Sunday, March 31, 2013

RAKYAT MELUAT


RAKYAT  MELUAT

Lester Thurow dalam bukunya, “ HEAD to  HEAD’ ada mengatakan, “ In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that she would. She lost her job because she insisted on palying the old twentieth-century economic game. She simply would not recognize that the world had changed and that she would have to change with it. She would not play the twenty-first century’s economic game”

Itu kata Lester Thurow. Jikalau mengikut fahaman aku pula ialaha Margaret Thatcher kalah dalam pilihanraya di Great Britain kerana dia tak ikut zaman. Ketinggalan zaman. Berfikir cara lama, sedangkan dunia sudah berubah. Orang lain dah mula berfikir cara Kurun ke 21, sedangkan dia masih merangkak cara berfikir Kurun ke 20.

Sekiranya kalah BN dalam pilihanraya akan datang maka sebab kekalahannya adalah lebih kurang sama dengan apa yang dialami oleh Margaret Thatcher itu. Berfikir cara lama. Kalaupun DS Mohd Najib sudah mula berfikir mengikut rentak baru – rentak Kurun ke 21 – tetapi masih ramai pengikutnya masih mengikut cara lama. Selesa denga cara lama. Syok sendiri!

Bayangkanlah masih ada terdapat wakil rakyat Barisan Nasional, khususnya UMNO  yang tidak tahu menggunakan komputer. Tidak tahu bagaimana nak akses ke internet. Tak tahu apa dia E-mail. Tak tahu Facebook. Twitter. Nak memetik keybord pun terketar-ketar tangannya. Bagaimana boleh mereka berkomunikasi dalam dunia maya yang sedang berkembang dengan amat pantas ini.

Rakyat tidak boleh memaafkan sekiranya ada wakil rakyat mereka yang buta komputer. Mintalah simpati sebanyak manapun dengan kata-kata “ aku dari generasi lama…tak tahu menggunakan komputer’ rakyat tidak akan dapat memberikan simpati. Mereka seharusnya belajar menggunakannya.  Era komputer di Malaysia mula dikenali pada tahun-tahun 1980an. Ini bermakna negara  ini adalah antara negara terawal di dunia yang sudah mula berjinak dengan teknologi komputer. Sudah 30 tahun. Tetapi malangnya rakyatnya yang memiliki ‘ Third World mentality” masih berada di takuk lama. Tidak mahu belajar cara baru. Terutama pemimpinnya. Bukanlah semua……

Masih ramai yang menganggap bahawa rakyat di negara ini masih bodoh, tongong, tengin ( loghat Perak). Mereka masih mengatakan bahawa orang kampung adalah golongan yang boleh ditipu, boleh ‘digula-gula’. Mereka silap. Sebenarnya mereka yang bodoh, silap, tongong. Mereka sebenarnya yang tidak mengikuti perkembangan. Macam Margaret Thatcher juga!. Sebenarnya orang kampung sudah pandai, peka dengan keaadaan sekeliling. Bukan lagi tengin seperti mana pada zaman tahun-tahun 50an dulu. Aku tahu perkara ini sebab aku selalu berhubung dengan kawan-kawan lama di kampung. Melalui E-mail, Twitter, Facebook……….. Jangan main !

Yang kelakar pada fikiran aku ialah masih ada pemimpin yang bercakap dengan orang di kampung sepertimana pemimpin zaman Tunku Abdul Rahman bercakap dengan orang kampung.

·      Cuba tengok disekeliling kita. Ada jalan raya. Dulu takda. Tengok…berapa buah sekolah dah kita bina. Ada sekolah menengah, sekolah teknik, sekolah pertanian. Lepas itu kita bina klinik. Tak susah lagi nak panggil Wan Gebor ( bidan kampung) untuk sesiapa yang nak bersalin. Ada bidan kerajaan.
·      Bayangkan begitu banyak jasa dan sumbangan kerajaan pada kawasan ini. Kerajaan BN  lah yang dapat melakukan semua perkara ini.
Pemimpin yang tengin ini merasakan bahawa kenyataan sedemikian dapat meyakinkan rakyat. Dia lupa bahawa rakyat sudah pandai berfikir bahawa jikalau kerajaan manapun yang memerintah, kerajaan berkenaan akan melakukannya. Rakyat tahu bahawa yang membina segala infrastruktur bukanlah wang UMNO atau BN. Wang kerajaan. Hasil kutipan cukai dari rakyat. Orang kampung sudah tahu. Mereka sudah cerdik. Bukan lagi bangang atau tengin.

