Thursday, May 8, 2014

ANTI CINA, ANTI KRISTIAN – HENTIKAN SEGERA…

Masih ada rakyat Malaysia yang seolah-olah tidak bertanggungjawab yang masih memainkan isu perkauman. Aku tak faham apakah sebenarnya matlamat golongan ini melakukan perkara yang terkutuk itu. Apakah mereka tidak sedar bahawa usaha menyatukan kaum-kaum di Malaysia telah mula semenjak tahun 1940an lagi dan sehingga kini golongan rakyat Malaysia yang mencintai keamanan masih merneruskan usaha murni demikian ( walaupun dengan caranya yang tersendiri). Malangnya ‘usaha’ kumpulan-kumpulan tertentu yang menampakkan semacam usaha memecah-belahkan kaum-kaum di Malaysia juga semakin rancak. Dan slogan ‘1 Malaysia’ nampaknya semakin ‘pudar dan luntur’.

Di Malaysia, dalam kurun ke 21 masih ada lagi rakyat Malaysia yang berfikiran sempit dan berunsur perkauman. Tiap-tiap kaum menampakkan wujudnya pemikiran sedemikian. Samada Melayu ke, Cina ke atau India ke ternampak wujudnya perasaan dan pemikiran sedemikian. Dan jurang pemisahan antara kaum ini semacam menampakkan mula meluas. Itu pemerhatian rambang. Tidak ada statistik untuk membuktikan andaian aku ini. Tetapi aku nampak semacam begitu ler…

Dulu aku cenderung untuk menyalahkan sistem pendidikan negara yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Itu dulu. Aku merasakan bahwa sekiranya unsur perpaduan itu tidak diterap dengan betul, maka kesalahan patut diletakkan dibahu para pendidik di negara ini kerana merekalah yang bertanggungjawab memberikan didikan sempurna kepada anak-anak kita yang bukan sahaja menyampaikan pelajaran untuk lulus peperiksaan tetapi juga untuk membentuk perangai dan syahsiah yang sempurna.

Tentulah ibu bapa juga yang patut dipersalahkan sekiranya wujud keadaan perpaduan kaum yang tidak sempurna di negara ini. Walaupun peranan pendidik itu penting namun sekiranya ibu bapa bersikap bertentangan dengan apa yang diasuh oleh guru maka tentulah akan menelurkan manusia yang dibentuk mengikut acuan pemikiran ibu bapa nya juga.

Kini aku merasakan bahawa kedua-dua faktor di atas ( pendidik dan ibu bapa) telah ‘ditewaskan’ oleh faktor politik. Maksud aku dalam bahasa yang senang difahami bahawa tindakan setengah parti politik atau ‘orang politik’ telah banyak mempengaruhi tindak tanduk masyarakat di negara ini. Seolah-olah pendidik dan ibu bapa sedang ‘bertarung’ dengan golongan politik dalam usaha untuk mempengaruhi anak-anak muda ke jalan perpaduan kaum yang sebenar-benarnya di Malaysia.

Maksud aku apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah dan apa juga pengajaran yang disampaikan oleh guru amat bertentangan dengan apa yang dilihat dan diperhatikan oleh mereka diluar. Dalam hal perpaduan kaum misalnya, aku amat yakin bahawa tidak akan ada para guru yang menyemaikan perasaan perkauman, benci membenci antara satu kaum dengan kaum lain disekolah. Namun apabila dilihat oleh mereka gelagat setengah orang poiltik diluar yang jelas-jelas bersifat perkauman, maka pastinya anak-anak akan keliru melihatkan keadaan sedemikian.

Dalam beberapa isu sensitif yang sedang hangat diperkatakan kini adalah merupakan isu yang agak kecil dan remeh sekiranya peristiwa begiini berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain yang betul-betul mengamalkan kebebsan bersuara tulin. Pemimpin-pemimpin di negara-negara berkenaan lebih teruk lagi dikertitik oleh rakyatnya berbanding dengan apa yang berlaku kepada Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan lain.

Dalam ‘talk Show’ yang dikendalikan oleh TV di sana, berbagai gelaran diberikan kepada Presiden Amerika dan berbagai kutukan dilemparkan kepadanya, namun tidak pula ada tindakan balas seperti yang berlaku di negara kita Malaysia. Di England misalnya pernah juga Queen sendiri dipersendakan oleh rakyatnya. Dan tidak pula ada tindakan dikenakan kepada pihak yang melemparkan kutukan berkenaan.

