN,
walaupun apa yang dicadangkannya itu berguna dan boleh dimanfaatkan oleh
rakyat.
Keadaan yang
wujud kini bukan saja untuk dimenungkan oleh pemimpin tetapi oleh rakyat juga.
Mari kita
berfikir sama demi negara Malaysia tercinta.
abuhassanadam
3 Septemberi
2013
No comments:
Post a Comment