Sunday, May 11, 2014

KU LI KATA , “DULU KITA MEMANG HEBAT TETAPI KINI………”

Dalam ucapan penganugerahan ijzah kedoktoran kepada beliau di UITM, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata,’ "I still remember that at one time we were respected and praised in the international arena….At international forums we were often given the task of compiling the overall reports, composing the communiqué, moderating the discussion and the like…..We were given these tasks because of our relative superiority in ability to think and because of our command of English. Lamentably, this is no longer the case," Malaysiakini 10 Mei 2014.

Bagi aku satu kenyataan yang tepat pada masanya dihamburkan. Sudah sampai masanya kerajaan melakukan sesuatu tindakan demi memperbaiki keadaan ini. Sudah terlampau banyak ‘sosek-sosek’ diluar yang mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara kita sudah ‘kelam-kabut’. Yang berkata demikian bukan sahaja orang ramai  yang dulu tidak mahu mengambil tahu tentang pendidikan negara, tetapi juga para pesara pendidikan yang amat faham dengan perjalanan sistem pendidikan negara. Mereka ini juga ‘menggelengkan kepala’ apabila memperkatakan mengenai sistem pendidikan negara kini.

Mereka yang prihatin tentang persoalan pendidikan negara ini merasakan bahawa peneraju pendidikan negara kini patut dipersalahkan. Maknanya Menteri Pendidikan sememangnya bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku berkaitan dengan pendidikan negara kini. Seolah-olah mereka merasakan bahawa Menteri Pendidikan sengaja mahu membiarkan generasi yang akan datang dalam keadaan bodoh dan tolol supaya senang pihak pemerintah memperbodohkan mereka dalam apa suasana sekalipun. Kelihatan semacam begitu.

Golongan pendidik pula sudah tidak langsung ‘berani’ menyatakan sesuatu yang benar mengenai keadaan pendidikan negara, samada dari pihak perancang pendidikan peringkat atasan ataupun pelaksana di peringkat bawahan, ia itu kaum guru. Mereka dalam keadaan sepi sesepinya. Tidak ‘berketik’ walau sedikitpun. Ada beberapa sebab yang menyebabkan mereka tidak berani bersuara. Antaranya,

·      Mereka mendapat gaji yang cukup lumayan berbanding dengan para pendidik di zaman lampau. Rakyat umum mengalukan langkah kerajaan untuk membela nasib kaum pendidik di negara ini supaya setaraf dengan golongan pendidik di negara maju. Tetapi soalnya agak ramai yang telah ‘leka’ dan ‘lena’ akibat ‘kekenyangan’ dan tidak langsung berusaha untuk memajukan pendidikan negara. Mungkin golongan pendidik ini mempunyai idea untuk melakukan berbagai-bagai perubahan, namun disebabkan ‘kekenyangngan’ itu telah menyebabkan mereka agak berpuas hati dengan apa yang ada. Mungkin falsafah yang diamalkan ialah ‘ don’t rock the boat’. Ataupun mungkin mereka akan merasakan bahawa ‘perubahan’ yang dilakukan tidak disukai oleh pihak menteri dan pastinya akan mendapat kesusahan pula.
·      Mungkin ada dikalangan pendidik kita yang berani menyatakan sesuatu untuk memajukan perjalanan sistem pendidikan negara, tetapi disebabkan berbagai ‘ugutan’ yang ditujukan kepada mereka maka hasrat sedemikian hanya dipendamkan. Kementerian Pendidikan tidak perlu menafikan hakikat ini kerana keadaan sedemikian telah merupakan ‘an open secret’. Para guru yang cuba mengkritik kerajaan akan ditukarkan ke suatu tempat yang berkemungkinan menyusahkan diri guru itu. Ini telah berlaku dan kadang-kadang merupakan sebagai satu amalan pula.
·      Kesatuan dan persatuan guru-guru seolah tidak wujud lagi di negara ini. Senyap sesenyapnya. Sepi sesepinya. Apakah masih ada lagi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB)? Sudah agak lama tidak kedengaran ‘suara’ mereka. Apakah NUTP (National Union of Teaching Profession) sudah tidak mempunyai ‘kuku’ lagi seperti pada zaman-zaman keagungan mereka dulu? Dan ke mana perginya Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab (KGGLM) dan kesatuan guru agama. Apakah mereka masiih wujud ataupun para pemimpinnya sudah ‘kekenyangan’ juga disebabkan berbagai ‘habuan’ yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Sepatutnya merekalah merupakan ‘telinga’ dan ‘mata’ kerajaan yang akan memberikan pandangan tentang perjalanan sistem pendidikan negara.