Malah mereka tahu bahawa ramai wakil rakyat mereka yang rasuah. Bukanlah semua. Mereka tahu bahawa harga sebuah masjid di kampung mereka itu bukan berharga 1.2 juta. Mungkin dalam lingkungan RM 400 ribu sahaja.Mereka tahu jalanraya dikampung mereka tidak dibina mengikut spesifikasi. Mereka lihat bagaimana pemimpin-pemimpin kecil di kampung mereka mampu memiliki sebuah kereta import dan bebrapa buah kereta Proton. Dan entah berapa buah biji motosikal yang dimiliki oleh anak-anaknya. Mereka lihat. Mereka bukan bodoh atau tengin.

Mereka tahu. Mereka dengar pula  berbagai cerita rasuah dan penyelewengan yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin besar di peringkat nasional.

·      Mereka diberitahu oleh anak-anak mereka dan berbagai-bagai sumber lain tentang kisah rasuah dan komission yang  melibatkan pemimpin-pemimpin besar.
·      Mereka tahu sebab-sebab mengapa mereka terpaksa membayar harga letrik yang mahal.
·      Mereka hairan mengapa harga minyak tidak boleh diturunkan sedangkan negara Malaysia adalah pengeluar minyak.
·      Mereka hairan mengapa harga barang terus menerus naik dari sehari ke sehari.

Kerajaan terus menerus menjelaskan keadaan kepada rakyat menerusi TV saluran kerajaan. Malangnya rakyat sudah tidak berminat untuk menonton TV saluran kerajaan. Mereka memilih saluran swasta yang sarat dengan hiburan. Mereka lebih suka melihat Drama swasta. Mereka tidak ada selera untuk mengikuti berita yang disiarkan oleh saluran kerajaan. Mereka tahu bahawa berita yang disiarkan itu diputarbelitkan. Berita yang betul dan sahih tidak dipaparkan dengan secara betul dan tepat.

Orang kampung sudah bosan menonton berita yang berkaitan dengan seks. Orang kampung mempunyai nilai dan akal budi yang  tinggi yang melihat paparan sebegini sebagai merendahkan martabat mereka yang menontonnya. Lantas mereka menghindarkan dari menonton perkara-perkara sedemikian.

Cuma kesimpulan yang dapat aku katakan ialah “ rakyat dah meluat’


Abuhassanadam
31 Mac 2013




Tuesday, March 26, 2013

MASALAH MEMILIH CALON PRU 13 - PERLU ANJAKAN PARADIGMA


MASALAH MEMILIH CALON PRU 13 - 
PERLUKAN ANJAKAN PARADIGMA

Masalah ini muncul semula. Aku ingat masalah ini muncul dalam pemilihan calon UMNO saja. Rupa-rupanya dalam Pakatan Rakyat pun begitu juga. Apakah mereka tak faham berpolitik atau sengaja tak mahu faham ataupun untuk mencari kepentingan sendiri. Dilihat oleh mereka (yang mementingkan diri itu ler ) bahawa melibatkan diri dalam parti adalah jalan singkat untuk merebut kekayaan.

Itulah senario kini yang dilihat oleh mereka. Itulah budaya yang dilihat oleh mereka. Jiakalau giat dalam politik, biarpun ahli jawatankuasa cawangan sekalipun akan dilihat mewah dan bahagia hidupnya. Luarbiasa cara hidup yang dilalui oleh keluarganya. Itu baru AJK cawangan, apatah lagi bagi mereka yang menjadi AJK bahagian ataupun EXCO dalam parti. Ini adalah lumrah. Dapat dilihat dengan mata kepala. Ini sudah merupakan satu budaya orang politik di Malaysia.

Oleh yang demikian tentulah tidak salah sekiranya mereka berangan-angan untuk berkeadaan demikian dengan menjadikan penglibatan dalam politik sebagai platform untuk mengejar kekayaan. Tetapi mereka semacam tidak faham bahawa politik baru yang akan diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah lain daripada yang lain. Landskap politik Malaysia akan berubah sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Puterajaya. Ini yang perlu difahami oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat. Untuk memahaminya memerlukan anjakan pradigma yang bukan kepalang.

