SUDAH LAMA TAK KE TELUK ANSON
Sudah agak lama aku tidak pergi ke Teluk Anson (sekarang
dipanggil Teluk Intan). Sebenarnya jikalau aku tak silap, nama sebenar tempat
ini ialah Teluk Mak Intan. Ada dua orang sejarawan terkemuka negara yang
merupakan penduduk asal Teluk Anson. Prof Khoo Kay Kim dan Prof Zainal Abidin
Wahid. Mereka boleh mengesahkannya. Apabila mereka memperkatakan sesuatu
mengenai sejarah Teluk Mak Intan, siapa pun tak boleh lawan. Mereka berwibawa
dalam hal ini.
Teluk Intan bukan kampung aku, tetapi semacam
kampung aku juga. Ramai kawan-kawan rapat tinggal di Teluk Intan. Cikgu Nordin
Mahmud (sekarang dah Dato’), Tuan Haji
Yahaya Othman, Tuan Haji Dollah, Cikgu Bakir ( arwah) dan ramai lagi. Mereka sememangnya
kawan rapat. Ingat selalu walaupun dah lama tak jumpa.
Dulu-dulu sememangnya aku amat gemar ke Teluk
Intan ataupun apabila pulang ke Padang Rengas melalui Teluk Intan. Ini ‘cerita’
tahun-tahun 80an. Mengapa aku suka melalui Teluk Intan. Ada beberapa sebab.
·
Aku
dapat menikmati alam yang dihiasai dengan sawah padi terbentang terutama
apabila waktu petang ketika matahari hampir terbenam. Dengan sebab itulah aku
pastikan mesti sampai di Teluk Intan waktu petang supaya dalam perjalanan aku
ke Sabak Bernam aku dapat menikmati suasana alam yang amat indah itu. Mungkin
keadaan sedemikian sudah tidak ada lagi. Mungkin agaknya sudah dijadikan
kawasan perumahan.
·
Nenas
Selabak sememangnya manis berbanding dengan nenas-nenas yang terdapat di tempat
lain. Oleh itu antara ‘agenda’ aku melalui Teluk Intan adalah untuk membeli
nenas di sana disamping membeli buah-buahan lain yang terdapat sepanjang jalan
dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.
Kini Teluk Intan sudah menjadi ‘buah mulut’ di
seluruh Malaysia disebabkan pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama
lagi. Yang menyebabkan luar biasa ‘riuh-rendah’nya adalah disebabkan calon yang
akan bertanding dalam PRK berkenaan. Calon Barisan Nasional agak kurang
diperkatakan, walaupun beliau merupakan Presiden parti Gerakan. Yang menjadi
heboh ialah disebabkan kehadiran Dyana Sofia dari DAP. Agak aku ramai orang
Teluk Intan yang ‘pening’ juga melihatkan keadaan yang wujud. Mereka tidak
terfikir yang Teluk Intan akan menjadi begitu popular disebabkan Dyana Sofia.
Dyana terpaksa berhati-hati dalam mengharungsi
arus politik yang sentiasa mencabar ini. Terpaksa kena ingat bahawa masyarakat
Melayu penuh dengan adat dan tata susila. Kena selalu ingat peribahasa Melayu,’
masuk kandang kambing mengembik dan masuk kandang lembu menguak’. Peribahasa
orang putih juga ada mengatakan,’when you are in Rome do what the Romans do’.
Tetapi kena ingat juga bahawa anda berada di Teluk Mak Intan! Dan kena ingat
juga apabila membuat kenyataan. Peribahasa Melayu juga mengatakan, ‘ terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata bururuk padahnya’. Dan orang tua-tua ada
juga berkata, ‘kena ikut rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi dan jangan
ikut rasmi lalang…”
Aku tidak dapat meramalkan keputusan PRK nanti,
tetapi yang pastinya ialah kemunculan Dyana telah menimbulkan ‘huru-hara’ yang
agak luar biasa. Yang agak peliknya Tun mahathir pun ‘tumpang semangkuk’
memperkatakan tentang kemunculan Dyana. Kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti
Tun Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK sebegini, apatah lagi
apabila calonnya merupakan calon muda. Dan tentulah tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir
mencampuri urusan sedemikian.
Ramai rakyat mula mempersoalkan mengapa Tun
Mahathir ‘berkelakuan’ sedemikian. Memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu
bapa UMNO’ yang seolah-olah ‘salah asuh’ anak-anak mereka sehinggakan sanggup ‘menderhaka’
kepada parti UMNO seperti yang dilakukan oleh Dyana. Seolah-olah Tun Mahathir
amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan. Seolah-olah Tun
Mahathir sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti UMNO (BN)
tidak lama lagi.
Hanya Tun Mahathir yang dapat merasakan….
abuhassanadam
21 Mei 2014
Tun Mahathir is a very intelligent and far sighted leader. He can see and think miles ahead of the present UMNO leadership.
ReplyDeleteHe can see that Cik Dyana is not only a threat to Dato Mah, who is the Gerakan president, or the one parliamentary seat of Teluk Intan. Cik Dyana is a real threat to the survival of UMNO as a whole.
Cik Dyana represents the NEW generation of educated,independent minded and principled driven Malay individual. Her courage in accepting this new challenge is what really worried Tun Mahathir. For her bravery in facing the relentless vilification,slender etc.etc head on will eventually lead to many more of this breed of Malay youth to break out from the cocoon that has wrapped them up for such a long time by UMNO through various means.
There will be hundreds and thousands of Dyanas who are going to appear to challenge the feudalistic ideals of UMNO. The UMNO leadership will be facing an uphill battle when this wind of change started blowing, for Cik Dyana has started the first ripple.
For this reason, Cik Dyana will be facing the whole of the BN machinery, and if she manage to come out victorious, her victory will mark the beginning of a new political landscape in our beloved country. The impact will be far reaching,even surpassing the impact of Dato Seri Anwar Ibrahim's sacking from UMNO in 1998.
For the sake of our beloved and most blessed country Malaysia, I pray hard that God will guide Cik Dyana towards a victorious outcome and for her courage and her sacrifice I say thank you from the bottom of my heart.