YB Tengku Razaleigh mengimpikan keadaan di mana anak-anak Malaysia begitu berjaya dalam lapangan pendidikan seperti mana yang pernah dialami suatu ketika dahulu.  Bukan sahaja Ku Li yang mengharapkan begitu, malah seluruh rakyat Malaysia mengharapkan sedemikian. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah amat kecewa dengan keadaan Kementeri Pendidikan Malaysia kini. Seolah-olah mereka tidak pernah lagi melihat keadaan ‘kelamkabut’ seperti yang berlaku kini.

Rakyat yang berada di kampung-kampung pun sudah mula mempersoalkan tentang begitu ramai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan ‘cemerlang’ dalam peperiksaan PMR dan SPM sedangkan kualiti yang sebenarnya tidak begitu menyerlah, apatah lagi apabila dibandingkan dengan kualiti pelajar dari negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea dan sebagainya. Dengan negara Vietnam pun kita sudah ketinggalan. Mungkin kita nampak ‘hebat’ jika dibandingkan dengan setengah negara-negara di Afrika agaknya.

Golongan berada di bandar dan termasuklah juga para pemimpin kerajaan sedar tentang kelemahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita kini. Ini didasarkan kepada sikap mereka yang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah antarabangsa swasta yang sudah banyak bertaburan di negara ini sekarang. Memperlihatkan bahawa mereka amat sedar tentang keemahan itu. Lantas mereka tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan dalam pelajaran. Dan langkah yang diambil oleh mereka ialah menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah swasta. Ini disebabkan mereka terdiri dari golongan berada….

Bagaimana dengan anak-anak golongan yang tidak berada yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu?

Mereka ‘terpaksa’ berpuas hati belajar di sekolah-sekolah kerajaan walaupun mereka sedar yang taraf pendidikannya jauh lebih rendah dari sekolah swasta, tempat anak-anak golongan berada menuntut ilmu.

Aku teringat kata-kata Allahyarham Aminuddin Baki, “ayam mati di kepuk padi, itik mati kehausan di air tenang’….

abuhassanadam
11 Mei 2014


1 comment:

  1. Perihal kemerosotan mutu atau kualiti urustadbir negara termasuk pendidikan telah banyak diutarakan oleh golongan NGO sejak tahun 80-an lagi, tapi UMNO buat pekak aje malah membalas mengatakan sebaliknya. Pertama pemimpin UMNO sejak dari Tungku lagi memang tak ada kaliber melainkan syok dengan mengatakan : " I am the happiest PM in the world". Tun Razak adasedkit kalibernya dan meletakkan orang kaliber dalam kementerian. Tapi mulalah kemerosotan urustadbir apabila PM seterusnya sehingalah Najib mengambil alih dan lihat mereka yang menerajui semua kementerian, tidak ada kaliber, tak boleh articulate baik dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris dengan jelas, tiada konsep nak mengurustadbir negara dengan baik melainkan main sentimen 'Melayu akan dibaham oleh orang Cina dan Kristian", maka kena kuatkan akidah orang Melayu bangan dan memperkasakan dokrin Ketuanan Melayu dan sokong parti keramat Melayu UMNO jika nak move on.Cukup bosan sekali dan golonan progresif betapa komited sekali nak dapatkan perubahan masih berada dalam senario 'too near yet so far away'. Apalah nasib benggong Malaysia, ada pemimpim bangan dan cukup sulit nak tendangkan mereka.Pemimpin Melayu bagan sedang mengawal minda rakyat Malaysia. Harap dapat pencerahan pada PU ke-14 nanti.

    ReplyDelete