Bercakap memang senang. Perlukan anjakan pradigma….Tetapi untuk memahmi dan kemudiannya melakasanakannya sememangnya perit. Sememangnya akan menyimpang jauh daripada ‘ traditional assumption’ yang pernah dijalankan oleh UMNO sekian lama. Untuk merobah keadaan ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan tabah.

Antara faktor yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU 12 adalah disebabkan kerenah ahli yang sedemikianlah. Ada ahli yang berangan-angan untuk menjadi calon dan kemudiannya tidak terpilih maka langkah yang diambil seterusnya ialah sabotage. Apabila sudah ‘ ada duri dalam daging’ dan ‘ musuh dalam selimut’ adalah terlalu sukar untuk menang bagi calon yang bertanding.

Itu pengalaman pahit yang dialami oleh BN. Sekiranya keadaan sedemikian berlaku juga dalam Pakatan maka besar kemungkinannya akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami BN. Sebelum terlambat, para pejuang Pakatan harus membuat perubahan dalam diri mereka sendiri dahulu. Ada beberapa cadangan yang dapat aku kemukakan. Cadangan. Nak ikut pun tak apa, tak ikut pun ikut suka ler.

·      Para pejuang dalam pakatan seolah-olah berjanji dalam diri bahawa matlamat Pakatan adalah untuk menumbangkan kerajaan BN dan terus menguasai Puterajaya. Jikalau itu matlamatnya, lupakan matlamat-matlamat sampingan yang lain.
·      Pasakkkan dalam hati bahawa menjadi calon dan memenangi pilihanraya bukanlah jalan pintas untuk mencari kekayaan. Ikut contoh TS Khalid Ibrahim. Beliau bersama dengan Pakatan bukan untuk mencari wang. Wang dia pun banyak. Sekiranya mencari kesenangan dia tak payah masuk politik. Beliau bersama dengan Pakatan kerana untuk membela bangsa dan negara.
·      DS Anwar Ibrahim sebagai boss tentu dapat menilai siapa yang layak menjadi calon dan siapa yang tidak.

Dalam soal memilih calon untuk menjadi wakil di PRU 13, para pejuang Pakatan perlu melihat contoh yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO terdahulu khususnya Tun Abdul Razak. Apabila beliau dilantik menjadi Perdana Meneteri beliau telah melantik Dr. Mahathir sebagai Menterinya sedangkan pada ketiak itu Dr. Mahathir sudah terkeluar dari UMNO. Beliau juga memnaggil semula Dr.Ismail  ( yang juga dipecat dari UMNO ) menyertai Kabinet. Disamping itu beliau membawa masuk TS Ghazali Shafie (Pegawai tinggi kerajaan) dan Hamzah Abu Samah menyertai kabinetnya. Beliau mengambil tokoh-tokoh ini disebabkan kebolehan dan kemampuan mereka untuk menjalankan pentadbiran kerajaan.

Mungkin tindakan yang sebegini juga yang sedang dirangka oleh DS Anwar Ibrahim, Dato Haji Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang ia itu dengan membawa masuk tokoh-tokoh yang berkelibar yang boleh mengukuh dan memantapkan kabinet yang akan dibentuk sekiranya dapat menawan Puterajaya.

Ahli-ahli Pakatan perlu faham bahawa kelemahan yang dialami oleh UMNO sekarang adalah berpunca daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan sebelum ini, khususnya dalam soal memilih  calon-calon. Bukan tidak ramai golongan bijak pandai yang ingin menyertai UMNO dan seterusnya berjuang dalam Parti UMNO yang agung itu. Ramai. Tetapi disebabkan ada segelintir ahli UMNO yang menganggap parti UMNO itu sebagi ‘milik’  keluarga mereka, maka tersisihlah anak-anak muda ( kebanyakannya ) yang ingin berjinak-jinak dengan parti tersebut. Ramai diantara pemimpin UMNO yang amat cemburu dengan kemasukan bijak pandai dalam UMNO. Kesannya UMNO dianggotai oleh golongan ‘mediocre’, yang sentiasa memikirkan tentang keuntungan dan menjaga periok nasi masing-masing. Bukanlah semuanya begitu….Ada juga kelainannya.

