DYANA MENYEBABKAN PEMIMPIN UMNO
(BN) GABRA
Pencalonan Dyana sebagai calon Pakatan Rakyat
kawasan pilihan raya Teluk Intan telah
menimbulkan suasana panik dan cemas dikalangan pemimpin UMNO yang merasakan
bahawa kehadirannya akan menggugat ‘status quo’ yang ada sekarang. Walaupun
tidak dinyatakan tentang kerisauan yang melanda UMNO (BN) namun dilihat dari
segi tindakan beberapa orang pemimpin jelas menampakkan bahawa kehadiran Dyana
sememangnya ‘menggugat’. Ada semacam persamaan suasana ketika DS Anwar Ibrahim
berhasrat untuk bertanding dalam PRK kajang tempoh hari.
Yang menghairankan mengapa kehadiran Dyana dalam
politik begitu diambil perhatian oleh masyarakat di Malaysia. Mungkin rakyat
tahu jawapannya mengapa DS Anwar Ibrahim dibimbangi bertanding di PRK Kajang,
tetapi ramai rakyat masih belum dapat memberikan jawapan yang tepat mengapa
anak muda bernama ‘DYANA” begitu ‘dirunsingkan’ oleh setengah pihak dan
disanjungi oleh banyak pihak lain.
Sebenarnya rakyat di Malaysia sudah agak
‘runsing’ dan kecewa dengan keadaan negara kini dan sentiasa menunggu
kedatangan suatu ‘petunjuk’ yang boleh
mententeramkan perasaan rakyat yang
dalam ‘keadaan duka lara’ itu. Rakyat menunggu kehadiran pemimpin yang
boleh mencetuskan suasana perubahan dalam negara dan yang boleh mengangkat dan
mengubah kehidupan yang dikira agak ‘statik’ ini, sesuai dengan kemajuan yang
dicapai oleh masyarakat yang hidup dalam Kurun ke 21.
Idealisme dan prinsip perjuangan Dyana dapat
menambat hati rakyat Malaysia dari berbagai keturunan. Beliau diterima dengan
sepenuhnya oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain yang merasakan bahawa beliaulah
merupakan tokoh ‘tulin’ yang akan memperjuangkan rakyat Malaysia tanpa mengira
agama dan warna kulit. Namun begitu kesediaannnya untuk terus membela rakyat
miskin terutamanya orang Melayu di kampung semangnya mendapat pujian semua
pihak.
Satu hal yang agak luar biasa
mengenai kemunculan Dyana ialah ‘response’ yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir
yang merasakan bahawa, "It's not a bother if the candidate comes from a
pro-opposition family as from small, she would have been taught to hate Umno.As
parents, Umno members should tell their children about Umno, its history and
what it has done (for country and people).Otherwise when they grow up, they
will do as they please," sebagaimana yang dilaporkan Bernama dan disiarkan oleh
Malaysiakini bertarikh 19 Mei 2014.
Saranan Tun Mahathir kali
ini agak janggal bagi aku. Sekiranya tidak salah ‘penghazaman’ aku mengenai
kenyataan berkenaan ialah bahawa Tun Mahathir merasakan bahawa tidak patut
benar anak seorang ahli UMNO boleh ‘terpancut keluar’ menyokong parti lain.
Maknanya bagi Tun Mahathir, anak seorang ahli UMNO semestinya selama-lamanya
menyokong perjuangan UMNO walaupun dirasakan bahawa perjuangan UMNO itu sudah agak
ketinggalan zaman dan tidak menepati perjuangan asal UMNO sebagaimana yang
telah asaskan oleh pejuang-pejuang UMNO yang terdahulu. Atas dasar dan
‘kefahaman’ yang sedemikian jugalah agaknya media sosial pro UMNO mengedarkan
gambar Dyana bersama dengan Dato Ibrahim Ali dengan harapan agar pengundi Teluk
Intan tidak akan mengundi Dyana disebabkan persahabatan Dyana dan ibunya dengan
pemimpin Perkasa demikian. Ceteknya pandangan sesiapa sahaja yang berfikiran
demikian. Dalam hal sedemikian sudah tentulah aku tidak sependapat dengan Tun
Mahathir.
Kenyataan DS Shahrizat yang
meningatkan Dyana agar jangan jadi pengkhianat (traitor) merupakan kenyataan
yang kasar yang tidak sepatutnya terkeluar dari seorang pemimpin yang
menggelarkan diri sebagai pemimpin Wanita UMNO. Beliau sepatutnya merenung diri
sendiri dan harus juga menyoal siapakan yang sebenarnya pengkhianat kepada
negara. Dan beliau juga seharusnya melihat dan ‘meneropong’ peribadi kebanyakan
pemimpin di negara ini yang berkemungkinan sesuai untuk dilabelkan sebagai
seorang pengkhianat. Dan eloklah dimulakan ‘peneropongan ‘ itu kepada diri dan
keluarga beliau terlebih dahulu sebelum menasihati dan meletakkan label
berkenaan kepada Dyana.
Aku gembira melihatkan
jawapan yang diberikan oleh Dyana yang langsung tidak menampakkan tindakan
biadap kepada seorang yang lebih tua walaupun jawapannya agak ‘pedas. Beliau mengatakan
“I take it as good advice. I would never become a traitor for Malaysia, don’t
worry,”Seolah-olah memberikan ingatan bahawa beliau tidak akan mengkhianati
negara dan bangsa Malaysia sepertimana yang pernah dilakukan oleh kebanyakan
pemimpin negara yang hanya ‘sedap bercapak tetapi sebenarnya ‘cakap tak selupa
bikin’.
Dan aku juga ‘bingung’
mengenangkan saranan dan pandangan seorang Timbalan Menteri bagi negara
Malaysia yang mengaitkan seseorang calon dengan alma maternya. Ada yang
mempersoalkan tentang Dyana yang berkelusan dari UITM menjadi calon atas tiket pakatan rakyat. Pada
anggapan mereka sepatutnya Dyana tidak bersikap begitu. Sepatutnya Dyana
menjadi ahli UMNO ‘untuk mempertahankan negara’.
Jawapan Dyana
memberangsangkan.“UiTM is also built with taxpayers’ money…..The extent of this
‘forced takeover’ of UiTM by Umno has even resulted in Umno leaders labelling
me a traitor for being a candidate of DAP.…….Apparently according to these Umno
leaders, UiTM alumni are not supposed to do that. When did joining UiTM made us
Umno members?……It is highly ironic that Umno is claiming that UiTM students should
support Umno as this is the same party that discourages students from being
active in politics," (Malaysiakini)
abuhassanadam
20 Mei 2014
No comments:
Post a Comment