TINDAKAN PAS MENGHADAPI KRISIS
POLITIK DI TERENGGANU AMAT TERPUJI
Ditinjau kenyataan yang dibuat oleh rakyat
Malaysia melalui blog, facbook, tweeter mengenai krisis politik di Terengganu
kini menyatakan (secara menyindir) bahawa
‘ringgit’ boleh menyelesaikan
krisis politik di Terengganu. Ini persepsi rakyat. Dan rakyat melalui sosial
media sudah berani melahirkan fikiran mereka dengan berani mengatakan bahawa
kebanyakan pemimpin di Malaysia kini hanya mementingkan ‘ringgit’ dan bukan
lagi seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang begitu mementingkan prinsip
perjuangan. Walaupun tidak semua yang berperangai begitu, namun persepsi rakyat
mengatakan bahawa ramai pemimpin yang bersikap demikian.
Setiap tindakan pemimpin diperhatikan dengan
penuh minat oleh rakyat. Cuma ada dikalangan pemimpin yang merasakan bahawa
rakyat di Malaysia masih tidak cerdik dan tidak dapat menilai apa yang
dilakukan oleh pemimpin mereka. Keadaan ini dikaburi oleh tindakan setengah
media arus perdana yang merasakan bahawa apa yang dilaporkan oleh mereka
sentiasa ‘dipercayai’ oleh rakyat. Suasana kini sudah tidak begitulah lagi
keadaannya, apatah lagi dengan kemunculan media sosial yang berbagai-bagai
bentuk yang boleh dilayari dimana saja.
Persepsi rakyat merasakan bahawa wang memainkan
peranan yang cukup penting dalam menyelesaikan krisis seperti di Terengganu
itu. Dan mereka terus menyatakan bahawa keadaan yang berlaku di Terengganu ini
adalah sama dengan keadaan krisis yang berlaku di Perak dan terus terang
menyatakan bahawa wang berperanan dalam menyelesaikan krisis berkenaan,
walaupun mereka tidak dapat melengkapkan hujah mereka dengan bukti kukuh.
Sekiranya majoriti rakyat beranggapan sedemikian
rupa, memberikan pengertian bahawa prinsip perjuangan dan maruah sudah
diketepikan oleh kebanyakan pemimpin di negara ini. Maknanya kebanyakan
pemimpin kita hanya ‘bertuhankan’ wang ringgit. Maknanya apa yang diperjuang
dan diperkatakan oleh bakal pemimpin itu hanya sebagai ‘perhiasan’ untuk
melayakan diri mereka bergelar pemimpin dan tidak lebih dari itu.
Walaupun majoriti rakyat tidak dapat memberikan
bukti bahawa politik wang sedang bermaharajalela di Malaysia, namun dapat
dirasakan bahawa fenomena sedemikian berlaku di mana-mana. Rakyat tentulah
tidak sebodoh sebagaimana yang dianggapkan sehingga tidak dapat melihat ‘
kelibat ikan di air yang pastinya akan tahu jantan betinanya’. Dan rakyat juga
tentulah tidak membuat tuduhan melulu sekiranya ternampak ‘pokok bergoyang yang
pastinya ada angin yang meniupnya’. Bak kata orang putih,’there is no smoke
without fire’.
Sudah terlalu banyak hal yang sebegini
diperkatakan dan aku hanya sekadar ‘menghidangkan nasi basi’. Sebagai orang
tua, tentulah aku merasa begitu sedih melihatkan perkembangan dan tingkah laku
pemimpin yang sebegini. Dan pemimpin Melayu pula yang sentiasa ‘menjeritakan’
slogan ‘hidup Melayu’ sedangkan perangai mereka tidak menampakkan bahawa mereka
mengamalkan sikap dan peribadi Melayu tulin.
Aku terpanggil untuk memperkatakan tentang
tindakan pemimpin negara yang terdahulu. Sebenarnya ‘harimau mati meninggalkan
belang dan manusia mati meninggalkan nama’. Dan sebenarnya mereka meninggalkan
nama apabila mereka sudah tiada. Dan mereka tidak ‘meninggalkan wang’ setelah
mereka meninggal. Aku tidak pernah dengar rakyat memperkatakan tentang kekayaan
Tunku Abdul Rahman ataupun Tun Abdul Razak atau pun Tun Hussein Onn. Mungkin
aku tidak tahu.
Dan banyak lagi pemimpin politik yang terdahulu
yang semata-mata berkorban untuk kemajuan bangsa dan negara. Wang dan ringgit
tidak didahulukan oleh mereka dalam merangka perjuangan untuk bangsa dan
negara, sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini dimana dapat dilihat
dengan jelas yang prinsip perjuangan lama telah diabai dan ditinggalkan.
PAS telah menunjukkan contoh dan teladan yang
cukup terpuji dalam menangani krisis politik di Terengganu dengan mengambil
sikap tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga
wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di
Perak pada tahun 2009. Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya
PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan)
pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini sebagaimana yang dilaporkan
oleh Malaysiakini bertarikh 13 Mei 2014.
Pastinya keadaan di Terengganu
dan sikap pemimpin PAS ini amat berbeza dengan tindakan setengah golongan dalam
kemelut politik di negeri Perak pada
2009 dulu. Saiful menyatakan, "Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif
itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi
kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.
Semoga amalan yang sebegini berjaya
dan dirberkati Allah dalam segala usaha
yang murni.
Abuhassanadam
13 Mei 2014
No comments:
Post a Comment