Monday, May 19, 2014

DYANA SOFYA – KEHADIRANNYA MENGGEMPARKAN

Ramai yang tidak sedar dan meluapai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak (negeri aku tu)  untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa ‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. Serupa juga dengan kemunculan Nurul Izzah dalam PRU12 yang lalu. Media sosial telah memberikan liputan yang cukup meluas kepadanya yang menyebabkan media arus perdana seolah-olah ‘terkapai-kapai’ cuba mengahadapi gelombang yang luar biasa ini. Samada media sosial tajaan UMNO (BN) atau media arus perdana hanya boleh ‘menentang’ dan ‘menghentam’ dari berbagai-bagai sudut mengenai Dyana sedangkan media sosial bebas pula terus menerus ‘menaja’ calon ini dengan memamaprkan kualiti yang
dimiliki oleh calon berkenaan tanpa menokok tambah.

‘Excitement’ yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’ di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaa politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini berkemungkinan bermakna bahawa rakyat sudah agak bosan melihatkan telatah wakil rakyat yang rasuah dan tidak menjalankan tugas dalam erti kata yang sebanrnya. Maka dengan kehadiran Dyana mereka mengharapkan agar memberikan tambahan tenaga baru kepada yang sedia ada seperti Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Pada peringkat awal Dyana telah menunjukkan kematangannya apabila berhadapan dengan kritikan-kritikan (yang melampau) dari pihak lawan apabila sudah muncul blog-blog yang cuba memfitnah beliau dengan menampailkan gambar seorang model Filipina  dalam keadaan yang agak menjolok mata, yang dituduh sebagai gambar beliau. Cara tindakannya menangani isu berkenaan telah memberi keyakinan banyak pihak bahawa ‘anak muda’ ini akan melangkah lebih jauh.
Dan cara beliau membalas kenyataan DS Shahrizat juga menampakkan kecerdikannya apabilau mengatakan,"I ask that she learns from my mother who herself is an Umno member but has realised that my candidacy by the DAP heralds a breakthrough for young women in politics, especially for young Malay women, who have long been held back by an inflexible, patriarchal structure in Umno. It is precisely this sort of negative attitude that originates from the crop of BN women leaders that has constantly robbed women of opportunities to lead in this nation” (Malaysiakini, May 18, 2014)     

Bagi aku Pakatan Rakyat  sudah mendahului zaman. Kemasukan Nurul Izzah bertanding di parlimen Lembah Pantai telah memberikan kejutan kepada banyak pihak. Ramai pada mulanya yang merasakan bahawa Nurul akan kehilangan deposit bertembung dengan DS Shahrizat pada ketika itu. Tidak terfikir oleh sesiapa pun pada ketika itu bahawa Nurul berjaya menewaskan Ketua Wanita UMNO berkenaan. Dan YB Nurul pada ketika itu baru berusia dalam lingkungan tiga puluhan. Jelas sudah menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa rakyat sudah mula mahu melihat perubahan berasaskan pertandingan Shahrizat-Nurul itu.

·      Pengundi, golongan muda khususnya mahukan orang muda menjadi calon mereka.
·      Mereka tidak memilih jantina untuk menjadi wakil rakyat mereka. Yang dipentingkan oleh mereka ialah bahawa calon yang bertanding mesti ‘bersih’

Kini Dyana Sofia pula akan ‘berentap’ dengan Timbalan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong. Dari segi usia jelas menunjukkan bahawa  Mah lebih berumur dari Dyana. Namun Dyana memiliki kualiti istemewa yang membolehkan beliau meyakinkan kepimpinan DAP meletakkan beliau (Melayu pulak tu) bertanding di situ."The party (DAP) has nominated me precisely because I strongly believe in the ideals of justice, equal opportunity and good governance’ katanya. Dan beliau telah menjawab balik tuduhan yang dilemparkan oleh DS Shahrizat kepada beliau. "Shahrizat and Puteri Umno should not belittle my intelligence and my ability to tell the difference between BN which protects the interest of the rich and powerful, and DAP which protects the rights of ordinary Malaysians, regardless of race, religion or creed," she said.(Malaysiakini May 18, 2014).

Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia. Jikalau sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa DAP adalah merupakan parti yang dimonopoli oleh masyarakat Cina, maka dengan kemasukan beberapa orang calon Melayu akhir-akir ini telah dapat mengubah pandangan masyarakat Malaysia bahwa sebenarnya Pakatan Rakyat, memperjuangkan rakyat Malaysia keseluruhannya dan bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Apatah lagi apabila melihatkan penglibatan secara aktif parti komponan Pakatan Rakyat ( PAS dan PKR) dalam PRK Jelutung dan Teluk Intan.

Pakatan Rakyat mungkin sudah berpengalaman apabila melihat tentang sambutan penuh semangat pengundi muda di PRK Kajang baru-baru ini. Telah terbukti bahawa orang muda dari berbagai kaum sudah mula memainkan peranan penting dalam perjuangan politik tanah air kini. Mereka sudah mula mengorak langkah seolah-olah memberikan isyarat kepada ‘orang lama’ bahawa mereka berhak menentukan nasib masa depan bangsa dan negara. Dan dengan sebab itu jugalah DAP mengemukakan caln muda di Gelugur dan calon muda (wanita) di parlimen Teluk Intan.

YB Khairy Jamaluddin seharusnya mengalu-alukan kehadiran Dyana Sofya dalam gelanggang yang diceburinya ini kerana beliau akan menolong melengkapkan rangkaian orang muda di arena politik tanah air (walaupun berlainan parti). Kini sudah sedia berada di parlimen tokoh-tokoh muda yang menjadi harapan bangsa sperti YB Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah dan sekiranya diizinkan Tuhan dengan kemenangan Dyana nanti akan menambahkan lagi tenaga muda yang akan mencerahkan lagi suasana politik di Malaysia.

abuhassanadam

19 Mei 2014

No comments:

Post a Comment