UMNO ITU MELAYU TETAPI MELAYU BUKAN
UMNO
Perkembangan terkini di PRK Teluk Intan telah
jelas memberikan gambaran bahawa UMNO tidak lagi mewakili orang Melayu,
walaupun pemimpin UMNO melaungkan bahawa UMNO itu milik orang Melayu. Begitu
juga dengan parti MCA dan MIC yang tidak lagi mewakili orang Cina dan orang
India di Malaysia. Sekiranya masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang merasakan
demikian seolah-olah mereka sedang bermimpi di siang hari.
Sekali air bah dan sekali pasir berubah.
Sekadarkan pemimpin UMNO yang tidak mahu melihat akan perubahan itu. Mungkin
juga mereka melihat perubahan itu berlaku tetapi mereka tidak mahu mengakui
bahawa perubahan sedang berlaku. Pemikiran mereka masih berada di takuk lama.
Mereka masih merasakan bahawa orang Melayu Kurun ke 21 masih berfikiran seperti
orang Melayu pada tahun-tahun 1950an. Mereka lupa bahawa zaman beredar dan
pemikiran manusia juga bergerak seiring dengan zaman yang dilaluinya.
Orang Melayu menentang cadangan Dato Onn untuk
membukakan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 dan seterusnya
mengubah nama United Malay National Organization kepada United Malayan National
Organization. Cadangan Dato Onn ditolak oleh UMNO yang menyebabkan beliau terus
meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada ketika itu. Tahun 1951. Pemikiran
Dato Onn mendahului zaman. Lantas tidak diterima oleh orang Melayu yang
berfikiran sedemikian pada ketika itu.
Dulu antara PAS dan DAP adalah seperti ‘anjing
dengan kucing’ yang sentiasa ‘bercakaran’. Hanya pemimpin yang berfikiran jauh
sahaja yang boleh beramalkan ketika itu bahawa PAS dan DAP akan menjadi rakan
karib dalam perjuangan membela nasib bangsa di Malaysia seperti yang dapat
dilihat di PRK Teluk Intan sekarang. Tidak ada siapa yang boleh menjangkakan
bahawa kepimpinan tertinggi sanggup memberikan sokongan yang tidak ada tolak
bandingnya dalam sejarah perjuangan mereka demi untuk memenangkan calon DAP.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa PAS bertungkus
lumus di PRK Teluk Intan disebabkan oleh calonnya yang terdiri dari orang
Melayu. Mungkin juga. Namun sejarah kerjasama PAS,DAP dan PKR telah terjalin
dengan begitu erat dalam banyak PRK dan
PRU yang telah diadakan sehingga hampir-hampir menumbnagkan kerajaan BN dalam
PRU 13 yang lalu.
Sememangnya PRK Teluk Intan menyaksikan berbagai perubahan
dan perkembangan politik di Malaysia. Ia lebih merupakan satu perkembangan yang
akan mencetuskan ‘chain reactions’ selepas ini. Maknanya apa yang berlaku di
Teluk Intan hanya merupakan satu permulaan dan berbagai-bagai perkembangan lain
yang menakjubkan akan berlaku selepas ini. Mari kita renungkan senario berikut,
·
Pertama
kali dalam sejarah Malayisa seorang gadis
Melayu yang berusia 27 tahun menjadi calon DAP dalam kawasan yang
pengundinya hampir sama bilangannya antara Melayu dan bukan Melayu. Dan
lawannya ialah seorang calon veteran dari BN ( Presiden parti Gerakan), seorang
bukan Melayu yang pernah pun memenanngi kawasan ini satu masa dahulu.