Jadi para pejuang dalam Pakatan harus mengubah cara berfikir. Tetapkan pindirian dan mantapkan perjuangan. Matlamatnya adalah  Puterajaya. Dan pastikan wakil rakyat yang akan dipilih nanti perlulah tokoh-tokoh yang berkeliber, yang bukan calang-calang. Bukan seperti setengah calon yang telah dipilih pada PRU 12, yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Jikalau difikirkan Pakatan memerlukan ramai orang muda lelaki dan perempuan untuk menggegarkan parlimen, maka ayuh lakukan perubahan ke arah sedemikian. Cuba tenaga muda. Lagipun telah nampak  kini bahawa anak-anak muda sudah menunjukkan belang masing-masing bahawa mereka sudah bersedia menggoncang dunia.

Walaupun aku sudah tua tetapi aku teringin sangat melihat anak muda berpencak dan bersepak terajang di parlimen, samada  dari pihak BN atau Pakatan.

Teringin sangat nak lihat sebelum terlambat.

Abuhassanadam
26 Mac 2013


Saturday, March 23, 2013

JANGAN PERLEKEHKAN ORANG KAMPUNG


JANGAN PERLEKEHKAN ORANG KAMPUNG

Apabila membincangkan tentang PRU 13 dan keputusannya pasti akan timbul  cakap-cakap yang mengatakan bahawa keputusan akan ditentukan oleh ‘ orang kampung’. ‘ Orang kampung’ pasti akan menyokong parti kerajaan, Barisan Nasional, khususnya UMNO. Melanjutkan perbincangan sedemikian memberikan satu gambaran bahawa,

·      ‘Orang kampung ‘ tidak boleh berfikir dan akan terus menerus menyokong parti kerajaan.
·      ‘Orang Kampung’ mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang dijanjikan oleh calon-    calon kerajaan.
·      ‘Orang Kampung’ akan mengundi calon kerajaan sekiranya dihadiahkan dengan wang ringgit    atau kain batik atau beras dan sebagainya.

Jadi aku terfikir, ‘ koman’ ( bodoh, hina, daif)  benarkah ‘orang kampung’ tu. Sampai tak boleh berfikir dengan waras. Sampai boleh diperkotak-katikkan dengan pemberian yang tak sebanyak mana nilainya. Sampai boleh dibeli dengan wang yang tak seberapa jumlahnya.

Aku datang dari kampung. ‘Roots’ aku masih di kampung. Apbila ada yang cuba ‘menghina’ dengan cara yang sedemikian aku terasa marah juga. Memang betul selama stengah abad UMNO dapat menguasai dan mempengaruhi orang Melayu kampung dengan berbagai dakyah. Apabila hampir dengan tarikh pilihanraya mereka akan mendekati ‘ orang ‘kampung’. Dan setelah selesai pilihanraya dan mereka menang, akan ‘ ghaib’lah mereka sehinggalah menjelang pilihanraya yang setersnya. Bukalah semua yang bersifat demikian. Namun begitu ‘orang kampung’ tak serik-serik. Akan terus juga mengundi mereka. Dari ‘orang kampung’lah teletaknya kekuatan UMNO.

Sekarang tak begitu lagi. Kalau ada pun tinggal saki baki yang tak seberapa.

PAS berjaya mendewasakan orang Melayu di kampung-kampung. Semenjak awal 1950an lagi, mereka menjelaskan dasar-dasar kerajaan yang menyeleweng bertembung dengan TV kerajaan yang menjelaskan tentang kebaikan dasar kerajaan. Mereka menggunakan platform Islam untuk menarik minat orang kampung. Jikalau dulu UMNOlah yang menguasai politik kampung tetapi kini PAS telah  hampir-hampir berjaya.

DEB tidak dapat secara menyeluruh memajukan kehidupan orang Melayu terutamaya orang Melayu yang tinggal di luar bandar. Selepas 1990, ia itu selepas 20 tahun pelaksanaan DEB, orang Melayu merasakan bahawa tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Mereka masih tinggal di kampung dan masih miskin. Tidak juah bezanya dengan keadaan mereka dulu. Dan mereka nampak yang kaya adalah golongan yang rapat dengan kepimpinan UMNO. Kroni  dan adik beradik mereka. Sedangkan orang biasa tidak dapat menikmati sebagaimana yang dijanjikan oleh DEB itu.