Mengapa keadaan sebegitu berlaku di Malaysia? Nampaknya ada juga dikalangan pemimpin di Malaysia yang agak ‘sporting’ dan tidak mengambil hirau tentang beberapa kritikan terhadap mereka, berbanding dengan apa yang dilakukan oleh setengah ‘pejuang-pejuang’ UMNO yang merupakan ‘lebih sudu daripada kuah’.

Namun yang menghairankan ialah adanya segelintir para ‘pejuang’ UMNO yang sudah bertindak agak diluar batasan. Telah menggunakan isu yang dikatakan ‘sensitif’ ini untuk menelurkan isu perkauman. Ini yang aku katakan bahawa ramai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak (yang tidak bersalah) kurang faham melihatkan senario yang sebegini. Apakah ada hubungannya antara isu yang dipaparkan dengan isu perkauman?. Apakah golongan yang ‘lebih sudu daripada kuah’ ini merasakan bahawa seseorang pemimpin tidak boleh langsung dikritk. Apakah begitu sokongan ‘membabi buta’ mereka kepada pemimpin sehinggakan sudah tidak dapat membezakan antara satu isu dengan isu lain. Atau apakah sudah hilang pertimbangan mereka sehinggakan setiap isu yang dibangkitkan mesti dikaitkan dengan isu perkauman. Atau apakah golongan sebegini sudah kehilangan punca untuk mencari ‘sesuap nasi dan sesuap petang’ selain dari kerelaan diri diperalatkan oleh golongan tertentu. Apakah begitu pegangan hidup mereka?

Mungkin golongan sebegini bukan sahaja ‘buta perut’ tetapi juga ‘buta hati’ dan tidak langsung bertanggungjawab terhadap masyarakat di Malaysia khususnya anak-anak. Tindakan mereka itu diperhatkan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia yang merasakan bahawa itu merupakan tindakan yang amat tidak cerdik, tetapi juga oleh anak-anak yang pasti ‘keliru’ dengan keadaan sedemikian.

Pastinya golongan yang memainkan isu perkauman ini merasakan dirinya ‘hebat’ tetapi mereka lupa bahawa mereka sebenarnya telah menyemaikan benih perkauman dikalangan anak-anak yang memerhatikan gelagat dan tindakan mereka.

Ini yang aku katakan bahawa para pendidik dan ibu bapa di rumah telah ‘tewas’ mendidik anak-anak kejalan perpaduan sebenar disebabkan oleh adanya anasair-anasir yang sentiasa menyemaikan benih-benih perkauman  sempit dikalangan rakyat Malaysia.

abuhassanadam
8 Mei 2014



2 comments:

  1. Penulisan saudara memang waras. Keep it on!!! Stanley

    ReplyDelete
  2. AntiCina dan antiKristian kononya menjadi senjata ampuh bagi sesetengah pihak bagi menarik orang Melayu/Islam kepada rejim pemerintah iaitu UMNO yang kini sedar bahawa sokongan orang Melayu terhadapnya semakin merosot, walaupun ia sedar bahawa tanpa orang bukan Melayu Islam ia tak mungkin boleh meneraju kuasa memerintah. Tak tahu kenapa pihak ini yang sangat benci terhadap Cina dan Kristian sedangkan kita orang Melayu boleh dianggap sebagai imigran juga, cuma lebih awal hijrah ke Semenanjung Malaya relatif kaum Cina atau yang lain-lainnya. Orang Melayu majoriti sejak zaman Kesultanan Melayu, semasa era penjajahan Portuguese, Belanda, British dan Jepun malah selepas merdeka pun rata-ratan hidup relatif miskin seperti kini diangkakan sebanyak 60 % rakyat Melayu adalah dalam kategori miskin bandar dan elit Melayu hidup kaya raya sama seperti zaman yang disebut tadi. Jadi Melayu mangkok yang diupah oleh elit Melayu supaya konflik perkauman boleh menjamin Melayu miskin ini boleh berpaut atau mendapat bantuan palsu dari elit agar elit ini terus boleh berkuasa dan hidup kaya raya. Melayu bangan mungkin boleh termakan dengan umpanan ini. Dan sulit nak sedarkan Melayu majoriti ini kerana termakan sudah banyak propaganda yang disulami dengan rasa ketakutan, kecemasan, rasa tak selamat kerana sedang di'kepung' oleh orang Cina dan Kristian dan juga dengan ajaran agama yang tidak membebaskannya, ajaran agama kolot dan beremosi.

    ReplyDelete