Kita tidak dapat meramalkan keputusan PRK ini
nanti. Sekiranya pengundian dijalankan dalam suasana yang betul adil dan
saksama maka mengikut ramalan pengundi di Teluk Intan jelas menunjukkan bahawa
Dyana Sofia akan mendapat tempat di Parlimen Malaysia nanti dan mencipta
sejarah sebagai wakil rakyat Melayu (wanita) pertama mewakili DAP. Keadaan itu
akan berlaku sekiranya PRK ini berjalan tanpa ‘gangguan-gangguan’ pihak
tertentu.
Pendek kata PRK Teluk Intan telah menjadi ‘eye
opener’ kepada rakyat Malaysia keseluruhannya dan kepada penduduk Teluk Intan
khususnya. Ramai penduduk Teluk Intan yang ‘membisikan’ bahawa mereka tidak
pernah lagi menyaksikan satu fenomena yang agak luar biasa yang berlaku di
Teluk Intan ini. Jikalau DAP adalah merupakan parti politik yang agak renggang
dengan orang Melayu di kawasan ini tetapi kini sudah menjadi sesuatu yang ingin
didekati. Banyak faktor yang boleh dijadikan alasan mengapa keadaan terjadi
demikian.
Sekiranya keadaan sebegini berlaku d Teluk Intan,
maka adalah tidak mustahil keadaan sedemikian juga boleh berlaku di
tempat-tempat lain di Malaysia dalam masa akan datang menjelang PRU14. Teluk
Intan sudah boleh djaidikan ‘bahan ujikaji’ para penganalisis politik tanah air
bagi menentukan arus masa hadapan kepimpinan negara.
Dan yang penting yang perlu difikirkan oleh UMNO
khususnya ialah bahawa UMNO tidak boleh lagi mendabik dada yang mereka mewakili
orang Melayu kerana parti lain seperti PAS, PKR dan DAP juga sudah boleh
mengatakan bahawa mereka juga mewakili rakyat Malaysia (termasuklah orang
Melayu). Dan mungkin juga pemimpin UMNO sudah menyedari hakikat ini. Cuma mungkin
mereka tidak mahu mendedahkan keadaan ini disebabkan kebimbangan akan
merendahkan moral pemimpin-pemimpin UMNO
di peringkat akar umbi. Mungkin.
Namun sesuatu yang jelas dan perlu
diperjelaskan ialah bahawa sekiranya ada
kumpulan UMNO yang mengatakan bahawa mereka mewakili orang Melayu untuk
melakukan sesuatu tindakan seperti mana yang berlaku ke atas Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang tempoh hari, maka mereka
tidak ada hak langsung untuk membuat pengakuan sedemikian.
Orang Melayu tidak berkelakuan sebiadab itu….
Abuhassanadam
30 Mei 2014
PS
Didapati "ANTARAPOS" telah beberapa kali menggunakan nama saya Abu Hassan Adam untuk artikel yang disiarkannya. Saya tidak pernah memberi apa-apa sumbangan artikel kepada blog berkenaan dan tidak pernah menulis artikel bagi pihak berkenaan dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
Harap maklum.
abuhassanadam
PS
Didapati "ANTARAPOS" telah beberapa kali menggunakan nama saya Abu Hassan Adam untuk artikel yang disiarkannya. Saya tidak pernah memberi apa-apa sumbangan artikel kepada blog berkenaan dan tidak pernah menulis artikel bagi pihak berkenaan dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
Harap maklum.
abuhassanadam
Sdr Hasan, imbasan sejarah yang tepat pada masanya. Bagi orang Cina di Malaysia, lontaran gelaran anti-Melayu dan anti-Islam adalah taktik politik UMNO semata-mata. DAP jelas memperjuangkan demokrasi dalam ertikata yang lebih mendekati takrifan asalnya. UMNO itu sebenarnya kesultanan baru berselindung di sebalik tabir demokrasi.
ReplyDeleteSaya berharaf semoga Tuhan memberkati usaha murni setiap insan yang bertungkus lumus merapatkan hambanya yang berbilang kaum di negara ini dan melindungi mereka daripada usaha-usaha golongan pembenci dari menghalang mereka.