Monday, May 12, 2014

SAMPAI BILA MELAYU MENYALAHKAN ORANG LAIN?

Aku tak tahu sampai bila agaknya orang Melayu sentiasa menyalahkan orang lain apabila berhadapan dengan berbagai masalah diri dan bangsa. Semenjak zaman penjajahan, orang Melayu sentiasa menyalahkan penjajahan yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam berbagai lapangan berbanding dengan bangsa lain yang ada di negara ini. Mereka menyalahkan British kerana orang Melayu tidak berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan kebanyakan orang Melayu hanya berkelulusan ‘sekolah atap’ saja. Mungkin betul apa yang dikatakan.

Dalam bidang ekonomi, orang Melayu menyalahkan British juga kerana tidak diberi peluang terlibat dalam lapangan ekonomi dan perniagaan. Dan pihak British memberikan peluang istimewa kepada kaum Cina terlibat dalam lapangan ini. Mungkin betul juga. Dan orang Melayu hanya dilibatkan oleh British dalam lapangan pertanian sehinggakan ada dinyatakan oleh seorang pegawai British bahawa tujuan mereka memberikan pelajaran kepada anak Melayu ketika itu hanyalah untuk mereka menjadi petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Lantas orang Melayu ketinggalan dalam lapangan ekonomi juga.

Terlalu sedikit orang Melayu yang mendapat pendidikan tinggi kerana British tidak memberikan peluang kepada anak Melayu untuk memajukan diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Anak Melayu tahun 1920an dan 1930 an hanya diberikan peluang untuk menjadi guru sahaja. Itu pun entah berapa kerat sahaja anak Melayu yang berjaya sampai ke tahap itu. Orang Melayu menyalahkan British. Betul juga. Hanya beberapa buah sekolah Inggeris sahaja yang ditubuhkan oleh penjajah di seluruh Tanah Melayu pada ketika itu yang membolehkan anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tidak banyak.Jikalau ada pun ditubuhkan sekolah-sekolah Inggeris di sesuatu kesan, terlalu sedikit pula anak Melayu yang belajar di sekolah berkenaan. Bermacam-macam alasan diberikan oleh orang Melayu mengapa mereka tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris. Tidak kurang juga yang memberikan ‘nasihat’ supaya jangan belajar di sekolah ‘kafir’ dengan berbagai-bagai ‘alasan’ untuk ‘menakutkan’ ibu bapa Melayu daripada menghantar anak mereka ke sekolah ‘kafir’ berkenaan. Orang Melayu ketinggalan lagi. Salah siapa?

Apabila sampai zaman mengisi kemerdekaan, negara memerlukan ramai pelajar berkelulusan sains dan matematik. Orang Melayu seolah-olah ‘memekakkan telinga’ kepada seruan ini. Anak Melayu masih menumpukan kepada jurusan Sastera dan ‘memusuhi’ jurusan sains. Berbagai hujah disberikan oleh ‘penasihat-penasihat’ orang Melayu agar pelajar tidak mengikuti jurusan Sains dan matematik. Macam-macam alasan. Yang paling ‘menggelikan’ hati ialah kenyataan yang mengatakan bahawa orang Melayu sememangnya lemah dalam Sains dan Matematik. Entah dari mana mereka memperolehi teori demikian. Tetapi yang anihnya orang Melayu ‘termakan’ dengan kenyataan sedemikian. Orang Melayu seolah-olah menerima hakikat sedemikian. Orang Melayu semacam berpuas hati dan dapat ‘memujuk hati’ mereka bahawa sememangnya orang Melayu ‘lemah dan tidak berdaya’ dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu masih lemah berbanding dengan bangsa lain di dalam negara ini. Orang Melayu boleh dikatakan maju berbanding dengan keadaan orang Melayu zaman penjajahan. Tetapi sekiranya diukur dari segi pencapaian orang Melayu berbanding dengan kaum lain di negara ini, orang Melayu tetap lemah. Maka orang Melayu pun mencari kesalahan orang lain dan bukan mencari kesalahan diri sendiri. Maka yang menjadi ‘mangsa’ yang akan diletakkan kesalahan ialah pihak kerajaan dan kaum Cina yang menyebabkan orang Melayu lemah.

Sehingga kini masih terdapat golongan orang Melayu yang sentiasa mencari kesalahan orang lain daripada menyalahkan diri orang Melayu itu sendiri. Dan kerajaan kini, UMNO (BN) adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan sentiasa pula meletakkan kesalahan kepada orang lain yang menyebabkan orang Melayu lemah dalam berbagai lapangan. Kerajaan ‘Melayu’ ini semacam tidak mahu langsung mengaku kesalahan sendiri yang menyebabkan orang Melayu lemah.

Tidak dinafikan berbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan UMNO (BN) untuk memajukan orang Melayu semenjak kemerdekaan. Malah sebelum mencapai kemerdekaan telah dijalankan usaha untuk memajukan orang Melayu. Penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority) telah ditubuhkan semenjak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Tahun 1950 oleh Dato’ Onn Jaafar. Kemudian apabila setelah mencapai kemerdekaan berbagai rancangan pembangunan luar bandar dilaksanakan oleh kerajaan. Dan itu bermakna bahawa pihak kerajaan sememangnya perihatin dan berusaha untuk memajukan orang Melayu. Tetapi mengapa orang Melayu masih mundur.