‘Orang kampung’ sudah mula sedar dan  nampak bahawa yang mendapat faedah adalah ‘orang UMNO’ ( pemimpin-pemimpin UMNO dari peringkat  cawangan sehingal peingkat tertinggi) sedangkan kebanyakan orang Melayu tidak mendapat apa-apa. Di takuk lama. Kononnya Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) adalah untuk memberi peluang memajukan orang Melayu. Ada. Tetapi  orang Melayu di kampung hanya mendapat  ‘kuah’ sedangkan ‘ orang UMNO’ mendapat isinya. Orang kampung dah celik. Dah nampak hal yang berlaku.

Mereka tahu hal sedemikian mugkin dari pemerhatian mereka. Mungkin dari maklumat yang dibawa oleh anak-anak mereka yang sudah berpelajaran. Mungkin disampaikan oleh anak-anak mereka yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi.

UMNO hanya mengaharapkan ‘orang lama’ untuk mengundi mereka. ‘Orang lama’ bermaksud,
·      Orang yang telah terhutang budi dengan UMNO
·      Orang tua ( 60 tahun ke atas) yang masih berpegang bahawa hanya UMNO yang boleh menyelamatkan orang Melayu
·      Orang tua yang malas berfikir. Maknanya berfikiran secara simple. “ Apa payah ubah-ubah. Pakai yang lama sudahlah”
·      Orang yang masih berpegang keapada ‘ bimbang takut-takut seperti yang berlaku pada zaman Jepun atau pun zaman komunis.’

Orang UMNO sudah tidak boleh lagi berkempen menggunakan cara lama. Dah tak makan.  Maknanya sudah tidak boleh mempengaruhi ‘ orang kampung’. Misalnya

·   Menakut-nakutkan orang kampung tentang kemungkinan berlakunya keadaan sepeti zaman Jepun. Tidak dapat dihayati oleh orang kampung yang rata-rata tidak mengalami zaman Jepun. Begitu juga dengan menggunakan isu zaman Komunis. Ramai juga penduduk kampung ( yang muda-muda ) tidak tahu menahu apa dia zaman Komunis itu.
·  Mereka menggunakan isu 13 Mei 1969, isu pergaduhan antara kaum tidak juga dapat diterima oleh orang kampung disebabkan penerapan nilai muhibbah antara kaum sudah menjalar. Tidak ada lagi persoalan permusuhan antara kaum.
·   Orang kampung sudah sedar bahawa yang menyebabkan mereka masih dalam kesusahan bukan disebabkan oleh orang Cina tetapi disebabkan oleh perkara lain.

Dr Mahathir menggunakan orang kampung sebagai penyokong kuatnya. Semenjak dari awal beliau menampakkan dia sebagai ‘champion’ menentang konsep Pandi Kunca di kedah yang membelenggu petani-petani Melayu di Kedah. Perjuangannya yang berterusan ini juga menampakkan yang beliau sememangna mengharapkan orang kampung untuk menyokongnya.


Kerajaan melaksanakan berbagai projek mega. Penswastaan, industri berat dan berbagai-bagai lagi. Megah bunyinya. Berbillion ringgit. Ramai ‘Orang kampung’ merasakan bahawa mereka belum lagi merasa memegang wang sebanyak RM 1000.00. Mereka kecewa. Dimanakah janji kerajaan yang menjanjikan untuk menolong orang Melayu. Mereka mula menyoal,

·      Sampai bila baru mereka dapat menikmati rezeki yang dilimpahkan oleh negara ini. Jikalau dulu mereka ‘akur’ jikalau mereka dikatakan tidak berpelajaran untuk melaksanakan projek-perojek sedemikian. Kini anak-anak mereka sudah berpelajaran tinggi, mampu untuk menjalankan projek sedemikian sekiranya diberi peluang. Tapi mereka tidak diendahkan. Malah diketepikan.
·      Mereka dapat lihat yang mendapat peluang ialah anak-anak dan kaum kerabat pihak kepimpinan dalam UMNO. Mereka nampak. Jangan sangka mereka tidak tahu. Lantas mereka sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan.

Dengan demikian, janganlah perkecilkan kemampuan ‘orang kampung’ seperti aku. Kami tahu. Oleh itu janganlah kami diperlekehkan.


Abuhassanadam
23 Mac 2013