Berpuluh rancangan FELDA ditubuhkan diseluruh negara. Sepatutnya peneroka FELDA sudah mencapai taraf hiduo mewah sekiranya hasrat penubuhan FELDA itu direalisasikan. Tetapi mengapa masih ramai peneroka FELDA yang masih tidak maju dalam kehidupan. Salah siapa? Peneroka pastinya menyalahkan kerajaan dan pihak kerajaan pula menyalahkan sikap peneroka yang terdiri dari orang Melayu. Sampai bilakan keadaan salah-menyalah ini akan berakhir?

Dalam lapangan pendidikan yang merupakan teras kemajuan sesuatu bangsa, kita merasakan yang orang Melayu telah berjaya dalam lapaangan ini. Betul. Berjaya dalam ertikata sekiranya dibandingkan dengan kejayaan orang Melayu dalam zaman penjajahan. Tetapi sekiranya dibandingkan dengan bangsa lain ketiak ini, kita masih jauh ktertinggal di belakang. Berbanding dengan negara-negara yang sedang membangun pun kita masih tidak jauh bezanya dengan mereka. Kita mula menuding jari ke arah satu sama lain. Kita menyalahkan kerajaan dan pihak universiti pula tidak mengaku kesalahan mereka. Dan mereka menyalahkan pihak kerajaan yang menyebabkan keadaan terjadi demikian. Dan akhirnya diletakkan juga kelemahan itu kepada sikap orang Melayu sendiri. Orang Melayu pula menyalahkan kerajaan dan pihak pengendali pendidikan. Masih salah menyalah.

Sampai bila kita mahu salah menyalahkan orang lain….

Pihak kerajaan UMNO (BN) harus bertegas untuk memajukan orang Melayu. Walaupun sudah agak terlambat tetapi belum lagi terlambat. ‘Better late than never’. Pemimpin kerajaan perlu mengkaui kelemahan selama ini yang menyebabkan orang Melayu masih belum maju. Para pemimpin perlu ‘berikhlas’ dengan sebenar-benarnya demi untuk memajukan orang Melayu. Aku yakin orang bukan Melayu di negara ini bersetuju sekiranya kerajaan betul-betul ingin memajukan orang Melayu disamping tidak mengabaikan kaum lain. Aku pasti mereka akan setuju. Mereka tahu bahawa yang mengecapi kemewehan di negara ini hanyalah segelintir orang Melayu sedangkan kebanyakan orang Melayu masih dalam keadaan miskin yang mungkin bertaraf ‘papa kedana’. Mungkin.

Pemberian BRIM tidak akan menjadikan orang Melayu kaya. Mungkin menyerronokkan orang Melayu buat sementara waktu.


abuhassanadam

12 Mei 2014

1 comment:

  1. Wow...!!.Such a candid and direct view on your own fellow Malays. Most likely, it will not go down well with them.

    I'm a Malaysian. Throughout my entire career, I have worked with countless Malays who are outright capable in their respective fields and earned my deepest respect and admiration.

    Among my travels everywhere around the world, I considered the Malays as one of the most friendly race I ever encountered. To me, that could be a double edge sword. The carefree, friendly and hospitable attitude may to a certain extend imbue the lack of competitiveness in them.

    People of this world hate the Jews and the Chinese. They look to them as locust plaguing and destroying everything in their way. Yet, the most successful people in this world happens to be also them. Do people hate the Jews and Chinese of their success. Jealous maybe, but the deep hatred I feel, is due to the character and attitude of the Jews/Chinese. Their relentless desire to achieve their goals. To a certain extend, the end justify the means.

    Just like a human mind or body. To bring it to the next level, there is no room for complacency or rest. An athlete will need to endure (putting aside natural born talents) more than the rest to be a champion. Likewise, the recipe is the same to be successful in any other endeavors.

    So is this bad ?. To be ruthless and relentless ?. It all depends from a person's point of view. If we are talking about progressing the world from an economics/technological point of view then by all means this should be the way. Look at how ruthless Steve Jobs, Jeff Bezos, Bill Gates and the rest of those Silicon Valley titans can be. Yet they are the one that make technological breakthrough. Lee Kun Hee, the omnipotent chairman of Samsung. Revered in South Korea as his Samsung group alone constitute 23% GDP of the entire South Korea. Yet he exhibits traits that lack the human warmth by not even attending his own daughter's funeral after she committed suicide.

    Coming back to your article. What is wrong with the Malays ?. Are they inferior ? or are they mentally incompetent ?. I seriously do not think so. What I do think is wrong, which fundamentally requires immediately major restructuring, is the political system in Malaysia.

    In their haste to win political clout, the Malay elites has sacrificed the majority Malays and their continuing effort to do so will only result in the further deterioration of the race. By conferring an athlete a gold medal without even requiring him to train at all is a recipe for disaster. Will such an athlete ever win a competition in a level playing field ? The NEP policies, local university quotas for both students and lecturers and all other forms of incentives, though good in intention, can only be a short term cure and shall never be used as a long term solution. This is akin to treating a patient with morphine for 30 years.

    The current political climate is extremely poisonous with the incumbent government, in its bid to hang on to power, is exploiting the use of racial issues and religious matters. This, in my view, will only polarize the country further with dire consequences in the long run. Maybe for the next 10 or 15 years, this tactic may give the current government the ability to hold on to power but only at the expense of our future generations.

    As in religion, there is no absolute right in one's opinion. Fair to say that for economics as well. Looking at how things are, I would rather be subject to absolute monarchy rule than to the current government. Even if it is a rule based on the Islamic principles of hudud which I am perplexed as to why others are vehemently objecting it. The focus should not be the rules but rather the administration and execution of it. Classic example would be our current legal system, which I believe is underpinned by the remnants of Anglo Saxon/Australian law. Anything wrong with it ?. I hardly think so. The problem is always the implementation of it.

    ReplyDelete